Skip to content

CARA KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN CZER!

CARA YANG BERKESAN UNTUK KEMPISKAN PERUT!

Assalamualaikum dan selamat petang!

Harini Suraya Mothercare nak berkongsi tentang cara kempiskan perut selepas bersalin secara caesar.

Dah penat fikir macam mana nak kempiskan perut lepas bersalin?? Sebelum itu, kami ingin mengucapkan tahniah kerana mommies berjaya melalui tempoh kehamilan dan melahirkan anak dengan selamat..

Untuk kembali kepada perkara utama, secara amnya, wanita yang menjalani pembedahan caesar ini memerlukan lebih masa untuk badan dan parut mereka pulih.

Tetapi jangan bersedih, kerana terdapat cara mudah untuk mengempiskan perut selepas pembedahan yang boleh membantu.

Ikuti perkongsian kali ini untuk ketahui dengan lebih lanjut!

_________________________

PERKARA YANG PERTAMA SEKALI

Sebelum mengetahui cara mengempiskan perut selepas bersalin, perkara yang paling penting adalah berjumpa doktor terlebih dahulu.

Setiap wanita mempunyai tubuh badan yang berbeza dan memerlukan masa pemulihan yang berbeza.

Secara umum, mommies perlu menunggu sekurang-kurangnya 6 hingga 8 minggu sebelum mula bersenam, berdiet atau mencuba sebarang kaedah kempiskan perut selepas bersalin secara pembedahan ceasar.

Jika terlalu awal boleh membawa kepada komplikasi dan akan menjejaskan proses penyembuhan mommies secara negatif.

CARA KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN CAESAR

Berikut adalah beberapa cara untuk kempiskan perut selepas pembedahan caesar:

  • Kira kalori dalam diet harian
  • Penyusuan susu ibu benar-benar membantu membakar banyak kalori setiap hari. Tetapi ia juga membuatkan anda rasa cepat lapar.
  • Cara terbaik untuk memastikan perut kenyang dan pada masa yang sama mengekalkan berat badan adalah dengan mengawal pengambilan kalori.
  • Antara petua yang disarankan oleh ramai orang untuk mengempiskan perut ialah memilih makanan sihat seperti yogurt, kekacang, buah-buahan, salad dan daging tanpa lemak.
  • Pastikan pengambilan kalori tidak kurang daripada 1200 kerana ini boleh mengurangkan metabolisme dan menjadikannya tidak berkesan dalam matlamat penurunan berat badan.

1. Berjalan adalah salah satu cara untuk kempiskan perut selepas bersalin caesar

Berjalan kaki adalah antara senaman terbaik yang boleh mommies lakukan selepas pembedahan cesarean..

Ini adalah senaman yang sangat ringan dan mudah tetapi masih meningkatkan kadar denyutan jantung dan peredaran darah.

Berjalan kaki adalah aktiviti yang bagus kerana mommies boleh melakukannya bersama rakan dan keluarga.

Mommies juga boleh melakukan aktiviti berjalan kaki ini sambil membawa bayi di dalam kereta sorong. Ini boleh membantu mommies membakar lebih banyak kalori disebabkan oleh berat tambahan daripada kereta sorong tanpa meletakkan terlalu banyak tekanan berlebihan pada badan.

2. Mulakan dengan senaman ringkas, cara kempiskan perut selepas bersalin secara pembedahan

Apabila sudah tiba masa yang selamat untuk mommies bersenam, mulakan dengan melakukan jenis senaman ringkas. Selain berjalan, aktiviti regangan adalah senaman yang sangat mudah untuk dilakukan.

Regangan adalah berfaedah kerana ia boleh memecahkan sebarang tisu parut yang menyumbang kepada perut menggeleber.

Berikut ialah tiga jenis senaman yang boleh mommies lakukan:

Gaya Sphinx – Berbaring meniarap, kemudian cuba angkat dada dan kepala beberapa inci dari lantai.

Gaya Bridge – Baring telentang, bengkokkan lutut dan kemudian perlahan-lahan cuba angkat badan. Kekal dalam posisi ini selama beberapa saat.

Setiap gerakan di atas bertujuan untuk meregangkan perut sambil menguatkan lantai pelvis mommies. Senaman di atas tidak agresif, tetapi jika mommies merasa sakit, hentikan segera!!

3. Gunakan belly wrap

Doktor selalunya akan mengesyorkan untuk menggunakan belly wrap selepas pembedahan untuk melindungi luka. Alat ini juga menawarkan faedah lain.

Penggunaan belly wrap ini sedikit sebanyak juga membantu “mengetatkan” perut dan menghalang pembentukan sel lemak tambahan.

Disarankan supaya dipakai sepanjang masa kecuali ketika makan, tidur atau ke bilik air.

Jika di Malaysia, khususnya di kalangan orang Melayu, penggunaan bengkung mungkin lebih dikenali, kini terdapat pelbagai jenis bengkung moden.

Fungsinya tidak jauh berbeza, ia termasuk membantu mengempiskan perut dan menyokong serta menguatkan otot pada bahagian tersebut.

PERLUKAN KESABARAN YANG TINGGI

Kesabaran adalah petua paling penting apabila cuba menurunkan berat badan selepas caesar. Ini kerana ia bukan proses yang sekejap.

Sudah tentu, terdapat banyak cara berbeza untuk mengempiskan perut selepas bersalin yang boleh mommies cuba, tetapi keberkesanan untuk setiap individu adalah berbeza – ​​bergantung kepada saiz badan normal, jumlah penambahan berat badan semasa mengandung, tahap aktiviti dan gen. Semoga berjaya mommies diluar sana!!

Haa mommies dah tahu kan cara untuk kempiskan perut selepas bersalin secara pembedahan? Semoga bermanfaat!

cc: hellodoktor

@facebooktwitterpinterestinstagram

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *