Skip to content

CARA HILANGKAN KAHAK BAYI. MUMMIES WAJIB AMBIL TAHU!

 Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Hari ini surayamothercare nak kongsikan tentang isu bayi berkahak.

Haaa, ada Mummies tanya kami di media sosial. 

Terima kasih Mummies yang bertanya.

Nak cakap pasal kahak ni kan Mummies rasa apa penyebabnya?

Kemungkinan penyebab utamanya adalah bayi mengalami selesema!

Bagi sesetengah kanak-kanak, batuk yang dialami mungkin merupakan gejala pertama akan mengalami selesema.

Manakala ada juga kanak-kanak akan mengalami masalah hidung berair atau bersin sebagai gejala yang akan muncul terlebih dahulu.

 ___________________________

JENIS BATUK YANG DIALAMI PERLU DIFAHAMI

Sebelum mengetahui cara menghilangkan kahak bayi, ibu bapa harus fahami bahawa seperti individu dewasa, bayi dan kanak-kanak juga boleh menghidap pelbagai jenis batuk.

Ia sama ada boleh hilang dalam tempoh masa yang singkat atau mungkin mengambil sedikit masa.

Umumnya, tempoh bayi batuk boleh membantu menentukan punca dan rawatan yang bersesuaian.

  • Batuk basah (batuk dada / chesty cough) – penumpukan lendir pada bahagian tekak atau dada dan boleh menjadi punca bayi batuk berkahak
  • Batuk kering – batuk yang terjadi kerana tekak berasa gatal, umumnya ia tidak akan menyebabkan penghasilan kahak

Batuk yang dialami selama tidak lebih 3 minggu dikategorikan sebagai akut dan biasanya disebabkan oleh virus atau jangkitan.

Mendapatkan rehat yang mencukupi adalah rawatan paling mudah untuk merawat batuk jenis ini.

Pun begitu, sekiranya anak mengalami batuk lebih daripada 8 minggu, doktor akan menganggap ia sebagai batuk kronik atau berterusan.

Batuk jenis ini biasanya didasari oleh keadaan kesihatan tertentu atau masalah kesihatan sedia ada seperti asma, anak ada alahan atau refluks.

_______________________________

CARA ATASI KAHAK BAYI MELALUI RAWATAN DI RUMAH

1: PELEMBAB UDARA

Sekiranya udara di dalam rumah anda kering, gunakan pelembap udara (humidifier).

Kelembapan dalam udara dapat memudahkan bayi mengeluarkan batuk yang berkahak atau mengatasi kekeringan pada tekak.

Sebagai 1 cara menghilangkan kahak bayi, pelembap udara ini juga boleh diletakkan di dalam bilik tidur si manja bagi memberikan lebih banyak kelembapan pada persekitarannya.

Anda juga boleh menjadikan bilik mandi sebagai bilik stim. Bagaimana?

Pasangkan pancuran air panas, tutup pintu dan duduk bersama si kecil untuk tempoh sekurang-kurangnya 15 minit. Lakukannya 2 kali sehari; waktu pagi dan sebelum tidur.

Wap yang ada akan membantu melega dan melancarkan kahak dan lendir pada saluran pernafasan anak.

2: PENGAMBILAN CECAIR

Cuba pastikan anak sentiasa terhidrasi.

Apabila anak mendapat cukup air, ia akan membantu merendahkan suhu badan.

Dalam masa yang sama ia turut akan melembut dan melancarkan lendir tersekat pada tekak yang menjadi punca utama batuk berkahak terjadi.

Bagi bayi yang mengalami batuk berkahak, susukan mereka sama ada penyusuan susu badan atau susu formula dengan lebih kerap sebagai cara hilangkan kahak bayi.

Untuk bayi yang berusia 6 bulan ke atas, ibu boleh berikan air kosong sebagai tambahan.

3: ALAT PENYEDUT HIDUNG

Untuk bayi dan anak kecil yang masih belum pandai menghembus hidung, penggunaan ubat titis hidung dan alat penyedut boleh membantu.

Penggunaan ubat titis dan alat penyedut boleh mengeluarkan mukus yang terdapat pada tekak dan hidung.

Anda boleh melakukan cara ini sebelum memberikan mereka susu, supaya bayi dapat bernafas dengan lebih mudah semasa proses penyusuan.

4: MADU

Jangan memberikan bayi di bawah usia setahun madu. Ia tidak membantu mengatasi masalah batuk berkahak, sebaliknya boleh menyebabkan keadaan yang disebut botulisme – keadaan boleh mengancam nyawa si kecil!

Untuk kanak-kanak berumur setahun ke atas, tawarkan 1 sudu madu – 2 hingga 5 mL – sebelum tidur untuk melindungi tekak dan mengurangkan kesakitan.

_______________________________

KAHAK YANG TIDAK BERBAHAYA

Sekiranya bayi batuk berkahak yang berwarna kuning atau hijau, ia adalah perkara normal bagi penyembuhan virus bronkitis.

Kahak tersebut terhasil daripada lapisan trakea – saluran udara – yang rosak disebabkan virus tersebut.

_______________________________

Jika anda terfikir untuk memberikan ubat batuk atau selesema kepada si kecil, tunggu!

Food and Drug Administration (FDA) dan American Academy of Pediatrics (AAP) tidak mengesyorkan pemberian ubat batuk atau selesema pada anak kecil.

Ia tidak berkesan dan lebih teruk lagi, mungkin boleh membahayakan anak dengan risiko kesan sampingan yang boleh terjadi!

Sekiranya terdapat apa-apa kebimbangan mengenai keadaan kesihatan si kecil, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera!

Kini anda telah tahu cara menghilangkan kahak bayi!

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/cara-menghilangkan-kahak-bayi/ 

 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *