MUMMIES YANG ADA ANAK 4 TAHUN KE ATAS BACA NI!

Assalamualaikum Mummies, kongsian kalini khas untuk Mummies yang ada anak kecil berumur 4 tahun ke atas tau. 

Nak latih anak kecil memang tak mudah bagi sesetengah ibubapa.

Di bawah adalah beberapa cara mudah untuk mengajar anak kecil berpuasa dalam bulan Ramadhan laughing

Selamat beramal dan selamat membaca Mummies! kisswink

8 CARA AJAR ANAK KECIL BERPUASA

1. TERANG PADA ANAK TENTANG ERTI DAN KEBAIKAN BERPUASA

Maksud berpuasa adalah menahan diri dari lapar, dahaga dan sehingga masuk waktu Maghrib mudahnya.

Mummies boleh ajarkan kepada anak kecil kebaikan berpuasa, antaranya:

  • mengingati orang yang lebih memerlukan
  • tahan diri dari hawa nafsu yang jahat
  • sucikan diri dari anasir yang tidak baik
  • kawal stress
  • 1001 kebaikan kepada kesihatan

2. LATIH SECARA BERPERINGKAT

Sebagai contoh, latih anak berpuasa 1-2 jam. Selalunya, mudah aje ni.

Ha up naik sampai 4-5 jam. Tengok-tengok boleh tahan tak. Kalau boleh tahan, ha puasa penuh terus!

Bagai pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit! Sabar tau Mummies!!

3. AJAR ANAK TIDUR AWAL

Mummies bawa masuk anak kecil tidur seawal pukul 10 malam. Alang-alang dah lepas terawih dan moreh semua tu kan.

Boleh ceritakan kisah-kisah nabi yang berkaitan dengan bulan puasa, biar cepat sikit tidurnya.

Keesokan paginya, kejut anak bangun sahur tu lembut-lembut ya Mummies, dengan belaian misalnya. Kalau terjerit-jerit, takut yang bangunnya bukan anak kecil kita, tapi suami jiran sebelah. Ha sudah satu hal.

Kalau Mummies jerit bangunkan sahur, anak kecil akan berasa marah dan memberontak taknak puasa tau. Jadi gunalah kreativiti Mummies untuk lembutkan hati anak sahur ya.

4. INGAT DAN AJAR ANAK BERPUASA

Niat puasa harian.

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Niat puasa sebulan.

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Sumber Asal : https://www.mysumber.com/ramadhan.html 

5. SEDIAKAN MAKANAN BERPUASA BERSAMA ANAK

Mummies boleh ajak anak kecil masak juadah berbuka bersama-sama tau!

Bagi mereka kupas bawang merah ke, tengok kita basuh ayam ke, ataupun amikkan mangkuk di kabinet atau gobok orang johor kata.

Anak kecil akan bersemangat lihat juadah yang disediakan khas untuk orang berpuasa.

6. SEDIAKAN JUADAH KEGEMARAN ANAK KECIL

Ha, yang ni bukannya anak aje yang excited nanti, kalau tanya siapa-siapa pun mesti teruja kan!

Masa ni, Mummies memang tadah ajelah telinganya dengan menu-menu yang dilontarkan.

Boleh sediakan makanan kegemaran tersebut semasa berbuka puasa.

7. SOROK MAKANAN KEGEMARAN BILA BERPUASA/SIANG HARI

Ni terbalik pulak dah.

Kalau anak suka makan bijirin atau snek kegemarannya, sorok siap-siap Mummies.

Bila anak kecil tanya tentang snek nya, gunakan kuasa beto Mummies untuk melontarkan segala macam alasan supaya anak ikut cakap.

Lama-lama Insyaallah, anak akan lupa.

8. JANGAN TONTON RANCANGAN MASAKAN DI TV

Ini bukan sahaja anak kecil, kita yang dewasa pun terliur tengok tau kadang-kadang!

Takut-takut mana yang tak kuat, merengek jugak nak puasa setengah hari bersama anak.

Kalau anak rancangan tu, cepat cepat alihkan. Anak dah tidur ke atau pergi tempat lain, Mummies tukar balik rancangan tu.

Nak amik resepilah kata kan, hehe.

Cc: theAsianparent

https://my.theasianparent.com/

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *