Skip to content

ISTERI YANG HAMIL SUAMI PULA YANG ADA ALAHAN? INI MUNGKIN TANDA SINDROM COUVADE!

ISTERI MENGANDUNG. SUAMI YANG KENA ALAHAN? KENALI PUNCANYA!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Harini Suraya Mothercare nak share tentang tanda-tanda para suami mungkin mengalami simptom Couvade.

Pernahkah anda mendengar tentang sindrom Couvade? Haa… apa tu? Ia dikaitkan dengan gejala kehamilan pada lelaki. Nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca perkongsian artikel kali ini!

_________________________

APAKAH SINDROM COUVADE?

Kebiasaannya, apabila hamil, wanita yang akan mengalami simptom kehamilan seperti mual pagi, letih, loya dan sebagainya.

Namun, tidak seperti sindrom Couvade, gejala kehamilan akan berlaku pada lelaki. Um, betul ke? Itulah kebenarannya. Sindrom ini juga dikenali sebagai simpati kehamilan (sympathetic pregnancy).

Sindrom ini dijelaskan sebagai satu keadaan di mana lelaki yang sihat iaitu suami atau bakal bapa akan mengalami simptom berkaitan kehamilan.

Sindrom ini dianggap sebagai keadaan normal yang tidak dikaitkan dengan penyakit atau jangkitan kesihatan lain.

Simptom yang dikaitkan dengan Couvade dianggap berbeza antara individu dan berlaku lebih kerap semasa trimester pertama dan ketiga kehamilan.

Terdapat 2 simptom biasa:

  • Fizikal – melibatkan gejala seperti loya, pedih ulu hati, sakit perut, kembung perut, perubahan pada selera makan, kesukaran bernafas, sakit gigi, kejang kaki, sakit belakang dan kerengsaan urin atau genital.
  • Psikologi – boleh menyebabkan perubahan dalam corak tidur, kegelisahan, kemurungan, penurunan dorongan seks dan kurang rehat.

Gejala berkaitan kehamilan ini dikatakan hanya akan hilang sebaik sahaja bayi dilahirkan atau dirawat oleh doktor.

_________________________

TANDA SINDROM COUVADE

Sebagai wanita hamil, jika pasangan anda mengalami simptom kehamilan, anda mungkin tertanya-tanya, “Siapa yang benar-benar hamil, anda atau pasangan anda?”

Tetapi ia sebenarnya bukan situasi yang mustahil. Malah, tindak balas pasangan lelaki terhadap simptom mungkin lebih teruk daripada tindak balas wanita terhadap gejala kehamilan.

Berikut adalah beberapa tanda biasa sindrom ini yang boleh berlaku pada lelaki:

1. Kegelisahan

Jika suami anda seorang lelaki yang sentiasa kelihatan tenang, percayalah, sindrom ini akan mengubahnya. Dia mungkin berasa gelisah pada waktu malam, pedih ulu hati, dan letih apabila pasangannya hamil.

Mengapa keadaan ini berlaku? Sesetengah lelaki cenderung bimbang tentang kehamilan isteri mereka.

2. Loya

Morning sickness bukan sahaja berlaku pada waktu pagi atau hanya pada wanita hamil, sebaliknya, simptom kehamilan yang paling biasa ini juga akan berlaku pada lelaki.

Jika wanita hamil mengalami keadaan ini kerana perubahan hormon dalam badan, tapi loya yang dialami lelaki bukan disebabkan oleh estrogen.

Ini berlaku kerana kegelisahan yang berlebihan atau mungkin berkaitan dengan perubahan dalam diet pemakanan.

3. Perubahan dalam keinginan seksual

Semasa mengandung, wanita akan melihat perubahan dalam keinginan seksual mereka, sama ada membuatkan anda menginginkannya atau anda terlalu letih untuk bersama pasangan anda.

Sebenarnya, situasi ini tidak jauh bezanya dengan kes lelaki yang mengalami sindrom Couvade itu. Ada sesetengah orang akan teransang melihat perubahan pada tubuh pasangan hamil mereka.

Tetapi ada juga orang yang menjadi terlalu letih untuk melakukan hubungan seks apabila memikirkan tentang bayi mereka yang bakal dilahirkan. Malah, terdapat kebimbangan bahawa seks boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

4. Pertambahan berat badan

Sudah tentu, dari minggu ke minggu, berat badan wanita hamil akan meningkat. Tetapi jangan terkejut jika pasangan anda juga bertambah berat.

Melihat wanita hamil dan suaminya makan boleh mendorong suami untuk menyertai makan.

Namun, punca sebenar simptom kehamilan ini ada kaitan dengan kortisol “hormon tekanan”, yang dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak apabila berasa bimbang.

Keadaan ini akan menyebabkan badan menghantar isyarat lapar sedangkan sebenarnya tidak. Akibatnya, penambahan berat badan berlaku.

5. Sakit belakang

Simptom lain yang dikaitkan dengan sindrom ini termasuk sakit pada bahagian belakang, sakit gigi, sakit kepala, kekejangan kaki, dan banyak kesakitan lain yang berkaitan dengan simptom simpati kehamilan.

Kadangkala lelaki yang mempunyai simptom kehamilan ini juga mengalami kesakitan pada bahagian dan pada masa yang sama dengan pasangannya yang sedang hamil.

6. Mood swing

Jangan terkejut jika lelaki dengan sindrom Couvade mengalami perubahan emosi beberapa kali dalam sehari.

Walaupun penyebab utama perubahan mood swing adalah disebabkan perubahan hormon, tetapi sistem saraf juga memainkan peranan dalam perubahan berkaitan emosi ini.

7. Insomnia

Insomnia semasa hamil adalah gejala kehamilan yang biasa. Ini berlaku disebabkan oleh hormon dan juga tekanan persekitaran.

Lelaki dengan sindrom ini juga mungkin mengalami keadaan yang sama. Jika keadaan ini berlaku secara berterusan, ia akan menimbulkan masalah dalam hubungan pasangan.

_________________________

PENJAGAAN KESIHATAN DIRI

Sama ada sindrom Couvade ini benar-benar wujud atau tidak, tetapi yang pasti perubahan hidup menjadi ibu bapa boleh membawa keseronokan, perubahan emosi, dan tekanan.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan diri kepada bakal ibu bapa terutama ibu hamil.

Perancangan yang baik dan persefahaman bersama pastinya akan membantu mengurangkan tekanan peralihan menempuhi alam keibubapaan.

Haa bakal ibu bapa dan tahu kan apa tanda-tanda suami mungkin ada simptom Couvade? Semoga bermanfaat!

cc: hellodoktor

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *