Skip to content

CARA MUDAH AJAR ANAK MEMBACA!

Sudah tentu para ibu bapa inginkan anak-anak mereka menjadi anak yang cerdik, bijak, dan lancar membaca bukan? Namun, tidak semua orang tua mengetahui cara mudah mengajar anak mereka untuk membaca kerana perangai setiap anak-anak adalah berbeza dan pelbagai. Kadang-kadang ibu bapa perlu menunggu anak-anak mereka memasuki tadika atau alam persekolahan agar guru mengajar mereka kerana di rumah anak-anak mereka lebih gemar bermain di rumah berbanding belajar untuk membaca.

Assalamualaikum dan hai semua! Pada perkongsian kali ini, Suraya Mothercare akan berkongsi tentang cara-cara mudah untuk mengajar anak membaca.

Langkah pertama dalam mengajar kanak-kanak untuk membaca ialah mendengar.

Ibu bapa sebenarnya akan mula berminat untuk membantu anak-anak kecil mereka belajar membaca dan menulis melalui kehidupan seharian serta berbual dengan mereka. Dari situ, anak-anak boleh membuat perkaitan antara mendengar dan mempelajari huruf abjad. Walaubagaimanapun, belajar membaca bukanlah proses “semulajadi” yang berlaku dengan sendirinya.

Menyambung huruf dan bunyi adalah sesuatu yang kompleks dan memerlukan pendidikan yang betul. Meskipun belajar membaca adalah proses yang kompleks, tetapi mujur terdapat langkah yang boleh ibu bapa ambil untuk mendidik anak-anak dengan mudah dan dapat meningkatkan pemahaman bacaan mereka.

Berikut merupakan cara untuk mengajar anak-anak kecil membaca yang ibu bapa boleh cuba di rumah:

1. Membaca Buku Cerita Sebelum Tidur

Ibu dan bapa boleh mula membaca buku kepada anak-anak sejak kecil untuk menggalakkan minat membaca di masa hadapan. Walaupun mereka tidak memahami aktiviti atau perkataan yang dituturkan, anak-anak boleh membuat perkaitan antara membaca dan bercakap, dan kebanyakan anak kecil akan  terpesona dengan pergerakan mulut ibu dan ayah yang mengeluarkan bunyi. Kesedaran fonemik juga akan tercetus.

Jika ibu dan bapa tidak mempunyai masa untuk membaca pada waktu siang, amalkan membaca untuk bayi atau anak kecil anda sebelum tidur. Kanak-kanak juga mungkin tertidur dengan cepat.

2. Gunakan Lagu atau Nursery Rhymes Untuk Membina Kesedaran Fonemik

Kesedaran Fonemik (Phonemic Awareness) yang makin popular sekarang merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam proses belajar membaca. Ini kerana kesedaran fonemik dapat membantu anak-anak kecil memahami kata-kata atau huruf-huruf yang dilihat mengandungi grafik (unit tulisan terkecil) yang mewakili fonem (unit bunyi terkecil).

Lagu-lagu kanak-kanak ataupun nursery rhymes bukan sahaja menyeronokkan, tetapi irama lagu-lagu yang dimainkan dapat membantu kanak-kanak untuk mendengar suku-kata lagu-lagu yang dinyanyikan dan dapat meningkatkan kesedaran fonemik.

Tambahan pula video-video nursery rhymes yang mempunyai lirik di bawahnya, memang tentu dapat menarik perhatian si kecil dan membantu mereka membuat perhubungan tersebut.

3. Gunakan ‘Flash Cards’ Ringkas

Flash cards ialah kad-kad yang mempunyai perkataan-perkataan atau huruf-huruf ringkas yang boleh ditunjukkan kepada anak-anak kecil.

Bagi kanak-kanak yang belum mengetahui huruf ABC, ibu bapa boleh menggunakan suku kata atau huruf abjad untuk membantu mereka mengenali huruf tersebut. Ibu bapa menunjukkan kad kepada kanak-kanak, pilih satu, dan baca bersama-sama huruf, suku kata atau perkataan penuh, mengangkat jari untuk kad yang mengandungi lebih daripada satu suku kata atau huruf. Perhatikan bunyi huruf dan suku kata.

Ibu dan ayah boleh membuat flash cards dengan sendiri atau membelinya di kedai yang menjual mainan dan bekalan pendidikan untuk kanak-kanak.

4. Menggunakan Magnet Huruf Abjad

Kebiasaannya, ibu bapa boleh mendapatkan permainan magnet huruf abjad dari kedai pembelajaran kanak-kanak atau secara online. Ada juga yang datang dengan papan magnet, dan dijual secara berasingan daripada papan magnet.

Kanak-kanak suka bermain dan melekatkan magnet berbentuk huruf di peti ais. Para ibu juga senang untuk melakukan kerja di dapur sementara anak-anak sedang belajar berdekatan.

CC: MOTHERHOOD

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *