Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies! laughing

Mummies mesti happy aje kan bila si kecil tu ketawa? Rasa seronok bila si kecil bahagia tergelak-gelak bila dengan Mummies.

Pernah ke Mummies dengar si kecil ketawa tanpa ada orang yang mengagahnya? Bahaya tu surprised

Ini kerana mungkin ada perkara yang tidak normal berkaitan bayi Mummies.

Ada orang kata gangguan jin bila bayi tiba-tiba ketawa sendiri, ada pula sebaliknya.

Berikut merupakan sebab saintifik mengapa bayi ketawa sendiri.

Selamat membaca Mummies!

______________________________________

EPILAPSI GELASTIK ADALAH PUNCA BAYI TIBA-TIBA KETAWA?

Epilepsi gelastik (Gelastic epilepsy) atau turut dikenali sebagai sawan ketawa ini membuatkan seseorang itu ketawa tidak terkawal untuk tempoh beberapa saat atau minit.

Ketawa yang berlaku itu sering digambarkan sebagai ‘kosong’ atau ‘tidak wajar’ dan berlaku di luar konteks – bukan disebabkan sesuatu yang lucu.

Gejala sawan gelastik termasuk:

  • Bayi gelak sendiri untuk tempoh kurang seminit. Ketawa itu boleh muncul dalam bentuk ‘cooing’, tersenyum, menangis atau bernafas berat
  • Kemudian selepas sawan ketawa, biasanya akan berlaku sawan lain seperti sawan tonik-klonik
  • Mereka juga mungkin akan melakukan pergerakan secara tiba-tiba (twitch), mengetap bibir atau menunjukkan riak kegelisahan

Agak sukar bagi Mummies untuk mengenalpasti adakah ketawa tersebut sawan gelastik jadi…

Gejala lain adalah bayi mungkin merengus atau menggeliat dengan cara luar biasa apabila mengalami sawan ini dan ketawa mereka sering berhenti secara tiba-tiba. Selain itu, anak mungkin tampak keliru atau letih sebaik sahaja sawan mereka berakhir.

Jadi Mummies kena sentiasa peka dengan keabnormalan si bayi agar tidak menyesal kemudian hari.

_________________________________________________

PUNCA BAYI KETAWA SENDIRI

Umumnya, keadaan yang dikenali sebagai epilepsi gelastik – satu keadaan epilepsi yang sangat jarang berlaku menyebabkan individu mengalami sawan ketawa.

Sawan terjadi disebabkan ‘letupan elektrik’ (burst of electricity) secara tiba-tiba di dalam otak – membuatkan individu ketawa tanpa kawalan dan tidak mempunyai sebab yang jelas.

Keadaan ini lebih berkemungkinan besar untuk didiagnosis pada kanak-kanak.

Epilepsi gelastik selalunya bermula sedari kecil dan sering dikaitkan dengan sejenis keadaan tumor otak tertentu yang dikenali sebagai hamartoma hipotalamus. Tumor ini adalah jinak dan tidak menjejaskan sel lain.

Hamartoma hipotalamus adalah tumor yang hadir semasa lahir. Jadi sawan gelastik yang dikaitkan dengan hamartoma hipotalamus bermula semasa awal bayi.

Pun begitu, terdapat juga beberapa punca lain sawan ketawa ini, termasuklah lesi pada lobus frontal dan parietal.

Apabila ia berlaku disebabkan oleh lesi di bahagian lain otak, sawan gelastik boleh bermula kemudian semasa zaman kanak-kanak atau dewasa.

Dalam kajian 2015, seorang lelaki dewasa dipercayai mula mengalami sawan ketawa ini selepas mendapat jangkitan parasit.

_________________________________________

CARA RAWAT SAWAN GELASTIK

Sawan gelastik selalunya tidak bertindak balas terhadap ubat antisawan. Doktor mungkin akan mengesyorkan pembedahan jika anak mengalami sawan yang menjejaskan kualiti hidup mereka.

Terdapat bukti kukuh bahawa membuang hamartoma hipotalamus boleh memperbaiki gejala dan masalah tingkah laku.

Beberapa teknik pembedahan boleh dilakukan, termasuk:

  • Radiosurgeri stereotaktik
  • Ablasi laser berpandukan MRI
  • Kraniotomi
  • Pembedahan endoskopik 

Jadi Mummies dah tahu sedikit ilmu tentang sawan epilepsi gelastik.

Semoga dapat memberi manfaat kepada Mummies semua dalam menjaga si kecil.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/baby-ketawa-epilepsi-gelastik/

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *