Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies! laughing

Kongsian kalini memang khas untuk Mummies yang memang aktif bersukan.

Tetapi Mummies perlu berhati-hati bersukan ketika hamil.

Ini kerana apabila hamil, aktiviti atau senaman yang mudah dan ringkas pun boleh memudaratkan kesihatan Mummies dan bayi dalam kandungan.

Nak tahu aktiviti atau sukan apa yang selamat dilakukan Mummies hamil?

Jon baca kongsian dibawah!

Selamat membaca Mummies!

__________________________________

AKTIVITI BERSUKAN DAN BERSENAM

Mummies kalau sebelum ini aktif bersukan, tidak semestinya perlu sama aktif bersukanketika hamil tau.

Ini kerana ianya bergantung kepada tahap kesihatan Mumies ketika hamil juga.

Sekiranya Mummies sihat dan mempunyai proses kehamilan yang lancar, semestinya melakukan aktiviti bersukan dapat membantu Mummies kekal cergas dan kuat.

Bahkan ia juga dapat mencegah kenaikan berat badan yang berlebihan serta menjadikan diri lebih sihat dari aspek mental. Ha yang ni nanti takdalah nampak Mummies tembam kan ketika hamil.

Bersyukur Tuhan berikan rezeki kehamilan yang lancar supaya dapat menyihatkan tubuh badan juga apabila dapat bersenam.

Selain itu, Mummies hamil yang bersukan dikatakan akan mengharungi tempoh kelahiran lebih pendek dengan hanya sedikit komplikasi.

Bersenam secara teratur juga dapat menurunkan risiko penyakit jantung, diabetes jenis 2 dan beberapa risiko penyakit barah.

Pun begitu, sebagai Mummies hamil, perlu juga lebih berhati-hati serta mengelakkan jenis sukan tertentu.

SEBAB MUMMIES PERLU BERHATI-HATI KETIKA BERSUKAN

Walaupun aktiviti fizikal yang dilakukan oleh wanita hamil adalah selamat dan baik untuk kesihatan, tetapi ada beberapa aktiviti sukan tertentu yang boleh menyebabkan bahaya kepada Mummies dan kandungan.

Mummies harus faham, segala aspek atau rutin dalam kehidupan perlu diolah ketika hamil. Sama juga apabila bersenam, walaupun melibatkan sukan yang tidak berisiko dan dirasakan selamat untuk Mummies.

Pun begitu, Mummies yang hamil mungkin perlu melakukan beberapa perubahan. Paling penting, pasukan Mummies (jika bermain sukan berkumpulan) wajib mengetahui keadaan kehamilan Mummies.

Jadi mudah bagi mereka untuk lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti bersama Mummies.

Ini dapat mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

KEADAAN KESIHATAN YANG HAMIL

Mummies perlu faham, ketika hamil ada keadaan dimana Mumies tidak diperbolehkan untuk bersukan. Contohnya di bawah:

  • Menghidapi masalah kesihatan berkaitan jantung, paru-paru atau hati

  • Menghidap diabetes yang tidak dikawal dengan baik

  • Berdepan masalah tulang atau sendi

  • Mempunyai penyakit berjangkit

  • Berat badan berlebihan atau kurang berat

 

  • Mengalami masalah dengan kehamilan sekarang atau kehamilan terdahulu

  • Menghidap anemia

 

  • Kehamilan kembar

Sekiranya sedang bersenam, Mummies harus berhenti dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor, jika:

  • Mengalami sakit dada

  • Degupan jantung lebih laju atau tinggi daripada biasa

  • Mengalami masalah sesak nafas yang luar biasa

  • Pergerakan bayi menurun

  • Anda mengalami kontraksi

  • Keluar cecair dari faraj

 

  • Pergelangan kaki atau tangan mahupun muka secara tiba-tiba membengkak

  • Mengalami rasa sakit, bengkak atau kemerahan pada bahagian betis

  • Mengalami kelemahan otot

  • Berasa pening atau pengsan

SUKAN YANG HARUS DIELAKKAN

Berikut antara aktiviti sukan yang tidak disarankan buat wanita mengandung:

  • Sukan yang memerlukan kerja keras atau melibatkan keadaan panas

Contohnya menyertai larian marathon.

  • Boleh menyebabkan Mummies jatuh

Contohnya berkuda, sukan bola sepak, bowling juga boleh akibatkan Mummies jatuh jika Mummies tidak dapat mengawal keseimbangan badan ketika bermain.

  • Pukulan boleh mengenai bayi dalam kandungan

Contohnya apa-apa jenis sukan yang melibatkan bola. 

  • Melibatkan banyak lompatan

Contoh yang dekat dan mudah dilakukan adalah skipping.

  • Melibatkan banyak perubahan arah pergerakan secara tiba-tiba

  • Sukan berkaitan menyelam atau ketinggian tinggi

Mummies perlu teliti dalam memilih sukan atau senaman yang ingin dilakukan agar tidak memberi dampak buruk kepada kesihatan Mummies dan bayi dalam kandungan.

SUKAN DAN PERINGKAT KEHAMILAN

TRIMESTER PERTAMA ( minggu 1-12 )

Dalam tempoh kehamilan ini, ibu hamil disarankan untuk tidak berada dalam keadaan terlalu panas demi melindungi kandungan.

  • Elakkan bermain sukan melibatkan persekitaran panas atau dengan kelembapan yang tinggi
  • Pakai pakaian yang sejuk dan longgar

  • Minum banyak air. Ini untuk elakkan dehidrasi dari berlaku.

TRIMESTER KEDUA DAN KETIGA ( minggu 13-40 )

Sepanjang fasa kehamilan ini, bayi boleh bergerak ke atas dan tidak dilindungi bahagian pelvis, jadi elakkan sukan yang berimpak tinggi dan berisiko terkena perut.

Berat badan Mummies juga akan lebih tertumpu pada bahagian depan, sekali gus meningkatkan risiko untuk jatuh. Sekiranya berasa tidak stabil atau mengalami ketidakselesaan, hentikan apa yang sedang dilakukan.

Wanita mengandung juga lebih berkemungkinan untuk mengalami kecederaan ligamen disebabkan keadaan ligamen yang lebih longgar.

Elakkan aktiviti bersukan yang melibatkan bebanan berat atau perubahan pergerakan mendadak seperti tenis.

Tekanan darah juga mungkin menurun, jadi sebaiknya bergerak dengan perlahan bagi mengelakkan pening semasa menukar postur badan, seperti daripada duduk kepada berdiri.

Selepas minggu ke-16, hindari aktiviti yang memerlukan berbaring secara menelentang kerana ia boleh menjejaskan bekalan darah kepada bayi dan membuatkan ibu hamil berasa pening.

Haaa, Mummies dah faham kan, bagaimana sukan atau senaman yang mudah pun boleh beri dmpak buruk kepada Mummies.

Aktiviti berbaring secara menelentang pun Mummies tidak digalakkan untuk dibuat pada trimester kedua dan ketiga. Lagikan pula sukan lasak seperti badminton, hiking, dan berbasikal.

AKTIVITI SUKAN YANG DISARANKAN

Sekiranya Mummies masih ingin melakukan aktiviti sukan, adalah baik untuk melakukan aktiviti berisiko rendah yang:

  • Tidak melibatkan hubungan atau kontak fizikal terhad

  • Dapat menyokong berat badan Mummies, seperti kelas berenang atau latihan akuatik – tetapi elakkan berada dalam air yang mempunyai suhu panas melebihi 32℃ untuk tempoh yang lama

  • Membolehkan Mummies berada dalam posisi lurus berbanding perubahan posisi mendadak

  • Mempunyai risiko jatuh yang kecil

  • Membolehkan Mummies bersenam dengan intensiti rendah atau sederhana

  • Direka khas untuk wanita mengandung

Walau apa pun aktiviti bersukan atau senaman yang ingin dilakukan, sebaiknya dapatkan nasihat dan rundingan daripada doktor atau pakar sakit puan terlebih dahulu sebelum memulakannya.

 Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/penjagaan-kehamilan/aktiviti-bersukan-hamil/ 

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *