Sakit perut ketika hamil adalah normal. Ingat, di dalam tubuh anda ada janin yang sedang membesar! Jadi, adalah normal jika anda rasa sakit sekali-sekala. Walau bagaimanapun, keadaan adalah berbeza jika rasa sakit yang anda alami merosakkan hari anda. Ini masanya untuk anda berjumpa dengan pakar obsetrik.
PENYEBAB UTAMA SAKIT PERUT
1. SAKIT LIGAMEN PUSINGAN
Ini adalah perasaan ketidakselesaan yang anda alami apabila menukar posisi secara mengejut. Sakit ligamen pusingan datang daripada abdomen bawah (atau pada bahagian dalam, rahim) ke pangkal paha. Ia adalah sakit yang ringkas, tajam dan menusuk, yang akan beransur pulih sendiri. Biasanya, anda akan mengalami sakit ini semasa trimester kedua. Akan tetapi, jika anda mengalami ketidakselesaan yang melampau, dapatkan nasihat daripada pakar obstetrik-ginekologi untuk diagnosis dan rawatan.
2. SEMBELIT DAN GAS
Bergelar ibu bermakna tahap progesteron anda akan meningkat, ini menyebabkan perjalanan makanan melalui saluran penghadaman lebih perlahan. Penyelesaiannya mudah sahaja kerana anda hanya perlu minum air dengan kerap, makan makanan yang kaya dengan serat, atau bersenam. Jika anda memerlukan penyelesaian segera, bercakaplah dengan doktor anda jika anda perlu mengambil ubat pelembut najis.
3. KONTRAKSI BRAXTON HICKS
Salah satu sebab sakit perut ketika hamil ialah disebabkan kontraksi Braxton Hicks. Secara amnya, kontraksi Braxton Hicks adalah tidak berbahaya, tetapi ia boleh disalah anggap dengan kontraksi yang sebenar, yang terjadi apabila anda semakin dekat dengan tempoh kelahiran (atau kelahiran pramatang).
Perbezaan utama adalah antara anda boleh atau tidak boleh meneruskan apa yang anda lakukan ketika itu.
Kontraksi sebenar tidak meninggalkan anda sebarang pilihan lain kecuali dengan meminta bantuan, sementara jika anda mengalami kontraksi Braxton Hicks, anda masih boleh meneruskan aktiviti biasa lain.
4. BEBERAPA SAKIT PERUT KETIKA HAMIL YANG LAIN
Selain daripada penyebab yang dikatakan seperti di atas, terdapat beberapa lagi punca semula jadi dan tidak berbahaya jika anda mengalami sakit perut ketika hamil. Ini mungkin disebabkan uterus anda yang sedang membesar, virus perut, batu karang, fibroid, dan sensitiviti makanan.
No comment yet, add your voice below!