Skip to content

INI CARA YANG BETUL UNTUK POTONG KUKU BAYI!

Khusus bayi baru lahir.

7 CARA SELAMAT MEMOTONG KUKU BAYI.

1. GUNAKAN PENGETIP KUKU BAYI

Mummies perlu menggunakan pengetip kuku bayi untuk memotong kuku bayi anda. Ini kerana, pengetip kuku dewasa mempunyai pengetip yang lebih lebar dan saiz yang besar. 

Ianya tidak sesuai untuk bayi kerana boleh mengakibatkan kecederaan kepada jari kecilnya. 

Oleh itu, penggunaan pengetip kuku bayi amatlah sesuai kerana saiznya yang kecil dan bersesuaian dengan saiz jari bayi. Saiz yang kecil boleh memberi lebih kawalan kepada si ibu untuk memotong kuku bayi. 

Pengetip kuku bayi adalah lebih bulat hujungnya, lebih menarik lagi ada juga yang dilengkapi kanta pembesar dan lampu tau Mummies!

2. POTONGAN BERBEZA UNTUK JARI TANGAN DAN JARI KAKI

Nak bagitau Mummies ni, kalau nak potong kuku jari tangan bayi, perlu potong mengikut bentuk kukunya tau.

Berlainan pula dengan kuku jari kaki bayi. Ibu hanya perlu memotong secara tegak dan lurus tanpa mengikut alur kuku si bayi.

Kuku jari kaki si bayi sangat kecil jadi agak susah ibu-ibu nak potong kuku ikut alurnya!

3. POTONG KUKU BAYI SELEPAS MANDI

Kuku bayi sebenarnya boleh menjadi tajam dan keras hingga boleh menyebabkan kecederaan kepada bayi itu sendiri. 

Ada masa, kuku si bayi boleh menjadi lebih keras dan lebih lembut. Oleh itu, adalah digalakkan bagi Mummies untuk memotong kuku bayi selepas selesai memandikan bayi. 

Ini kerana, kuku bayi selepas mandi agak lembut dan memudahkan Mummies untuk memotong dengan lebih kemas dan selamat.

4. POTONG KETIKA BAYI SEDANG NYENYAK TIDUR

Mummies yang mempunyai si bayi yang lasak mesti pening nak ketika nak potong kuku si bayi. Mana tidaknya, bayi akan bergerak sana sini, adakalanya menangis ketika Mummies hendak memotong kuku bayi. 

Kawalan yang lemah ke atas jari bayi akan menyebabkan kecederaan kepada bayi. Oleh itu, adalah sangat digalakkan bagi memotong kuku mereka ketika mereka sedang tidur. Bayi kurang bergerak dan dalam tempoh bertenang amatlah selamat bagi ibu. 

Mummies pun rasa happy kan bila dapat potong kuku bayi dengan tenang! laughing

5. KETIP KUKU DI TEMPAT YANG TERANG

Bukan sahaja bagi bayi, orang dewasa juga tidak digalakkan untuk memotong kuku dalam gelap. Yelah takut-takut yang dipotongnya bukan kuku tapi jari.. hehe smile

Namun ada juga ibu bapa yang terlebih confident orang kata, hanya disebabkan kuku si bayi tu kecil dan comel aje bentuknya, dipotong kukunya dalam keadaan malap. 

Disarankan untuk pergi ke tempat yang terang dan pastikan dapat melihat secara jelas bentuk dan keadaan jari bayi, barulah boleh potong kuku bayi ya Mummies! 

6. MAKIN LAMA BUAT, MAKIN MAHIR MUMMIES!

Pepatah Inggeris pernah mengatakan, ‘practise make perfect’.

Mummies terutamanya ‘beginner’, mestilah berani dan berfikiran positif apabila mengetip kuku bayi.

Yelah takkan nak tunggu si bayi potong kukunya sendiri kan? Lama tu, takut-takut si bayi berubah menjadi Hulk kerana tidak selesa dengan kukunya yang panjang.

Oleh itu, semakin kerap Mummies memotong kuku jari si bayi, lebih banyak pengalaman yang akan terkumpul. Perihal alur kukunya, waktu bertenang bayi, dan juga kawalan yang sesuai ketika memotong kuku bayi dapat Mummies pelajari dan hadam. 

7. KALAU TERLEBIH KETIP SEGERAKAN BASUH LUKANYA.

Sangat normal bagi Mummies tersalah atau terlebih potong kuku si bayi tau. Jangan terlalu rasa bersalah dan sedih apabila bayi menangis kesakitan.

Jika kejadian salah atau terlebih potong kuku bayi berlaku, Mummies perlu segera membasuhnya dengan air yang bersih. Seterusnya, balut kemas-kemas. Hal ini pasti menghentikan pendarahan.

Yang pasti jangan balut menggunakan pembalut luka tu. Yelah, bayi suka menghisap jari, takut-takut bayi tertelan atau tercekik.

Jika Mummies masih risau, bawalah berjumpa dengan doktor. Pandailah doktor nak menyelesaikan masalah Mummies ya!

___________________________________________________________________________________

Begitulah cara-cara selamat Mummies untuk memotong kuku bayi. 

Yang pasti, gunakan pengepit kuku bayi ya. Belum sentuh lagi tu, ibu bapa yang menggigit kuku bayinya. yell 

Oleh itu, silalah gunakan cara yang selamat ya! Selamat beramal Mummies!

 Cc: theAsianparent

 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *