Assalamualaikum Mummies! Selamat pagi..

Mummies mesti geram kan bila doktor minta sampel air kencing bila check up frown

Selalunya doktor minta untuk ujian air kencing sama ada Mummies ada kencing kotor atau tidak.

Namun, adakah ujian air kencing tersebut dianggap tidak perlu kepada ibu yang tidak mengalami sebarang simptom kencing kotor semasa mengandung?

Ha, kongsian kalini amat penting demi memberi pencerahan tentang kencing kotor yang kerap dialami ibu hamil.

Selamat membaca Mummies!

_________________________________

KENCING KOTOR AMAT LAZIM DENGAN WANITA

Apabila kita berbicara tentang kencing kotor, pasti anda akan terbayangkan air kencing keruh umpama air teh dan berkeladak. Hakikatnya, bukan semua individu yang mengalami masalah kencing kotor dapat didiagnosis daripada rupa air kencing mereka.

Jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI) merupakan masalah kesihatan yang lazim dialami oleh golongan wanita. Pada kebanyakan kes, jangkitan ini disebabkan oleh bakteria, namun ada juga yang disebabkan oleh kulat atau virus meskipun ia jarang berlaku.

Saluran kencing melibatkan organ buah pinggang, salur ureter (menghubungkan buah pinggang ke pundi kencing), pundi kencing dan salur urethra (saluran yang membawa keluar air kencing).

Kebanyakan UTI yang berlaku hanya melibatkan salur urethra dan pundi kencing. Jika jangkitan tersebut berlaku pada organ buah pinggang atau salur ureter, kebiasaannya individu tersebut akan mengalami simptom yang lebih teruk.

KENCING KOTOR SEMASA MENGANDUNG

Kencing kotor semasa mengandung memang boleh mendatangkan risiko bahaya kepada ibu dan janin di dalam kandungan. Namun, pernah tak anda terfikir, kenapa wanita hamil lebih berisiko?

Perubahan hormon yang berlaku ketika hamil bukan sahaja boleh memberikan kesan positif kepada janin untuk membesar, ia juga boleh menyebabkan kekuatan otot salur ureter dan pundi kencing bertambah renggang.

Perkara ini boleh menyebabkan aliran air kencing menjadi perlahan. Apabila rahim mula membesar, ia berupaya untuk menyekat lebih banyak air kencing. Ditambah pula dengan kelemahan otot pundi kencing untuk menolak air kencing keluar, ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.

Faktor-faktor lain seperti peningkatan tahap keasidan air kencing dan gula yang terdapat di dalamnya berikutan perubahan hormon yang berlaku menjadikan wanita hamil mudah untuk didiagnosis dengan masalah kencing kotor.

Tanpa rawatan, jangkitan tersebut boleh menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan keradangan pada organ buah pinggang.

Apabila sudah sampai ke tahap itu, kuman yang terdapat pada sistem salur kencing wanita hamil mudah untuk bergerak masuk ke dalam aliran darah.

Jika tidak dirawat dengan serta merta, ibu yang mengalami kencing kotor semasa mengandung boleh mati.

Jadi, adakah anda enggan menjalani ujian air kencing seperti yang dipinta oleh doktor hanya kerana anda rasa prosedur tersebut menyusahkan?

Ketahuilah bahawa kencing kotor tidak selalunya didiagnosis pada mereka yang mempunyai air kencing yang keruh atau berkeladak. Mereka yang mempunyai masalah kencing kotor semasa mengandung kebiasaannya akan mengalami simptom seperti:

  • Rasa terbakar sewaktu kencing
  • Darah dalam air kencing
  • Air kencing keruh
  • Kerap ke bilik air untuk kencing walaupun hanya sedikit urin yang keluar
  • Tidak dapat menahan kencing

Jika seseorang itu mengalami jangkitan pada buah pinggang, antara simptom yang akan dialami adalah:

  • Demam
  • Loya
  • Muntah
  • Sejuk menggigil
  • Sakit pada bahagian belakang badan, di bawah rusuk

LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL

Ujian saringan yang dilakukan oleh doktor merupakan satu keperluan bagi mengelakkan berlakunya komplikasi kencing kotor seperti jangkitan buah pinggang. Jika anda disahkan positif jangkitan, terapi antibiotik akan diberikan secara serta merta bagi merawat keadaan tersebut.

Doktor akan menentukan jenis antibiotik yang selamat dimakan oleh anda mengikut kepada keperluan semasa. Jika anda hamil, sudah semestinya antibiotik yang diberikan tidak akan menyebabkan komplikasi kepada anda mahupun anak di dalam kandungan.

Bagaimana pula dengan mereka yang tidak dijangkiti? Anda boleh mencuba tip berikut:

  1. Minum air mengikut kadar saranan harian (6-8 gelas) atau seperti yang dipreskripsikan oleh doktor anda. 

  1. Jangan bertangguh untuk membuang air kecil. Perbuatan tersebut boleh menyebabkan lebih banyak bakteria membiak di dalam pundi kencing.

  1. Selepas membuang air kecil, pastikan anda mengelap kemaluan dari depan ke belakang. Tindakan ini boleh meminimumkan risiko bakteria untuk merebak dari kawasan punggung ke faraj.
  2. Pakai pakaian dalam yang longgar dan diperbuat daripada kapas.
  3. Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap.

  1. Elakkan daripada mengambil minuman bergula atau berkafein.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/kehamilan/rancang-kehamilan/lain-lain/kencing-kotor-semasa-mengandung/ 

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *