Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Hari ini surayamothercare ada satu kongsian tentang makanan yang tidak boleh dimakan oleh ibu hamil terutamanya hamil 1 bulan.

Haa, Mummies kalau rasa was- was tentang makanan yang tidak boleh dimakan, rujuk doktor tau!

Takut- takut terikut- ikut cakap orang, diri sendiri binasa. cry

Di bawah adalah makanan yang Mummies tidak boleh makan jika hamil 1 bulan.

Selamat membaca Mummies!

_______________________________

MAKANAN YANG MUMMIES TIDAK BOLEH MAKAN JIKA HAMIL 1 BULAN

1: SUSU TIDAK DIPASTEUR

Jika Mummies mahu minum susu, sebaiknya pilihlah susu yang dipastur atau UHT (ultra-heat treated).

Susu mentah mungkin mengandungi Campylobacter, E. coli, Listeria, atau Salmonella, yang menyebabkan keracunan makanan.

Jadi Mummies kan hamil, jadi ia meningkatkan kecenderungan untuk jatuh sakit kerana kehamilan akan menjejaskan sistem ketahanan badan.

Jika Mummies tidak dapat beza susu mentah dengan susu yang dipasteur, contoh susu mentah adalah susu segar dari sapi, kambing, domba, atau binatang perah lainnya yang belum dimasak.

Kalau susu yang dipasteur ni susu yang diproses contohnya susu Dutch Lady.

2: MAKANAN YANG DIBUNGKUS DAN DIPROSES

Makanan yang dibungkus dan diproses seperti jus, makanan sedia untuk dipanaskan dengan gelombang mikro, kek, biskut atau susu pekat adalah antara contoh yang perlu dielakkan.

Contohnya adalah sardin.

Ini kerana ia mengandungi bahan pengawet dan tidak mempunyai kalori.

Beberapa makanan dibungkus juga boleh mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Haa, sebenarnya makanan bertin, diproses, dan dibungkus ni memang tidak elok untuk diamalkan jika tidak hamil pun. Jadi Mummies perlu ‘extra’ hati-hati dan seeloknya bersikap memilih apabila berkaitan pemakanan.

Ini kerana makanan yang salah, mampu memberi kesan buruk kepada kesihatan Mummies dan mengganggu pertumbuhan bayi.

Sebagai gantinya, ambillah makanan yang dimasak sendiri terutamanya yang dibuat menggunakan bahan semula jadi atau organik.

3: MAKANAN LAUT

Ada makanan laut yang diperbolehkan dan tidak boleh dimakan ibu hamil. 

Contoh ikan yang boleh dimakan adalah, salmon, ikan bilis, dan ikan tenggiri.

Makanan laut yang mengandungi kadar merkuri tinggi, yang boleh menyebabkan kerosakan otak janin dan kelewatan dalam perkembangannya.

Walaupun ikan mengandungi protein dan asid lemak omega-3 penting yang disyorkan semasa kehamilan, tapi Mummies harus memilih ikan dengan kadar merkuri yang rendah.

Elakkan ikan todak dan kerang mentah serta hadkan pengambilan tuna, salmon, ikan tenggiri, sardin dan ikan trout.

Jangan makan makanan laut mentah seperti tiram mentah, sashimi dan sushi kerana mempunyai risiko pencemaran listeria yang lebih tinggi.

Pencemaran listeria adalah pencemaran bakteria Lesteria monocytogenes pada makanan.

Jika jangkitan berlaku pada wanita mengandung, ia boleh mengakibatkan masalah seperti:

  • Kecacatan kelahiran
  • Keguguran
  • Kematian bayi
  • Kelahiran pra-matang
  • Jangkitan lain yang mengancam nyawa bayi baru lahir

4: BETIK MUDA

Antara makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan adalah betik yang tidak masak dan separuh masak.

Ini kerana ia mengandungi getah yang boleh mencetuskan kontraksi pada rahim dan menyebabkan kelahiran pramatang atau keguguran.

Sebaliknya, betik yang masak sepenuhnya baik untuk diambil kerana mengandungi nutrien dan boleh makan dalam jumlah sederhana.

Jadi Mummies jangan keliru ya, betik boleh dimakan ibu hamil cuma tidak boleh jika betil separuh masak atau tidak masak!

5: MAKANAN MENTAH ATAU SEPARUH MASAK

Telur atau daging yang mentah atau separuh masak berisiko untuk dicemari bakteria seperti Salmonella dan Listeria yang berbahaya untuk perkembangan anak dalam kandungan.

Kalau Mummies sebelum ni gemar makan sushi, dah hamil bawak bersabar ya.

Tahan dulu rasa nak makan sushi tu sebab daging mentah kan.

Jika Mummies memakan daging babi, elakkan daripada daging yang kurang dimasak. Ini kerana ia mengandungi sista cacing gelang yang boleh menyebabkan masalah serius pada kesihatan bayi. 

6: KAFEIN

Kafein harus dihadkan pengambilannya pada awal kehamilan kerana jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan tidak cukup tidur, mudah marah dan gugup.

Ianya mampu menggangu emosi Mummies ketika hamil lebih-lebih lagi pada awal kehamilan.

Tahap kafein yang tinggi dapat meningkatkan risiko keguguran, berat badan lahir rendah dan mengalami proses kelahiran yang sukar.

Kafein secara semula jadi terdapat dalam banyak makanan, seperti kopi, teh dan coklat. Bahan itu juga ditambahkan pada beberapa minuman ringan dan minuman tenaga.

Minuman tenaga tidak digalakkan diambil kerana mungkin mengandungi kafein yang tinggi dan bahan-bahan lain yang tidak digalakkan untuk wanita mengandung.

Minuman yang digalakkan semestinya air kosong ya Mummies!

Jadi minum air kosong yang mencukupi keperluan badan Mummies tau.

7: MINUMAN ALKOHOL

Mummies jangan minum minuman beralkohol!

Alkohol adalah pilihan minuman yang sangat tidak sihat bagi janin yang sedang berkembang kerana boleh menyebabkan kecacatan kelahiran kronik.

Pengambilan minuman beralkohol semasa mengandung boleh menjejaskan perkembangan janin di mana alkohol boleh mengganggu perkembangan otak dan melambatkan pertumbuhan fizikal janin.

Kebiasaannya, bayi yang dilahirkan mempunyai masalah kurang berat semasa lahir (Berat lahir < 2.5kg).

Tidak ada tahap alkohol yang selamat untuk diminum semasa kehamilan Mummies.

Sama ada Mummies sedang merancang kehamilan, sudah hamil atau menyusukan badan, elakkan pengambilan minuman beralkohol adalah pilihan paling selamat.

8: MAKANAN BERGULA

Seorang wanita hamil memerlukan 300 kalori tambahan setiap hari untuk menyokong pertumbuhan bayi.

Walau bagaimanapun, pengambilan terlalu banyak makanan bergula boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan diabetes kehamilan.

TIPS PENJAGAAN WANITA HAMIL

Umumnya, pada bulan pertama kehamilan, beberapa perubahan berlaku di dalam badan Mummies. Perubahan hormon boleh menyebabkan emosi terjejas, keletihan dan mabuk pagi.

Jadi seeloknya dapatkan nasihat doktor kerana keadaan Mummies adalah berbeza-beza ikut individu.

Ada Mummies yang okay saja, ada Mummies yang mempunyai alahan teruk jika tersalah makan.

Jadi seeloknya, Mummies kenal diri sendiri dan jangan membanding-bandingkan dengan Mummies lain.

Mengamalkan pemakanan yang sihat, makan secara kerap dalam jumlah kecil, menjaga kesihatan diri dan melakukan senaman ringan bagi mengelakkan tekanan boleh membantu mengekalkan tahap kesihatan Mummies  dan bayi.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/penjagaan-kehamilan/makanan-yang-dilarang-untuk-ibu-hamil-satu-bulan/ 

 

 

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *