Assalamualaikum Mummies!

Mummies mesti sesalu rasa sakit-sakit belakang kan semasa hamil?

Kadang-kadang tu sampai memberi kesan kepada rutin harian Mummies di rumah mahupun di tempat kerja.

Jika keadaan ini dibiarkan, ia akan mengakibatkan ketidakselesaan yang berlarutan. Apakah ia? Bagaimanakah mengubatinya?
Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini dengan lebih lanjut! 

Selamat membaca Mummies!

____________________________________

APA ITU SAKIT SARAF SCIATIC

Untuk pengetahuan Mummies, sakit saraf semasa mengandung ini disebabkan oleh kerengsaan pada saraf sciatic: saraf di antara saraf tunjang yang bersambung ke punggung dan kaki.

Saraf yang sangat luas dan panjang ini berfungsi membantu bahagian belakang dan ke bawah tubuh badan anda merasai sensasi seperti tekanan, suhu dan juga sakit.

Semasa kehamilan, kerengsaan ini akan berlaku dan menjadi buruk apabila kandungan semakin membesar sekali gus memberikan tekanan lebih pada saraf ini.

Kebiasaannya, ia akan menjadi semakin kronik apabila kandungan memasuki trimester terakhir kehamilan yakni bulan ke 7 hingga ke 9.

Selain kehamilan, ia juga mungkin boleh disebabkan oleh kondisi lain seperti ‘slipped disc’ atau ‘spasm of the piriformis’ pada belakang tubuh badan.

SIMPTOM SAKIT SARAF SCIATICA

Meskipun sakit belakang semasa mengandung boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor, namun sciatica ini adalah pencetus utama dan Mummies perlu memahami simptomnya terlebih dahulu.

Simptom paling utama adalah kesakitan yang bermula pada bahagian bawah belakang dan menurun sehingga ke kaki selain beberapa simptom-simptom lain seperti:

  • Kesukaran mengawal dan menahan kencing
  • Kesakitan pada kaki
  • Kekebasan pada kaki
  • Kepedihan yang akan menjadi lebih teruk ketika batuk, bersin atau bergerak
  • Sensasi seperti terbakar pada bahagian bawah tubuh badan

Mummies kalau ada rasa simptom di atas, ha mungkin Mummies alami sakit saraf sciatica.

Sekiranya kalian mengalami salah satu atau kesemua simptom di atas, maka anda mungkin mengalami sakit saraf sciatica dan perlu segera berjumpa doktor.

Selain mendapatkan rawatan serta ubatan secara klinikal, anda juga mungkin boleh mengurangkan sakit belakang semasa mengandung ini di rumah sahaja.

Bagaimana? Hanya dengan melakukan teknik regangan ini!

INI REGANGAN YANG MUMMIES BOLEH LAKUKAN.

1: Child ‘s Pose

Teknik yoga ni popular tau Mummies kerana ia diakui sangat bagus untuk melegakan sakit belakang termasuklah ketika hamil.

  • Melutut pada permukaan lembut seperti tilam atau karpet
  • Sentuh ibu jari kaki dan kangkangkan lutut agar perut anda mempunyai ruang
  • Pastikan belakang tegak dan rehatkan dahi anda pada lantai
  • Regangkan tangan ke hadapan melepasi kepala sambil menarik nafas
  • Duduk kembali pada kaki dan biarkan punggung anda mengenai tumit sambil menghembus nafas
  • Sentiasa menarik nafas sedalamnya dan meregangkan tangan ke hadapan setiap kali pernafasan
  • Kembalikan tangan anda perlahan-lahan ke posisi melutut awal tadi

2: Seated Piriformis Stretch

Teknik ini mampu membantu otot piriformis anda kembali menjadi normal sekali gus mengurangkan sakit belakang semasa mengandung.

Caranya adalah seperti berikut:

  • Duduk di kerusi dengan kaki anda menyentuh lantai
  • Angkatkan kaki kiri dan tempatkan buku lali kiri anda pada lutut kanan
  • Sujudkan badan ke hadapan perlahan sambil belakang kekal tegak
  • Ketika ini anda akan berasa regangan pada bawah belakang
  • Kekalkan posisi ini sekurang-kurangnya selama 30 saat
  • Ulangi proses ini dengan kaki kanan pula

3: Standing Hamstring Stretch

Teknik ini mampu mengekalkan fleksibiliti pada otot sekitar sistem saraf sciatic mengurangkan sakit belakang semasa mengandung.

Caranya adalah seperti berikut:

  • Berdiri tegak dengan kedua-dua belah kaki menyentuh lantai
  • Angkatkan kaki kiri dan tempatkan ia pada objek yang stabil seperti kerusi
  • Kekalkan posisi ini dengan ibu jari menghala ke hadapan
  • Sujudkan badan anda secara perlahan sehingga berasa regangan pada otot hamstring
  • Kekalkan posisi ini sekurang-kurangnya selama 30 saat
  • Ulangi proses ini dengan kaki kanan pula

Selain 3 teknik regangan ini, Mummies juga sudah tentu boleh cuba mendapatkan urutan lembut pada bahagian belakang tubuh badan anda.

Sekiranya kesakitan itu terlalu teruk, segera rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan atau ubatan klinikal bagi merawatnya.

Jika belum yakin untuk melakukan teknik regangan bersendirian, dapatkan tunjuk ajar daripada pakar terlebih dahulu okay!

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/masalah-kehamilan/sakit-belakang-semasa-mengandung/

 

 

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *