Bengkak susu merupakan satu keadaan yang terjadi apabila payudara membengkak. Kebiasaannya ia berlaku disebabkan susu ibu yang berlebihan dan tidak dikeluarkan. Keadaan ini menyebabkan payudara akan berasa sakit akibat mengeras.

Masalah ini akan berlaku apabila susu ibu yang dihasilkan adalah secara berlebihan tetapi bayi hanya menyusu sedikit sahaja. Ia seperti situasi supply dan demand yang tidak seimbang. Kesannya payudara akan menjadi keras dan membengkak. Ini sekali gus menyukarkan ibu untuk menyusukan bayi.

Selalunya masalah bengkak susu berlaku pada kawasan dada sehingga ketiak.

ATASI MASALAH BENGKAK SUSU

Berikut adalah beberapa langkah atau kaedah rawatan bengkak susu yang boleh dilakukan di rumah.

  • Tuam atau basuh payudara dengan air suam (bukan air panas) bagi membolehkan susu ibu berjalan lancar

 

  • Anda juga boleh memilih untuk mandi dengan air panas dengan menghalakan air panas ke bahagian payudara. Ketika mandi, jangan lupa untuk membuat urutan secara membulat pada bahagian payudara.

 

  • Sebaiknya lakukan penyusuan bayi secara rutin selama dua atau tiga jam sekali. Sekiranya bayi sedang tidur tetapi susu tetap mengalir keluar, anda disyorkan untuk mengepam susu tersebut

 

  • Anda juga boleh membuat urutan perlahan pada bahagian payudara supaya susu ibu lebih lancar dan membantu mengurangkan rasa sakit disebabkan bengkak

 

  • Sewaktu bengkak, perah susu dengan tangan. Perbuatan ini dapat membantu mengekalkan kelembutan areola

 

  • Jika bayi anda menyusu secara terus daripada payudara, elakkan mengepam susu terlalu kerap

 

  • Anda juga boleh menuam (tuam) payudara anda dengan air batu sebelum dan selepas menyusukan bayi

 

  • Elakkan dari menggunakan baju dalam yang kecil bagi mengelakkan saluran penyusuan daripada tersumbat

 

  • Jika masalah bengkak yang dialami terlalu menyakitkan, anda boleh memakan ubat yang bersesuaian. Namun, pastikan anda mendapat nasihat dan rundingan daripada doktor terlebih dahulu

 

CC:hellodoktor