Skip to content

5 BENTAN MOMMIES HAMIL SELALU ALAMI, NO 2 SELALU TERJADI!

 Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Mummies pagi-pagi ni jangan bermandi hujan ya,mtakut-takut deman aje nanti.

Hari ni surayamothercare nak share tentang jenis-jenis bentan ketika berpantang.

No 2 selalu Mummies rasa tau!

Masalah bentan sering dikaitkan dengan wanita dalam tempoh pantang bersalin.

Apakah sebenarnya bentan?

Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin.

Jom baca kongsian dibawah.

Selamat membaca Mummies!

 _________________________

DEFINISI BENTAN 

Dalam dunia perubatan, bentan selepas habis pantang yang disebutkan ini adalah komplikasi yang timbul selepas kelahiran.

Jangkitan kuman selepas bersalin boleh menyebabkan komplikasi ini.

Seseorang yang mengalami bentan mungkin mengalami demam dan kelemahan fizikal.

Wanita yang mengalami bentan selepas bersalin juga akan mengalami jantung berdegup kencang, tumpah darah, sakit sendi, keluar cecair daripada faraj dan sakit di kawasan peranakan.

Gejala bentan juga termasuk sakit kepala, loya dan sakit pada bahagian luka bersalin.

__________________________

Jenis-Jenis Bentan

1: Jangkitan pada payudara 

Dalam orang Melayu, jangkitan mastitis ini dipanggil bengkak susu.

Ia adalah jenis keradangan pada tisu payudara yang boleh menyebabkan jangkitan.

Payudara boleh berasa sakit, bengkak, kemerah-merahan dan juga panas apabila keradangan ini berlaku.

Faktor saluran susu yang tersumbat dan bakteria yang masuk ke payudara melalui luka atau rekahan juga boleh menyebabkan jangkitan ini.

Wanita yang menyusukan bayi biasanya mengalami masalah ini, tetapi wanita yang tidak menyusukan anak juga boleh mengalaminya.

2: Jangkitan yang berlaku pada luka bersalin

Bentan selepas bersalin juga boleh disebabkan oleh luka bersalin.

Jangkitan ini boleh menyebabkan luka di bahagian faraj bagi wanita yang melahirkan anak secara normal.

Ia juga boleh menyebabkan luka pada perut akibat pembedahan yang dilakukan semasa bersalin secara cesarean.

Antara simptom yang boleh berlaku ialah demam panas, luka menjadi bengkak dan kemerah-merahan, dan rasa sakit pada perut bawah.

Tambahan pula, bahagian luka mungkin mengeluarkan nanah, sakit semasa membuang air, dan pendarahan, yang dikenali sebagai tumpah darah.

3: Jangkitan pada saluran kencing

Jangkitan pada saluran kencing ialah salah satu daripada isu yang mungkin timbul apabila bentan selepas habis pantang.

Mereka boleh dijangkiti dalam beberapa hari atau beberapa minggu selepas melahirkan bayi.

Ia biasanya berlaku pada wanita selepas menggunakan tiub kencing, juga dikenali sebagai kateter, yang membawa bakteria ke dalam saluran kencing mereka.

Bakteria boleh menyebabkan jangkitan apabila ia masuk ke saluran kencing.

Antara gejala jangkitan ini ialah rasa sakit atau terbakar ketika membuang air kecil, sakit pada bahagian bawah badan dan kerap membuang air kecil.

Selain itu, air kencing seseorang mungkin berwarna gelap dan berbau busuk.

4: Jangkitan pada saluran peranakan

Terdapat kemungkinan jangkitan ini berlaku jika sisa bersalin tertinggal dalam saluran peranakan.

Tisu plasenta atau uri adalah contoh sisa yang boleh masuk ke dalam saluran peranakan.

Seorang wanita boleh mengalami demam, pendarahan yang mengeluarkan ketulan darah, dan sakit pada bahagian pelvis sekiranya mereka dijangkiti jangkitan.

5: Jangkitan pada saluran pernafasan

Wanita yang menjalani kelahiran bayi secara Caesarean perlu dibius sebelum pembedahan.

Jangkitan pada saluran pernafasan boleh menjadi komplikasi akibat prosedur bius ini.

Sesetengah simptom termasuk sakit dada, batuk-batuk dan juga sesak nafas.

__________________________

Jangan bergantung kepada informasi di internet! WAJIB DAPATKAN NASIHAT DOKTOR

Tidak ada pelanggaran pantang larang yang menyebabkan bentan selepas bersalin ini.

Komplikasi seperti ini boleh berlaku selepas kelahiran bayi.

Selepas habis pantang, seseorang wanita harus segera mendapatkan bantuan dan rawatan daripada doktor untuk mengelakkan komplikasi yang lebih buruk.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/kehamilan/penjagaan-ibu-hamil/selepas-bersalin/bentan-selepas-bersalin/

 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *