Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Nak tanya ni Mummies anak nombor berapa? Sulung ke bungsu?

Haa, Mummies nak tahu tak sebenarnya banyak ciri-ciri menarik terdapat pada anak sulung. kiss

Mummies nak tahu tak apa ciri-ciri tu dan manfaat daripadanya yang membantu kehidupan anak-anak sulung ini?

Baca kongsian ini sampai habis kalau nak tau tau!

Selamat membaca Mummies! wink

_____________________________

MEMAHAMI SIFAT ANAK SULUNG

Mummies nak tahu tak, ada kajian dari Sweden menyatakan, anak sulung mempunyai personaliti yang lebih baik berbanding adik-beradik lain.

Ini dari segi sifat keterbukaan terhadap pengalaman baharu, tahap kesedaran, keramahan dan kestabilan emosi.

Anak-anak sulung ini cenderung untuk bertanggungjawab, kreatif, kepatuhan dan dominasi.

Mereka juga lebih dari segi akademik dan memiliki kecerdasan yang lebih tinggi daripada adik-adiknya. Adik-adik jangan cemburu ya sealed

Oleh itu, anak sulung dikatakan  untuk lebih berjaya.

__________________________________

12 SIFAT ANAK SULUNG MUMMIES WAJIB TAHU

1: Personaliti diri dominan

Mummies pasti tahu, anak sulung ni automatik akan jadi ketua dalam kalangan adik beradik kan?

Sebenarnya secara tidak langsung mereka akan mempamerkan sifat dominan dalam perhubungan serta pergaulan sama ada di sekolah mahupun di tempat kerja.

2: Hati tisu

Sebagai ketua di antara adik-beradik yang lain, pastinya sifat anak pertama akan lebih tegas dan nampak garang. Namun hakikatnya mereka dikatakan seorang yang sensitif dan kemungkinan besar lebih banyak memendam rasa di hati.

Ianya berpunca daripada keterpaksaan mereka untuk beralah dengan adik-adik sejak kecil.

Malahan perhatian lebih ibu bapa kepada adik yang lebih kecil menyebabkan hati mereka lebih mudah terasa.

3: Lebih berjaya

Walaupunbegitu, dikatakan juga anak sulung ini lebih berjaya dalam bidang akademik berbanding adik-adik yang lain.

Berdasarkan kajian, anak yang paling tua dalam sebuah keluarga mempunyai 16% peluang lebih besar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi berbanding adik yang lebih muda.

Namun, adik-adik jangan kecil hati ya, siapa-siapa yang berusaha lebih pasti akan ada hasil yang baik menanti.

4: Cepat belajar

Anak pertama anda nampak seperti mengetahui tentang banyak perkara? Ini kerana mereka dikatakan ‘lahir’ untuk belajar.

Dalam 1 penyelidikan mendapati, urutan kelahiran mempengaruhi tujuan hidup seseorang anak.

Anak sulung dilihat akan cenderung dengan personaliti diri untuk belajar atau menguasai, sementara anak kedua pula lebih bersifat ingin menang.

Kajian lain juga menunjukkan sifat anak pertama atau anak tunggal akan lebih memilih kerjaya yang berorientasikan akademik berbanding anak-anak yang lain.

5: Lebih kurus?

Kajian menyatakan mereka yang dilahirkan sebagai anak sulung akan menjadi lebih tinggi dan kurus berbanding adik-beradik lain.

Adakah ia benar? Perhatikanlah mereka yang bergelar anak sulung.

6: Lebih perhatian ibu bapa

Berdasarkan kajian, anak sulunglah yang menerima paling banyak perhatian daripada ibu bapa.

Ini kerana anak pertama dikatakan menerima masa berkualiti setiap hari bersama ibu bapa yang lebih banyak berbanding anak-anak yang lain. Yelah anak pertama kan? 

Pengalaman pertama sebagai ibubapa, pasti yang paling bermakna buat ibubapa demi membesarkan anak.

7: Kreatif & kehidupan mencabar

Saintis berpendapat bahawa anak yang pertama lebih cenderung menjadi kreatif berbanding anak-anak yang dilahirkan kemudian.

Mereka perlu membiasakan diri dengan sesuatu cabaran, menjadi pemantau serta perlu mengikuti peraturan yang lebih ketat daripada ibu bapa.

Betul ke ni???

8: Lebih cerdik

Memiliki tahap IQ yang lebih tinggi- itulah personaliti diri anak sulung.

Mereka dikatakan lebih matang dan bijak dalam memberikan pandangan dan saranan kepada adik-adiknya. Bahkan ada yang menganggap si sulung sebagai kaunselor.

Ha yang ciri ini memang kita selalu perasan kan, memang ada dalam diri anak sulung.

Anak sulung memang ibarat guru selain ibubapa di rumah.

Dalam kehidupan sosial, mereka juga gemar membantu individu lain dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.

9: Lebih suka mengarah

Maaf tetapi inilah kenyataan. Sifat anak pertama terutamanya jika perempuan, dikatakan lebih cenderung dengan personaliti diri yang agak bossy.

Malahan disebabkan mereka merupakan anak yang pertama mendapat curahan kasih sayang ibu bapa, si sulung juga sedikit ego dan keras kepala.

Walau bagaimanapun, apabila dewasa mereka dikatakan akan menjadi individu dengan karakter diri yang teguh pendirian.

10: Lebih matang
Anak pertama biasanya akan menggalas tanggungjawab besar di dalam rumah, seperti menjaga adik-adik, membantu ibu bapa melakukan tugasan dan beralah dengan si adik.

Kesannya, mereka akan mempunyai personaliti diri yang matang.

Bahkan ada yang mengatakan kematangan dalam diri mereka adalah lebih banyak berbanding rakan sebaya yang lain?

Adakah ia benar? Hanya si sulung boleh menjawabnya.

11: Lemah dalam percintaan

Bagi anak sulung yang sudah dewasa, dalam hal percintaan, mereka dikatakan agak terkebelakang.

Bukan kerana mereka tidak layak bercinta, cuma kebanyakan individu yang tergolong sebagai anak pertama akan lebih fokus kepada masa depan dan keluarga berbanding kisah percintaan.

12: Penyayang & pemaaf

Air yang dicincang tidak mungkin putus bukan? Begitu jugalah dengan kasih sayang antara adik-beradik.

Anak sulung dikatakan sebagai seorang yang penyayang. Sudah tentulah kerana rasa kasih itu sudah dipupuk sejak mereka kecil lagi.

Di samping itu, sifat anak pertama dianggap sebagai seorang yang mudah memaafkan individu lain. Ini mungkin dipengaruhi sifat sensitif mereka itu.

____________________________

KESIMPULAN

Personaliti diri setiap anak yang dilahirkan ke dunia pastinya berbeza. Anak yang pertama adalah zuriat yang sangat dinantikan oleh pasangan yang berkahwin.

Apa yang disebutkan di atas adalah mengenai karakter diri yang terdapat pada anak pertama. Semoga apa yang dikongsikan mendatangkan manfaat buat anda.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/remaja/kesihatan-remaja/sifat-anak-pertama/ 

 

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *