Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!!
Sayangnya dekat Mummies semua ni, buat apa harini?
Semoga sihat sihat saja ya!
Topik harini adalah tentang kemurungan atau meroyan yang nornal terjadi selepas bersalin.
______________________
Kemurungan atau bahasa biasanya ‘meroyan’ boleh terjadi kepada Mummies selepas melahirkan bayi yakni dalam tempoh berpantang.
Mungkin perkataan meroyan buatkan Mummies rasa gelisah kerana duhulu meroyan hampir sinonim dengan ‘gila’ pada suatu zaman dahulu.
Sekarang masyarakat semakin memahami makna sebenar meroyan, dan golongan suami juga sedaya upaya untuk memberi keselesaan kepada isteri selama tempoh berpantang agar tidak meroyan atau kemurungan.
Kepada Mummies yang tak tahu meroyan tu apa,
Meroyan selalunya disamakan dengan kemurungan selepas kelahiran (Postpartum depression), tapi meroyan dalam kefahaman masyarakat Melayu sebenarnya bukanlah terhad kepada kemurungan, bahkan termasuk juga psikosis, obsesif kompulsif dan keresahan.
Dalam pendefinisian psikiatri juga, masalah psikologi selepas kehamilan telah diolah kembali dengan terma yang lebih merangkumi semua bentuk simptom meroyan.
Mummies mesti nak cepat- cepat habis tempoh berpantang untuk meluangkan masa bersama bayi kan?
Jadi jom sama- sama kita baca dan fahami topik ini.
_________________________
MEROYAN SELEPAS BERSALIN
Tekanan yang dialami selepas bersalin atau postpartum depression (PPD), adalah bentuk kemurungan klinikal yang bermula selepas kelahiran bayi.
Antara gejala biasa termasuklah:
- Hilang selera makan
- Menangis atau keletihan yang berlebihan
- Kesukaran menjalinkan hubungan dengan bayi
- Kurang rehat dan insomnia
- Kegelisahan dan serangan panik
- Perasaan bercampur baur, marah, putus asa atau malu
Walaupun masih tidak dapat dipastikan apakah punca utama di sebalik meroyan selepas bersalin anak, namun seperti masalah depresi lain, pastinya ia didasari oleh beberapa perkara berbeza.
Tempoh selepas melahirkan anak adalah masa di mana ibu terdedah dengan pelbagai penyebab utama PPD klinikal.
Antaranya seperti perubahan biologi, tekanan melampau dan perubahan besar dalam kehidupan yang berlaku sekali gus.
BILA MEROYAN AKAN BERLAKU?
Tempoh meroyan boleh berlaku sejurus selepas Mummies lahirkan anak.
Tetapi Mummies mungkin tidak menyedarinya kerana menganggap adalah 1 keadaan biasa untuk berasa sedih dan keletihan pada beberapa hari pertama selepas bayi dilahirkan.
Yelah, siapa tak penat dah lahirkan seorang manusia ke dunia kan?
Mungkin selepas fasa baby blues berakhir, barulah Mummies menyedari bahawa sesuatu yang lebih serius sedang berlaku.
Mummies akan perasan kenapa perasaan penat dan sedih tu tak kunjung pergi.
Tempoh berpantang adalah termasuk 4 hingga 6 minggu selepas kelahiran anak dan kebanyakan kes kemurungan selepas bersalin berlaku dalam waktu itu.
Pun begitu, PPD juga boleh berkembang semasa kehamilan dan sehingga setahun selepas anak dilahirkan.
Haaaa, jadi Mummies jangan terlalu selesa dengan rasa sedih dan penat yang berpanjangan ya!
TEMPOH MEROYAN SELEPAS BERSALIN
Tahap keterukan simptom dan tempoh masa ia berlaku sebelum memulakan rawatan turut boleh mempengaruhi jangka masa untuk anda mengalami isu kemurungan selepas bersalin.
Antara faktor risikonya adalah seperti:
- Sejarah kemurungan atau penyakit mental lain
- Kesukaran susukan anak
- Proses kehamilan atau kelahiran yang rumit
- Kurang sokongan daripada pasangan, ahli keluarga atau rakan
- Perubahan hidup lain yang berlaku dalam tempoh berpantang seperti berpindah atau kehilangan pekerjaan
- Sejarah PPD selepas kehamilan terdahulu
Tiada formula tertentu untuk menentukan siapa yang akan mengalami PPD atau siapa yang tidak mahupun, berapa lama ia akan berlangsung.
Tetapi dengan rawatan yang betul, terutamanya pada peringkat awal, ia pastinya dapat memberikan anda kelegaan walaupun berdepan salah satu faktor risiko di atas.
MEROYAN TIDAK HARUS DIPANDANG RINGAN!
Haaa, disebabkan kemurungan selepas biasa ini agak biasa berlaku, jangan pula Mummies ataupun suami ambil ringan dan beranggapan ianya tidak melarat.
Padahal ianya mampu berterusan selama berbulan malah bertahun.
Bayangkan kemurungan selama bertahun? Kesihatan Mummies pasti terjejas.
Bayi yang baru dilahirkan juga boelh terima impaknya apabila ibunya mengalami kemurungan dan kurang memberi kasih sayang kepada bayi.
Jika Mummies atau individu yang dikenali mempunyai kebimbangan mengenai perasaan mereka, dapatkan rundingan pakar atau doktor.
Merawat masalah depresi yang dialami mempunyai banyak manfaat kepada wanita, bayi dan keluarga dalam tempoh jangka masa panjang.
Cc: hellodoktor.com
https://hellodoktor.com/kehamilan/penjagaan-ibu-hamil/penjagaan-lepas-bersalin/meroyan-selepas-bersalin-tempoh-normal/
No comment yet, add your voice below!