APA ITU DARAH NIFAS

Darah nifas, ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak, sekalipun hanya berupa segumpal darah. Ramai yang menggangap bahawa darah nifas akan keluar bagi yang bersalin secara normal namun ianya turut terjadi bagi yang bersalin secara pembedahan. Ianya merupakan tanda bahawa sedang berlakunya proses pembersihan rahim. 

Di minggu pertama, darah akan keluar banyak bersama ketulan-ketulan atau darah beku adalah dipanggil darah nifas. Selepas 10 hari, darah nifas yang berlepas dari faraj akan bertukar menjadi seolah-olah seperti keputihan berwarna coklat ke kekuningan atau putih, dan ini dinamakan Lokia. Lokia adalah cecair badan yang boleh kelihatan jelas berwarna putih krim. Cecair ini boleh keluar berterusan selama enam minggu, sehingga haid akan datang semula walaupun ibu tidak menyusukan anak atau sedang menyusukan anak. Selepas kemunculan lokia, dan kemudian pendarahan muncul kembali, pendarahan ini dikira sebagai darah haid, dan tidak lagi sebagai darah nifas. Dan pendarahan ini, bukan lagi berkaitan dengan kehamilan.

  • Untuk tiga atau empat hari pertama selepas bersalin, anda akan mengalami pendarahan merah yang terang, sama seperti darah haid. Ini dipanggil sebagai darah nifas.
  • Selepas hari ketiga atau keempat, darah nifas biasanya menjadi lebih berair dan mulai dilihat berwarna merah jambu. Ianya menjadi kebiasaan untuk mendapat pendarahan yang lebih banyak selama beberapa hari, terutamanya jika anda lebih aktif. Sekiranya pendarahan anda menjadi lebih merah dan banyak, anda perlu cuba untuk berehat dan lihat jika ia menjadi berkurangan. Pendarahan yang kekal merah terang pada minggu pertama adalah abnormal dan perlu dirujuk kepada doktor.
  • Sekitar 8-10 hari selepas kelahiran, aliran merah jambu biasanya akan bertukar kepada pelepasan putih kuning yang lebih banyak.
  • Pendarahan bertompok atau “spotting” boleh berlaku selama 6 minggu selepas kelahiran bayi, tetapi bagi kebanyakan wanita, ia akan selesai lebih awal.
  • Anda boleh gunakan tuala wanita khas untuk darah nifas pada awal pendarahan berlaku kerana jumlah darah akan lebih banyak. Anda boleh dapatkannya percuma dari hospital dan apabila pendarahan berkurang, anda boleh memakai tuala wanita biasa.
  • Jangan gunakan tampon sekurang-kurangnya selama enam minggu, kerana ia mampu menyebabkan jangkitan dalam faraj dan rahim, menghalang proses penyembuhan rahim
  • Kerap ke tandas untuk membuang air kecil, walaupun anda tidak merasakan keinginan untuk kencing. Selepas anda melahirkan, pundi kencing anda mungkin akan kurang sensitif daripada biasa, jadi anda mungkin tidak merasakan keperluan untuk buang air kecil walaupun pundi kencing anda sudah penuh. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan kesukaran rahim untuk mengecut dan menyebabkan pendarahan yang lebih banyak.
  • Dapatkan rehat secukupnya. Jika anda melakukan terlalu banyak aktiviti, pendarahan nifas mungkin akan berlanjutan.