Assalamualaikum Mummies! kiss

Keletah kanak-kanak adalah perkara yang paling mencuit hati dan disukai kebanyakan individu. Namun bukan semua perkara boleh dikongsi di media sosial, terutamanya gambar anak tantrum. Mengapa?

Haa, jadi kongsian kalini adalah tentang sebab ibubapa tidak perlu kongsi kongsian tentang anak tantrum.

Selamat membaca Mummies! 

___________________________________

BUKAN GAMBAR ANAK TANTRUM

Rata-rata ibu bapa, khususnya golongan ibu gemar berkongsi gambar anak mereka di media sosial, tidak kiralah selebriti mahupun individu kebanyakan. Perkara ini dikenali dengan istilah sharenting. Umumnya, tujuan utama perkongsian seperti itu dilakukan adalah untuk disimpan sebagai kenangan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa gambar yang tidak sepatutnya dikongsi kepada umum, antaranya seperti gambar anak sedang meragam. Bagi ibu bapa, berkongsi gambar anak tantrum mungkin dianggap sebagai humor yang patut dikongsi.

Rata-rata komen akan memberikan pandangan bagaimana lucunya anak tersebut ketika sedang trantrum tanpa mengira perasaan anak yang sedang meragam tersebut. 

Mungkin anak tersebut betul-betul perlukan perhatian ibunya, meminta untuk ditenangkan, malah ibunya menganggap ia sebagai situasi yang lucu.

ALASAN MUMMIES JANGAN MUAT NAIK GAMBAR ANAK TANTRUM DI SOSIAL MEDIA

1: IBU HARUS MENAIKKAN SEMANGAT ANAK, BUKAN MERUNTUHKAN LAGI SEMANGAT MEREKA

Bayangkan orang dewasa juga akan berasa malu jika aibnya dikongsikan dengan orang lain, apatah pula anak kecil.

Anak kecil yang sudah agak besar, mempunyai perasaan pasti akan berasa malu. Mummies pernah dengar ‘body shaming’?

Situasi ini lebih kurang sama dalam hal ini, cuma ianya melibatkan anak-anak, dipanggil child-shaming.

Kita sedia maklum, apa yang ada di sosial media, selamanya akan berada disitu. Oleh itu, ianya akan memberi kesan jangka panjang ketika anak kecil itu sudah menginjak dewasa kelak.

Perkongsian video, ‘caption’, mahupun gambar tentang anak tantrum oleh Mummies berkemungkinan besar memberi dampak buruk terhadap hubungan anak beranak. 

Jadi bukankah lebih baik untuk anda berkongsi gambar si kecil sedang menikmati dan bergembira dengan kehidupannya? Ia adalah aura positif yang pasti akan melahirkan senyuman kepada anda dan anak anda saat mereka melihatnya 1 hari nanti.

2: MUMMIES SEPATUTNYA MENENANGKAN ANAK

Anak kecil akan berasa Mummies lebih mementingkan telefon berbanding perasaan mereka. Ini kerana setiap kali anak tantrum, telefon yang akan dipegang oleh Mummies untuk merakam ragam tantrum anak.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa perbuatan tersebut sangat salah. 

Mummies seperti lebih pentingkan perasaan sendiri dan warga yang melihat di kongsian tersebut di sosial media tentang bagaimana keadaan tantrum anak Mummies. 

Sedangkan anak yang sedang tantrum tersebut perlu ditenangkan.

Ya, Mummies perlu memberi ruang untuk si kecil meluahkan apa yang dirasanya atau istilahnya kecerdasan emosi (EQ). Namun, janganlah sampai mengambil gambar si kecil yang menangis itu.

3: TIDAK SEMUA PERKARA PERLU DIKONGSI

Kemunculan media sosial menyebabkan kebanyakan daripada kita berasakan setiap momen yang berlaku harus dikongsi dengan umum. Tetapi hakikatnya, bukan semua. Bahkan, ada sesetengahnya hanya patut menjadi kenangan peribadi.

Saat berasa marah, kecewa, terluka harus dijadikan privasi dan rasa hormat, bukannya dikongsikan di Instagram atau Facebook.

4: MELETAKKAN DIRI SENDIRI

Apa kata Mummies sekalian letakkan diri di tempat anak, adakah Mummies mahu ibu anda berkongsi gambar anda menangis meraung di media sosialnya? Tidak, bukan? Jadi itu jugalah yang si kecil rasai. 

Jika ya, pasti Mummies juga berasa malu bahawa anak Mummies menonton kongsian tersebut kan? Bukan saja anak, malah kawan-kawan anak pun mempunyai akses untuk melihat jika akaun tidak disetkan dalam mode ‘private’.

Pasti ada masanya kita akan mengalami rasa letih yang teramat sangat, sehingga moody dan hanya ingin menangis, mahukan masa bersendirian dan ingin dipujuk oleh seseorang. Ya, anak Mummies juga begitu.

Jadi jika anda tidak mahukan gambar hodoh Mummies yang sedang menangis sehingga merosakkan solekan di wajah, mengapa harus berkongsi gambar si kecil yang sedang menjerit, menangis dan sebagainya?

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/kanak-kanak/perkembangan/gambar-anak-tantrum-di-media-sosial/ 

 

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *