CARA BUAT STOCK SUSU BADAN, SEBELUM NAIK KERJA

CARA BUAT STOK SUSU BADAN, SEBELUM NAIK KERJA

Menyediakan stok susu badan merupakan proses yang agak rumit dan penting bagi ibu terutamanya bagi ibu yang bekerja. Oleh kerana kebiasaannya ibu yang bekerja akan tidak berada di rumah sekurang kurangnya selama 8 jam jadi stok susu badan harus disediakan untuk bayi di rumah. 

Ada juga bayi yang terpaksa ditinggalkan di hospital. Ini juga harus disediakan stok susu badan terlebih dahulu bagi memudahkan proses penjagaan bayi. Perahan pertama mungkin agak sukar bagi sesetengah para ibu namun ianya harus tetap diteruskan walaupun perahan hanya sedikit sahaja. 

Bagi memudahkan perahan susu, pemilihan pam susu amat penting. Pam susu yang sesuai akan lebih memudahkan kerja para ibu. Pada zaman sekarang, pelbagai jenis pam susu dapat dipilih mengikut kesesuaian ibu. Antara jenis pam susu yang disarankan adalah pam susu secara hands free di mana ibu tidak perlu memegang pam susu tersebut ketika di dalam proses mengepam. 

Pengumpulan stok susu badan biasanya dilakukan mengikut keperluan bayi. Sebaik baiknya pengumpulan stok selama sebulan. Bagi memudahkan proses membuat stok susu, pemakanan ibu harus dijaga. Amalkan pemakanan makanan yang dapat memudahkan pengaliran susu antaranya oat dan bijirin. 

Susu yang telah diperah harus dilabelkan dengan waktu mengepam bagi memudahkann proses menguruskan stok susu badan ibu. Selepas disimpan di dalam bekas yang bersesuaian dan telah dilabel, biarkan susu berada dalam suhu bilik untuk seketika sebelum diletakkan di bahagian chiller peti sejuk. Biarkan susu tersebut berada di chiller sekurang kurangnya selama satu hari sebelum dipindahkan ke bahagian sejuk beku ( freezer ).

TEKNIK MENAMBAHKAN SUSU BADAN

TEKNIK MENAMBAHKAN SUSU BADAN

Masalah kesusutan susu badan merupakan salah satu perkara ngeri yang tidak diingini untuk berlaku kepada ibu. Persediaan untuk mengelakkan masalah ini harus dilakukan oleh para ibu lebih awal bagi mengelakkan komlikasi kesusutan susu badan daripada berlaku. 

Pada zaman sekarang, produk menambahkan susu badan boleh didapatkan para ibu di mana mana sahaja. Jika dahulu ianya harus didapatkan sendiri, kini para ibu dapat membeli produk menambahkan susu badan yang dijual di pasaran. 

Namun begitu, terdapat beberapa teknik yang dapat diamalkan oleh ibu selain daripada mengamalkan makanan atau minuman menambahkan susu badan. Antaranya adalah

1. Pemikiran positif. Para ibu harus sentiasa bertenang dan tidak panik dalam menangani hal ini. Ini adalah bagi mengelakkan para ibu daripada menjadi tertekan dimana ianya dapat menyumbang kepada masalah susut susu badan.

2. Memerah susu badan. Ini merupakan pengetahuan am dimana untuk mendapatkan susu badan yang banyak, ibu haruslah rajin memerah susu badan. Ramai yang berkata bahawa lebih banyak susu dikeluarkan maka lebih banyak susu dapat dihasilkan.

3. Banyakkan minum air masak. Tidak dapat disangkal bahawa air merupakan elemen penting untuk tubuh badan manusia jadi amat digalakkan bagi para ibu untuk meminum banyak air masak. Ianya dipercayai dapat membantu dalam melancarkan proses pengeluaran susu badan.