JENIS-JENIS BENTAN YANG WAJIB IBU AMBIL TAHU

Bentan merupakan suatu keadaan di mana ibu bersali mengalami sakit badan, sakit urat, dan sakit pinggang. Kebiasaannya sakit di kawasan peranakan sehingga boleh menyebabkan tumpah darah.

3 jenis bentan yang perlu diambil tahu :

  • Bentan Urat Pinggang

Biasanya terjadi kepada mereka yang melahirkan secara pembedahan. Ibu akan merasa lenguh di bahagian pinggang sehari dua selepas melahirkan.

  • Bentan Urat Peranakan/Rahim

Ini akan terjadi sekiranya ibu membuat kerja terlalu berat atau mengangkat barang terlalu berat di luar kemampuan wanita berpantang. Hal ini kerana rahim belum cukup kuat lagi untuk mengampu badan daripada mengangkat benda yang berat.

  • Bentan urat

Jika ibu-ibu yang terkena bentan urat, ada yang teruk sehingga tidak dapat bangun sepanjang hari. Ibu juga berasa lemah dan menggigil kesejukan walaupun sedang cuaca panas.

Oleh itu, ibu-ibu dinasihati untuk perbanyakkan rehat, menjaga kebersihan, dan juga menjaga pemakanan untuk mengelakkan terkena bentan.

RAWAT MORNING SICKNESS DENGAN BAHAN-BAHAN SEMULAJADI

Morning sickness pada trimester pertama merupakan sesuatu perkara yang normal terjadi pada ibu-ibu. Mesti penat asyik rasa mual dan muntah-muntah kan? Oleh sebab itu, hari ini saya akan share beberapa bahan semula jadi yang boleh merawat morning sickness anda!

  • Air kosong

Minum air masak untuk mengelakkan rasa mual dan mengurangkan asid dalam perut.

  • Halia
  • Dapat meningkatkan sistem pencernaan dan mengurangkan asid dalam perut

  • Daun pudina
  • Mengandungi methanol yang dapat mengawal rasa mual. Boleh juga dijadikan teh untuk diminum.

  • Buah lemon
  • Aroma buah lemon mampu menenangkan badan dan emosi. Minum air beserta perahan lemon untuk diminum setiap pagi.

  • Oat dan gandum
  • Boleh mengurangkan morning sickness. Makan bersama susu setaip pagi untuk kekal bertenaga.

  • Vitamin B6
  • Vitamin B6 yang terkandung dalam makanan seperti beras perang, avokado, buah pisang, ikan dan kekacang dapat mengawal rasa mual.

  • Brokoli
  • Kaya dengan asid folik yang dapat meredakan rasa mual ketika hamil.

  • Buah kiwi
  • Sedap dimakan bersama madu.

  • Yogurt
  • Mengandungi Vitamin B12 yang berkhasiat untuk wanita hamil.

  • Spirulina
  • Ianya kaya dengan protein dan boleh membantu sistem penghadaman.

    8 MAKANAN YANG DAPAT MENGUATKAN RAHIM & MENYEJUKKAN UTERUS

    Sesetengah wanita mempunyai suhu badan yang tinggi akibat daripada makan makanan yang panas. Apabila wanita memiliki perubahan suhu badan yang panas, ini akan memberikan pengaruh untuk penyakit di rahim muncul seperti masalah kesuburan, haid lewat, fibroid, cyst, kanser, dan rahim yang lemah.

    Antara makanan yang dapat menyebabkan tubuh mendapat haba yang tinggi adalah seperti :

    • Mustard/cuka/cili
    • Cili jeruk, sambal, garam
    • Ikan kering, udang, ketam, makanan dalam tin
    • Daging lembu
    • Nenas, bawang putih, tomato
    • Alkohol

    Maka, untuk mendapatkan suhu badan yang normal kembali, anda perlu mengamalkan pemakanan yang dapat menyejukkan rahim supaya dapat mencegah dari penyakit yang muncul di rahim.

    Makanan yang menguatkan rahim & menyejukkan uterus :

    1. Buah oren
    2. Buah cermai
    3. Tembikai
    4. Timun
    5. Jus Aloe Vera
    6. Barli
    7. Terung
    8. Air kelapa

    Semoga info ini dapat memberikan manfaat yang sangat baik untuk para ibu di luar sana.

    AWAS DENGAN URI DI BAWAH ATAU PLASENTA PREVIA

    Plasenta privia merupakan satu situasi di mana kedudukan uri berada di pertengahan bawah rahim dan dapat menyebabkan pembukaan serviks tersekat atau separa tersekat. Apabila pembukaan serviks tersekat, ibu perlu melahirkan anak melalui cara pembedahan.

    Terdapat beberapa punca yang boleh menyumbang kepada masalah ini, antaranya :

    • Faktor uterus : Disebabkan oleh pembedahan rahim yang pernah dibuat sebelum ini untuk menghilangkan fibroid.
    • Faktor plasenta : Embrio yang tumbuh pada kedudukan rendah akan menyebabkan plasenta rendah juga.
    • Ada sejarah keguguran.
    • Telah ada beberapa anak.
    • Lebih dari 35 tahun.
    • Kehamilan terlalu dekat.
    • Merokok.
    • Mengambil dadah kokain.

    Beberapa komplikasi yang akan terjadi sekiranya ibu mengalami situasi ini :

    • Kelahiran pramatang

    Akibat berlakunya pendarahan yang teruk sebelum tempoh tamat kehamilan, bayi perlu dikeluarkan dengan segera melalui pembedahan.

    • Histerektomi

    Situasi uri di bawah ini juga boleh menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa semasa dan selepas kelahiran sehingga memerlukan tranfusi darah.

    Oleh itu, ibu semua harus berjumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda pendarahan walaupun ianya sedikit supaya dapat mencegah dari komplikasi yang akan terjadi.

    APAKAH TANDA-TANDA MENGANDUNG DI LUAR RAHIM?

    Hamil di luar rahim bermaksud wanita itu hamil tetapi kandungannya tiada di dalam rahim. Kejadian ini boleh terjadi disebabkan oleh kromosom dari sel telur ibu hilang atau tidak aktif manakala kromosom ayah digandakan.

    Ciri-ciri kandungan luar rahim :

    1. Pendarahan keluar dari vagina berwarna coklat tua hingga merah terang sepanjang trimester pertama kehamilan.
    2. Mual dan muntah yang teruk.
    3. Sakit pinggul sepanjang kehamilan.

    Sekiranya mommies mengalami ciri-ciri yang dinyatakan di atas, segera lah mendapatkan konsultasi daripada doktor atau pakar untuk rawatan seterusnya.

    KENALI DARAH NIFAS YANG NORMAL ATAU TIDAK NORMAL

    Darah nifas merupakan satu darah yang keluar melalui vagina setelah ibu melahirkan tidak kira sama ada secara normal atau czer. Darah nifas juga dapat menyingkirkan darah dan menyokong pertumbuhan janin semasa kehamilan.

    Berikut merupakan ciri-ciri darah nifas yang normal :

    1. Berwarna merah terang dan mempunyai gumpalan darah selama beberapa hari selepas bersalin.
    2. Darah nifas keluar lebih banyak ketika anda berdiri atau aktif bergerak.
    3. Darah nifas akan mula berkurang selepas 10 hari.

    Ciri-ciri darah nifas yang tidak normal :

    1. Pendarahan merah terang pada hari ketiga selepas bersalin.
    2. Gumpalan darah lebih besar,
    3. Darah terlalu banyak keluar.
    4. Penglihatan menjadi kabur.
    5. Mual dan badan menjadi lemah.

    Namun mommies tak perlu risau kerana mommies hanya perlu segera mendapatkan rawatan dengan doktor atau pakar. Mereka akan menyarankan mommies untuk mengambil ubat-ubatan untuk membantu kontraksi rahim dan hentikan pendarahan.

    WASPADA DENGAN AIR KETUBAN BERLEBIHAN

    Air ketuban berlebihan ini membuatkan ibu kelihatan seperti hamil anak kembar. Tapi hakikatnya hanyalah disebabkan air ketuban yang berlebihan.

    Ianya tidak berbahaya tetapi boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu hamil dan kandungannya. Boleh jadi ibu akan sukar bernafas, mengalami bengkak vulva, produksi urin semakin berkurang, mual, sembelit, senak perut, dan bengkak di sesetengah bahagian tubuh.

    Terdapat beberapa punca kehamilan kembar air ini :

    1. Gangguan kesihatan janin
    2. Ibu menghadapi diabetes
    3. Metabolisme tubuh ibu yang tidak normal
    4. Ibu mengamalkan alkohol dan dadah

    Kehamilan air juga menyebabkan beberapa komplikasi lain seperti :

    1. Melahirkan bayi pramatang
    2. Ketuban pecah awal
    3. Plasenta terlepas dari dinding rahim
    4. Tali pusat janin terkeluar dari vagina ibu
    5. Bersalin secara czer
    6. Keguguran
    7. Pendarahan

    Oleh itu, ibu semua disarankan untuk berjumpa dengan doktor atau pakar untuk sentiasa memantau kandungan agar dapat mengelakkan kehamilan kembar air ini.

    PROSES INDUCE SEMASA BERSALIN SELAMAT ATAU TIDAK UNTUK IBU ?

    Zaman sekarang induce semasa melahirkan merupakan sesuatu yang sangat normal. Induce merupakan satu proses bersalin yang selalunya melalui kapsul atau gel yang dimasukkan melalui vagina dan ia mampu mempercepatkan proses bersalin.

    Secara amnya, induce tidak perlu dirisaukan oleh ibu jika ianya telah pun disarankan oleh doktor. Namun, terdapat beberapa risiko komplikasi yang boleh berlaku dari proses bersalin induce :

    • Kegagalan induce

    25% ibu terpaksa melakukan C-section secara emergency.

    • Kadar degupan jantung menjadi rendah.

    Ubat digunakan doktor untuk proses induce berkemungkinan menyebabkan kontraksi yang tidak normal dan membuatkan kadar degupan jantung menurun serta bekalan oksigen berkurang.

    • Uterine rupture (Uterus tercerai)

    Uterus boleh terkoyak akibat kesan pembedahan c-section terdahulu namun kes sebegini jarang berlaku

    • Jangkitan

    Proses induce boleh menyebabkan risiko jangkitan kepada bayi dan ibu di dalam kes di mana membran terpaksa dipecahkan.

    • Pendarahan berlebihan

    Bersalin secara induce boleh menyebabkan otot uterin tidak dapat mengecut dengan betul selepas bersalin dan boleh menyebabkan pendarahan berlebihan.

    Dapatkan nasihat doktor sekiranya ibu ingin melakukan proses induce semasa bersalin.

    TIPS KOMUNIKASI DENGAN BAYI DALAM KANDUNGAN

    Cara berkomunikasi dengan bayi dalam kandungan dapat meningkatkan kemampuan perkembangan janin. Bayi ketika berada dalam kandungan berusia 5 bulan sudah memiliki keupayaan untuk mendengar dan lebih peka pada waktu malam antara pukul 8 – 12 malam.

    Ini merupakan tips-tips cara berkomunikasi dengan bayi dalam kandungan yang boleh mommies cuba

    TIPS BERKOMUNIKASI DENGAN BAYI

    • Pilih waktu yang tepat

    Waktu yang terbaik adalah setelah ibu makan kerana ketika itu bayi sedang aktif. Selain itu, waktu sebelum tidur juga merupakan antara waktu yang sesuai untuk berkomunikasi dengan bayi.

    • Sesuaikan mood ibu

    Bayi dalam kandunga dapat mengetahui emosi ibu sama ada ketika gembira, sedih, atau marah. Jadi, waktu yang terbaik adalah ketika ibu dalam keadaan yang tenang supaya sentiasa positif bila bercakap dengan bayi.

    • Bicara dengan perlahan

    Bicaralah dengan suara yang lembut dan penuh kasih sayang supaya bayi dapat rasakannya.

    • Berikan sentuhan penuh cinta

    Usap perut semasa berbual dengan bayi supaya bayi dapat merasakan kebahagiaan yang dikongsikan.

    • Membaca al-Quran dan berzikir

    Bagi ibu Muslim, digalakkan untuk membaca al-Quran dan berzikir dengan kerap sepanjang tempoh kehamilan supaya dapat menenangkan emosi si ibu dan juga menenagkan bayi dalam kandungan

    PAI FETA FILO DAN BAYAM

    BAHAN – BAHAN :

    1. 2 biji telur
    2. 1 labu bawang besar (dicincang halus)
    3. 1 kg bayam segar
    4. 225 g keju feta (dipotong kiub)
    5. Lada hitam
    6. Buah pala
    7. 300 g pastri filo
    8. Minyak

    CARA – CARA :

    1. Panaskan ketuhar pada suhu 190℃.
    2. Cuci dan rebus/kukus bayam sehingga masak. Perah hingga kering lalu potong secara kasar.
    3. Campurkan bayam dengan keju feta dan bawang.
    4. Pukul telur dan gaulkan ke dalam campuran tadi. Tambahkan sedikit lada hitam dan buah pala parut.
    5. Ratakan sedikit minyak pada helaian pastri filo.
    6. Susun 4-5 helai di atas loyang pai 25 cm dan biarkan ianya tergantung sedikit di tebingnya supaya menjadi dinding pai.
    7. Sembur sedikit minyak sebelum memasukkan inti bayam dan keju.
    8. Tuang inti bayam dan keju feta ke atas pastri lalu ratakan.
    9. Bakar di ketuhar selama 35-40 minit. Pastikan warna pai telah bertukar ke keemasan.
    10. Sejukkan selama beberapa minit.
    11. Sedia untuk dihidang.