CARA BUAT STOK SUSU BADAN, SEBELUM NAIK KERJA

Menyediakan stok susu badan merupakan proses yang agak rumit dan penting bagi ibu terutamanya bagi ibu yang bekerja. Oleh kerana kebiasaannya ibu yang bekerja akan tidak berada di rumah sekurang kurangnya selama 8 jam jadi stok susu badan harus disediakan untuk bayi di rumah. 

Ada juga bayi yang terpaksa ditinggalkan di hospital. Ini juga harus disediakan stok susu badan terlebih dahulu bagi memudahkan proses penjagaan bayi. Perahan pertama mungkin agak sukar bagi sesetengah para ibu namun ianya harus tetap diteruskan walaupun perahan hanya sedikit sahaja. 

Bagi memudahkan perahan susu, pemilihan pam susu amat penting. Pam susu yang sesuai akan lebih memudahkan kerja para ibu. Pada zaman sekarang, pelbagai jenis pam susu dapat dipilih mengikut kesesuaian ibu. Antara jenis pam susu yang disarankan adalah pam susu secara hands free di mana ibu tidak perlu memegang pam susu tersebut ketika di dalam proses mengepam. 

Pengumpulan stok susu badan biasanya dilakukan mengikut keperluan bayi. Sebaik baiknya pengumpulan stok selama sebulan. Bagi memudahkan proses membuat stok susu, pemakanan ibu harus dijaga. Amalkan pemakanan makanan yang dapat memudahkan pengaliran susu antaranya oat dan bijirin. 

Susu yang telah diperah harus dilabelkan dengan waktu mengepam bagi memudahkann proses menguruskan stok susu badan ibu. Selepas disimpan di dalam bekas yang bersesuaian dan telah dilabel, biarkan susu berada dalam suhu bilik untuk seketika sebelum diletakkan di bahagian chiller peti sejuk. Biarkan susu tersebut berada di chiller sekurang kurangnya selama satu hari sebelum dipindahkan ke bahagian sejuk beku ( freezer ).