Skip to content

CARA MENJAGA EMOSI KETIKA BERPANTANG

Emosi wanita selepas bersalin akan sangat berubah disebabkan perubahan hormon secara drastik yang telah berlaku ke atas diri mereka. Penjagaan emosi ibu ketika berpantang merupakan cabaran sebenar yang perlu dihadapi oleh pasangan suami isteri. Walaupun kebanyakan ibu bapa rajin mencari maklumat mengenai penjagaan bayi dan berpantang namun perkara sebenar yang berlaku adalah amat berbeza dengan realiti. Ini menyebabkan kebanyakan ibu bapa merasa tertekan dengan masalah tersebut.

Kebanyakan ibu yang terganggu emosi ketika berpantang akan menjadi cepat marah, kerap menangis atau tidak ingin ditinggalkan bersendirian. Gangguan emosi seperti ini akan menganggu kehidupan seharian terutamanya hubungan mereka sesama suami isteri. Gangguan emosi ketika berpantang lebih dikenali sebagai meroyan di kalangan rakyat Malaysia.

Kebelakangan ini banyak terjadi kes dimana ibu membunuh atau mencederakan anak mereka disebabkan meroyan. Kebanyakan para ibu ini tidak sedar atau lupa bahawa mereka sendiri yang melakukan perbuatan tersebut. Kes tragik seperti ini adalah contoh di mana emosi ketika berpantang adalah sangat penting untuk dijaga supaya sentiasa stabil untuk mengelak masalah seperti meroyan.

Antara cara untuk menjaga emosi ketika berpantang adalah:

1) Banyakkan berehat. Rehat merupakan komponen penting dalam penjagaan emosi. Rehat yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan yang boleh menyumbang kepada meroyan.

2) Kumpulan sokongan. Para ibu boleh menyertai kumpulan sokongan dimana mereka akan berkumpul bersama para ibu yang mungkin mempunyai masalah sama seperti mereka. Namun para ibu digalakkan untuk menyertai kumpulan sokongan yang mempunyai pakar bersesuaian.

3) Positif. Sikap positif harus sentiasa diamalkan oleh para  ibu. Ibu harus lah tidak membebankan diri dengan perkara negatif yang boleh menjejaskan emosi mereka.

4) Beurut dan bertungku. Aktiviti beurut dan bertungku sangat digalakkan terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu. Dengan melakukan aktiviti ini, stress para ibu dapat dikurangkan. Selain mengurangkan tekanan, aktiviti ini juga membantu dalam melancarkan aliran darah. Ini dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan ibu selepas bersalin.

5) Berpantang. Ini merupakan yang paling penting untuk para ibu selepas mereka melahirkan cahaya mata. Selain menjaga kesejahteraan tubuh badan mereka, aktiviti berpantang turut membantu dalam penjagaan emosi ibu. Bersalin merupakan proses sangat sukar jadi para ibu harus lebih mengambil berat dalam penjagaan tubuh badan serta emosi mereka. Oleh sebab itulah para ibu amat digalakkan untuk berpantang selama 44 hari selepas bersalin. Walaupun proses berpantang sering dianggap remeh dan leceh di kalangan ibu terutamanya kini namun harus mereka sedari bahawa proses berpantang yang akan menentukan kesihatan dan kestabilan emosi mereka di masa hadapan. Jadi berpantanglah dengan sihat

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment