Skip to content

IBU BAPA PERLU BERSEDIA DENGAN RISIKO KESIHATAN YANG MUNGKIN DIALAMI BAYI PRAMATANG!

KETAHUI RISIKO KESIHATAN BAYI PRAMATANG!

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Harini Suraya Mothercare nak share tentang risiko kesihatan yang mungkin dialami oleh bayi pramatang!

Bayi pramatang boleh mengalami pelbagai masalah kesihatan sepanjang hayat mereka. Lebih awal mommies semua bersalin, lebih besar risiko masalah kesihatan untuk bayi.

Ikuti perkongsiaan kali ini!

_________________________

MASALAH KESIHATAN BAYI PRAMATANG

Kelahiran pramatang adalah punca utama kematian bayi baru lahir.

Mujurlah, adanya kemajuan teknologi dalam bidang perubatan dan rawatan neonatal bayi pramatang, peluang untuk bertahan hidup walaupun kepada bayi yang paling kecil telah meningkat.

Walau bagaimanapun, peluang untuk terus hidup bukanlah satu-satunya ukuran.

Ini kerana bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu masih menghadapi peningkatan risiko kematian, serta pelbagai akibat jangka pendek dan jangka panjang akibat kelahiran pramatang.

Risiko masalah kesihatan bayi pramatang boleh berlaku pada mana-mana anak yang dilahirkan pramatang.

Bayi yang dilahirkan hanya 4 hingga 6 minggu lebih awal boleh mengalami kesan kelahiran pramatang, seperti kesukaran bernafas, masalah penyusuan, jaundis, dan kesan pada fungsi otak.

1. Masalah pernafasan

Bayi pramatang selalunya berisiko mengalami masalah kesihatan yang serius. Malah, sesetengah bayi memerlukan ventilator, iaitu alat sokongan hidup.

Kesemua bayi ini lebih berkemungkinan untuk mengalami masalah pernafasan semasa tahun pertama kehidupan mereka dan berisiko tinggi mendapat asma di kemudian hari.

2. Masalah jantung

Salah satu masalah kesihatan bayi pramatang ialah penyakit jantung yang paling biasa, yang dipanggil patent ductus arteriosus (PDA).

Ductus arteriosus ialah pembukaan antara dua saluran darah utama jantung.

Pada bayi pramatang, duktus arteriosus mungkin sentiasa terbuka (patent) selepas kelahiran dan mungkin tidak tertutup sebagaimana yang sepatutnya.

Apabila keadaan ini berlaku, lebihan darah dipam keluar melalui paru-paru untuk beberapa hari pertama kehidupan.

Cecair terkumpul di dalam paru-paru bayi pramatang, yang boleh menyebabkan masalah kegagalan jantung.

3. Masalah pada saluran pernafasan

Masalah kesihatan pada bayi pramatang ini dipanggil necrotizing enterocolitis (NEC). Ia adalah penyakit serius yang boleh menjejaskan usus bayi baru lahir.

Kebanyakan bayi dengan NEC akan bertambah baik, tetapi sesetengahnya mungkin mengalami masalah usus yang berterusan seperti parut atau tersumbat.

Prosedur pembedahan mungkin diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini.

Walau bagaimanapun, sesetengah bayi yang membuang sebahagian daripada ususnya melalui pembedahan mungkin menghadapi masalah untuk menyerap nutrien daripada makanan.

4. Alami penyakit kuning

Jenis penyakit kuning yang paling biasa pada bayi pramatang ialah penyakit kuning fisiologi (exaggerated, physiologic jaundice) yang berlebihan.

Dalam keadaan ini, hati tidak dapat mengeluarkan bilirubin dari badan.

Bahan berwarna kuning yang dihasilkan semasa pemecahan normal sel darah merah.

Ini menyebabkan bilirubin akan terkumpul dalam darah bayi dan merebak ke tisu, menyebabkan kulit bayi menjadi kekuningan.

Penyakit kuning biasanya bukan masalah kesihatan yang serius untuk bayi. Walau bagaimanapun, jika paras bilirubin terlalu tinggi, terdapat risiko mengalami keracunan.

Bahan ini juga boleh naik dan terkumpul di dalam otak dan boleh menyebabkan kerosakan pada otak.

Paras bilirubin normal pada bayi baru lahir hendaklah kurang daripada 5 mg/dl.

Tahap bahaya bilirubin berbahaya adalah lebih besar daripada 15-20 mg/dl. Namun, fototerapi biasanya diberikan sebelum bayi mencapai tahap bilirubin tinggi.

5. Anemia

Bayi pramatang juga berisiko mengalami masalah kesihatan berkaitan darah seperti anemia.

Anemia adalah keadaan di mana terdapat kekurangan sel darah merah dalam badan.

Semua bayi baru lahir mengalami penurunan perlahan dalam kiraan sel darah merah semasa beberapa bulan pertama kehidupan, tetapi penurunan ini paling ketara pada bayi pramatang.

6. Risiko jangkitan bayi pramatang

Bayi yang dilahirkan terlalu awal selalunya menghadapi masalah mempertahankan diri daripada patogen kerana sistem imun badan mereka belum berkembang sepenuhnya.

Keadaan ini boleh menjadikan anak terdedah kepada jangkitan dan mungkin berterusan walaupun selepas bayi sudah membesar.

Kemungkinan risiko pendedahan termasuk sepsis, radang paru-paru dan meningitis.

_________________________

KESIMPULAN

 

Bayi pramatang mempunyai beberapa masalah kesihatan yang tidak boleh dicegah.

Tetapi percayalah, pakar Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) telah menyelamatkan banyak nyawa dan mereka akan terus membantu bayi pramatang untuk bertahan.

Jika mommies mempunyai sebarang kebimbangan tentang kesihatan atau perubatan melibatkan bayi pramatang, sila dapatkan nasihat pakar neonatologi!

Haa mommies dah tahu kan risiko kesihatan yang mungkin dialami bayi pramatang? Semoga bermanfaat!

cc: hellodoktor

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *