Skip to content

JENIS MAKANAN INI IBU MENYUSU PERLU ELAK JIKA BAYI ADA JAUNDIS

Makanan ibu untuk bayi kuning perlu dielakkan
Seperti makanan membantu mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan penyakit kuning si kecil, sudah tentu ada yang sebaliknya.

Berikut beberapa jenis makanan tidak sihat yang harus dielakkan daripada ‘dihantar’ kepada si kecil melalui susu badan anda:

1. Minuman beralkohol
Alkohol adalah toksik kepada kebanyakan tisu badan dalaman, termasuk hati.

Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh menyebabkan keradangan kronik, mengurangkan fungsi hati dan membawa kepada fibrosis.

2. Karbohidrat yang ditapis
Soda, bakeri, roti putih dan pasta semuanya mengandungi jumlah gula halus yang tinggi.

3. Makanan dalam tin, berbungkus & salai
Makanan berbungkus, dalam tin atau salai mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Pengawet ini biasanya merupakan bentuk garam, seperti nitrat dan sulfat.

Garam mengeringkan badan, menjadikan pencernaan dan metabolisme lebih sukar, dan memberi tekanan pada hati.

4. Lemak tepu & trans
Makanan bergoreng, berminyak dan fast food mengandungi jumlah lemak tepu dan trans yang tinggi serta sukar dihadam.

5. Ikan & kerang mentah atau kurang masak
Pemakanan ibu yang sebegini untuk bayi kuning perlu dihindari
Ikan dan kerang kurang masak atau mentah boleh mengandungi toksin yang boleh merosakkan hati dan organ pencernaan lain.

Terdapat juga risiko ia mengandungi virus, bakteria dan parasit yang boleh menjangkiti hati.

6. Daging merah
Daging merah seperti daging lembu mengandungi tahap asid amino dan lemak haiwan yang tinggi. Ia mungkin sukar dihadam dan memberi tekanan pada hati yang rosak.

Makanan ini tidak baik untuk anda dan bayi anda. Ia mungkin tidak memburukkan jaundis si kecil, tetapi juga memberi kesan dalam mempercepatkan penyembuhan.

Pemeriksaan doktor
Walaupun anda mungkin mengamalkan makanan ibu untuk bayi kuning, namun terdapat perkara penting lain yang perlu diberikan perhatian.

Anda harus segera membawa bayi untuk pemeriksaan doktor jika jaundis yang dialami tidak sembuh dalam tempoh 2 minggu.

Ia mungkin berpunca daripada jangkitan, masalah dengan hati atau sistem hempedu, metabolisme atau genetik.

CC:hellodoktor

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *