CARA-CARA SUPAYA LUKA JAHITAN BERSALIN TAK TERBUKA, KHAS KEPADA MOMMIES BERSALIN NORMAL!

MOMMIES NAK TAHU TAK MACAM MANA JAGA LUKA SELEPAS BERSALIN?

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Harini Suraya Mothercare nak share tentang cara-cara supaya luka jahitan bersalin tak terbuka!

Episiotomi ialah pemotongan yang dibuat semasa proses bersalin normal dan akan dijahit. Tetapi apa yang berlaku jika jahitan bersalin terbuka? Adakah ia berbahaya?

_________________________

PROSEDUR EPISIOTOMI

Istilah episiotomi merujuk kepada pemotongan yang dibuat pada bahagian pembukaan faraj untuk mempercepatkan, mencegah atau mengurangkan risiko koyakan yang berlebihan.

Kini merupakan prosedur biasa dalam bidang kebidanan moden.

Ini bukan proses rutin tetapi hanya boleh dilakukan dalam keadaan tertentu dan dilakukan oleh doktor yang bertauliah.

Antara sebab mengapa episiotomi dilakukan:

  • Proses kelahiran adalah panjang
  • Ketegangan pada janin
  • Kelahiran melalui faraj memerlukan bantuan menggunakan forsep atau vakum
  • Bayi berada dalam keadaan songsang
  • Kelahiran bayi kembar atau berganda
  • Bayi bersaiz besar
  • Kedudukan kepala bayi yang tidak normal
  • Ibu mempunyai sejarah pembedahan pelvis

Selepas prosedur episiotomi, proses jahitan dilakukan untuk memulihkan dan mencantumkan semula bahagian tersebut.

Tetapi kadangkala tekanan pada jahitan atau jangkitan di sekitar bahagian faraj boleh menyebabkan jahitan episiotomi terbuka.

Adakah keadaan ini berbahaya? Apa yang perlu dilakukan?

_________________________

MENYEDARI JAHITAN BERSALIN TERBUKA

Ia sudah sangat menyakitkan selepas bersalin dan episiotomi, jadi bagaimana mommies tahu jika jahitan boleh terbuka?

Jika ini berlaku, kesakitan yang mommies rasa akan bertambah.

Terdapat juga risiko berlakunya pendarahan baharu atau wujud cecair seperti nanah. Mommies juga mungkin akan berasa tidak sihat.

Sesetengah wanita yang mengalami jahitan terbuka semasa bersalin akan melihat benang yang terkeluar atau melihat sendiri jahitan terbuka.

Jika situasi ini berlaku kepada mommies dan mommies bimbang, lakukanlah pemeriksaan dengan doktor!

Mereka boleh memeriksa keadaan jahitan episiotomi dan melihat jika terdapat tanda-tanda jangkitan.

Kebanyakan wanita yang mengalami masalah ini akan diberi antibiotik dan dinasihatkan mengambil ubat penahan sakit seperti ibuprofen kerana ia selamat untuk ibu menyusu.

Jika masalah itu disebabkan oleh jangkitan dan membuatkan mommies tidak sihat, mommies mungkin dimasukkan ke hospital untuk menerima antibiotik intravena (melalui saluran darah).

_________________________

PERLU KE DIJAHIT SEMULA?

Sekiranya berlaku jangkitan, luka bersalin tersebut tidak akan dijahit semula.

Ia boleh menyebabkan jangkitan di dalamnya dan keadaan ini akan mengakibatkan tisu daripada bercantum dengan baik.

Manakala jika keadaan sebaliknya, sama ada tiada jangkitan atau jangkitan telah dirawat, maka luka episiotomi mungkin akan dijahit semula.

Doktor akan menasihati mommies untuk membuat pilihan terbaik.

_________________________

BOLEHKAH JAHITAN BERSALIN TERBUKA SEMBUH?

Proses penghasilan tisu baru akan berlaku setiap hari dan mengisi celah-celah jahitan.

Walau bagaimanapun, masa yang diperlukan untuk jahitan sembuh adalah berbeza bagi setiap wanita dan bergantung kepada beberapa faktor seperti:

  • Kedudukan luka tersebut
  • Kedalaman bukaan episiotomi
  • Tempoh jangkitan sudah berlaku

Keadaan tisu baru mungkin kelihatan merah dan mengalami sedikit pendarahan.

Kebiasaannya apabila luka sembuh, ia akan meninggalkan parut sementara dan akan pudar seperti parut kulit yang lain.

Luka bersalin yang dijahit semula mungkin akan sembuh dengan lebih cepat tetapi terdapat risiko kecil untuk dijangkiti semula.

_________________________

SEMBUHKAN LUKA JAHITAN BERSALIN

Seperti luka biasa pada mana-mana bahagian badan, jahitan episiotomi terbuka memerlukan penjagaan yang teliti untuk memastikan penyembuhan cepat.

Berikut adalah beberapa cara untuk merawat luka bersalin:

Pastikan bahagian sekitar faraj sentiasa bersih dan kering.

Cuci dan basuh bahagian tersebut dengan air sahaja.

Elakkan daripada mengelap atau menggosok bahagian tersebut dengan tuala.

Sebaiknya biarkan ia kering secara semula jadi.

Jangan gunakan sabun, minyak atau krim pada luka jahitan.

Pastikan mommies menukar tuala wanita dengan kerap.

Jika pendarahan selepas bersalin telah berhenti, mommies tidak boleh memakai pakaian dalam pada waktu malam untuk memastikan pengudaraan.

_________________________

KESAN JAHITAN BERSALIN TERBUKA

Kebiasaannya, wanita yang menghadapi situasi ini tidak akan menghadapi masalah setelah luka itu dirawat dan sembuh.

Malah, tiada risiko untuk jahitan kembali terbuka semasa senaman atau seks.

Walau bagaimanapun, jika mommies mempunyai sebarang masalah atau kebimbangan, dapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor.

_________________________

PENJAGAAN UNTUK ELAK JAHITAN BERSALIN TERBUKA

Aspek penjagaan jahitan bersalin bermula sebaik sahaja mommies menjalani proses bersalin.

Ini melibatkan perihal penjagaan luka dan pengurusan kesakitan.

Dalam tempoh 12 jam pertama selepas bersalin, penggunaan pek ais boleh membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak.

Bahagian jahitan bersalin perlu sentiasa dipastikan dalam keadaan bersih.

Haa mommies dah tahu kan cara supaya luka jahitan bersalin tak terbuka? Semoga bermanfaat!

cc: hellodoktor

https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/penjagaan-kehamilan/bahaya-jahitan-bersalin-terbuka/

KENAPA BAYI BAWAH ENAM BULAN HANYA BOLEH MINUM SUSU IBU ATAU FORMULA? INI SEBABNYA!

APA SEBAB BAYI BAWAH ENAM BULAN HANYA BOLEH MINUM SUSU IBU ATAU FORMULA SAHAJA?

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Harini Suraya Mothercare nak share tentang sebab mengapa bayi bawah enam bulan hanya boleh minum susu ibu atau formula!

Pemakanan bayi dalam 6 bulan pertama kehidupan ialah susu ibu atau susu formula. Jom fahami lebih lanjut tentang kepentingan pemakanan untuk perkembangan bayi 6 bulan!

_________________________

MAKANAN UNTUK BAYI DALAM ENAM BULAN PERTAMA

Bayi akan melalui tempoh pertumbuhan yang luar biasa. Semasa tahun pertama kehidupan, berat bayi akan berganda.

Untuk memudahkan proses ini, mereka memerlukan nutrien – dalam kuantiti yang lebih banyak berbanding tempoh lain dalam hidup mereka.

Kebanyakan pakar bersetuju bahawa susu ibu adalah sumber nutrisi terbaik untuk bayi dalam tempoh 6 bulan pertama.

Walau bagaimanapun, memberi bayi susu formula juga dianggap sebagai alternatif yang baik.

Sememangnya dalam 6 bulan pertama kehidupan, susu ibu atau susu formula memenuhi sepenuhnya keperluan nutrisi bayi.

Setiap anak berbeza. Tetapi secara purata, jadual penyusuan untuk bayi dari lahir hingga 6 bulan adalah seperti berikut:

Baru lahir:

  • Kekerapan penyusuan setiap 2 hingga 3 jam
  • Dianggarkan kira-kira 90ml susu setiap sesi penyusuan

Bayi 1 bulan:

  • Kekerapan memberi susu setiap 2 hingga 4 jam
  • Dianggarkan kira-kira 118ml susu setiap penyusuan

Bayi 2 bulan:

  • Kekerapan penyusuan setiap 3 hingga 4 jam
  • Dianggarkan kira-kira 148ml susu setiap sesi penyusuan

Bayi 3 bulan:

  • Kekerapan penyusuan setiap 3-4 jam sekali
  • Anggaran sekitar 148ml susu setiap sesi penyusuan

Bayi 4 bulan:

  • Kekerapan penyusuan setiap 4-5 jam sekali
  • Anggaran sekitar 178ml susu setiap sesi penyusu

Bayi 5 bulan:

  • Kekerapan penyusuan setiap 4-5 jam sekali
  • Anggaran sekitar 207ml susu setiap sesi penyusuan

Pemakanan bayi 6 bulan:

  • Kekerapan penyusuan setiap 4-5 jam sekali
  • Anggaran sekitar 237ml susu setiap sesi penyusuan
  • 1 hingga 9 sudu makanan pejal seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran

1. Susu ibu

Susu ibu mengandungi beberapa nutrien penting untuk pertumbuhan dan kesihatan bayi, termasuk:

Kalsium

– Membantu membina tulang dan gigi yang kuat.

Lemak

– Menjana tenaga, membantu perkembangan otak, menjaga kesihatan kulit dan rambut serta melindungi daripada jangkitan.

Folat

– Membantu pembahagian sel

Zat besi

– Membina sel darah dan membantu otak berkembang.

– Bayi yang menyusu harus diberi tambahan zat besi, rujuk pakar pediatrik untuk mendapatkan kepastian.

Protein dan karbohidrat

– Membekalkan tenaga dan asas untuk proses tumbesaran bayi.

– Whey dan kasein adalah bentuk utama protein yang terdapat dalam susu ibu dan menyediakan asas untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.

– Karbohidrat utama dalam susu ialah laktosa.

Zink

– Membantu pemulihan dan pertumbuhan sel.

Vitamin

– Bayi juga memerlukan vitamin seperti:

  • Vitamin A. Menjaga kulit, rambut, penglihatan dan sistem imun yang sihat
  • Vitamin B1 (tiamin). Membantu badan mengubah makanan menjadi tenaga
  • Vitamin B2 (riboflavin). Membantu tubuh mengubah makanan menjadi tenaga dan melindungi sel dari kerosakan
  • Vitamin B3 (niacin). Membantu badan mengubah makanan menjadi tenaga dan menggunakan lemak dan protein
  • Vitamin B6. Menjaga kesihatan otak dan sistem imun
  • Vitamin B12. Menjaga sel saraf dan darah sihat serta menghasilkan DNA – bahan genetik di setiap sel
  • Vitamin C. Melindungi daripada jangkitan, membina tulang dan otot serta membantu penyembuhan luka
  • Vitamin D. Membantu tubuh menyerap kalsium dari makanan serta menjaga kesihatan tulang dan gigi. Bayi yang menyusu badan mungkin memerlukan suplemen vitamin D
  • Vitamin E. Melindungi sel dari kerosakan dan menguatkan sistem imun
  • Vitamin K. Membantu proses pembekuan darah

2. Susu formula

Hari ini, kebanyakan susu formula bayi diperbuat daripada susu lembu.

Ia dicipta hampir sama dengan susu ibu dari segi nutrien yang diperlukan oleh bayi untuk membesar.

Antara kandungan di dalam susu formula ialah:

  • Karbohidrat, dalam bentuk gula susu “laktosa”
  • Zat besi
  • Protein
  • Mineral seperti kalsium and zink
  • Vitamin A, C, D, E dan B

Terdapat juga sesetengah susu formula yang ditambah dengan nutrien lain yang menyerupai susu ibu seperti:

a. Asid lemak penting

ARA dan DHA adalah asid lemak yang penting untuk otak dan penglihatan bayi.

Ia secara semula jadi terdapat dalam susu badan apabila ibu memasukkannya ke dalam diet pemakanan mereka.

b. Nukleotida

Bahan binaan RNA dan DNA ini juga terdapat dalam susu ibu.

Ia dipercayai boleh menguatkan sistem imun bayi dan membantu perkembangan organ pencernaan.

c. Prebiotik dan probiotik

Probiotik ialah bakteria baik yang membantu melindungi bayi daripada bakteria jahat.

Manakala prebiotik menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus.

Susu formula yang mengandungi probiotik dikatakan dapat mengelakkan bayi daripada mengalami masalah kulit ekzema.

_________________________

HARUS DIELAKKAN

Dalam usaha seorang mommies untuk memenuhi keperluan pemakanan bayinya yang berusia 6 bulan, terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan.

Mommies tidak boleh memberi susu lembu kepada anak di bawah umur 12 bulan. Malah, ia tidak mengandungi jumlah zat besi, vitamin E dan asid lemak penting yang diperlukan untuk perkembangan bayi.

Sebaik-baiknya, tunggu sehingga bayi berumur satu tahun untuk memberinya susu lembu.

Haa mommies dah tahu kan kenapa bayi yang berusia bawah 6 bulan hanya boleh minum susu ibu atau formula sahaja? Semoga bermanfaat.

cc: hellodoktor

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/pemakanan-bayi/makanan-untuk-bayi-6-bulan/

MITOS TENTANG BERPANTANG! BOLEH PERCAYA KE?

APA MITOS YANG SELALU MOMMIES DENGAR KETIKA BERPANTANG?

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Harini Suraya Mothercare nak share tentang mitos berpantang yang mungkin mengarut untuk mommies.

Kalau sebut pasal berpantang pasti terbayang tentang pantang larang nenek moyang yang sudah menjadi kepercayaan kan? Haa jika mommies tidak ikut, mommies pasti akan bimbang tentang kesannya pada badan, betul tak? Tetapi bolehkah mommies percaya atau adakah ia hanya mitos berpantang yang tidak masuk akal?

Ikuti perkongsian kali ini!

_________________________

KEPERCAYAAN WANITA DALAM PANTANG

Semasa bersalin, seorang wanita akan kehilangan banyak darah. Atas sebab ini, setiap wanita selepas bersalin harus berehat dan mematuhi beberapa amalan tertentu. Istilah biasa yang popular dan sering digunakan ialah berpantang.

Kebiasaannya, tempoh berpantang bagi wanita Melayu ialah 40 hingga 55 hari, bagi wanita Cina dan India pula 30 hari. Sepanjang tempoh itu, setiap wanita yang baru bersalin wajib mematuhi amalan wanita berpantang.

Amalan kepercayaan dalam tempoh berpantang ini merangkumi semua aspek kehidupan seharian, seperti pemakanan dan minuman, pemakaian dan juga kebersihan diri. Tetapi persoalannya sekarang ialah: adakah semua kepercayaan ini hanya mitos berpantang atau adakah ia satu amalan yang harus diikuti?

_________________________

ADAKAH FAKTA ATAU SEKADAR MITOS BERPANTANG?

Pantang ini adalah kepercayaan yang diturunkan turun-temurun dalam masyarakat Melayu, Cina atau India. Terdapat juga amalan berpantang yang mengelirukan terutama di kalangan ibu muda. 

Malah, beberapa pantang larang yang diamalkan ini boleh memudaratkan. Sehubungan itu, kepercayaan dan amalan berpantang yang terlalu ketat sehingga boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan ibu.

Dari perspektif perubatan moden, beberapa amalan berpantang dianggap kepercayaan yang tidak tepat. Malah, tiada kajian saintifik yang membuktikan keberkesanan amalan ini.

_________________________

MITOS BERPANTANG YANG POPULAR

Sebenarnya dalam amalan berpantang ini terdapat pelbagai jenis pantang larang. Jika mahu menyenaraikan kesemuanya, nampaknya terlalu banyak. Memang seperti yang dikatakan sebelum ini, pantang ini diamalkan oleh semua kaum yang ada di Malaysia.

Cuma bezanya di sini adalah sama ada ia benar atau hanya kepercayaan semata-mata.

1. Jangan minum banyak air

Mommies selepas bersalin hendaklah menahan diri daripada minum banyak air.

Dikatakan jika minum terlalu banyak, jumlah air di dalam badan boleh menjadi berlebihan (water retention).

Fakta: Sudah tentu, ini adalah kepercayaan karut yang perlu dielakkan.

Mommies yang baru bersalin boleh minum air secukupnya tetapi jangan terlalu banyak.

2. Tidak boleh membaca buku

Sesetengah orang percaya bahawa bersalin menyebabkan hati menjadi lemah dan ini dikaitkan dengan mata. Atas sebab ini, wanita selepas bersalin dinasihatkan supaya tidak memberi tekanan pada mata mereka, seperti membaca atau menangis. Atau ia akan menyebabkan masalah rabun.

Fakta: Tiada kaitan yang mengaitkan membaca atau menangis dengan masalah mata.

3. Jangan mandi atau basahkan rambut

Dikatakan mandi atau membasahkan rambut akan menyebabkan angin masuk ke dalam badan. Terdapat kebimbangan bahawa ini boleh menyebabkan urat saraf mengembang dan sakit kepala.

Ada kepercayaan yang mengatakan mommies yang mandi terlalu lama selepas bersalin mungkin mengalami masalah bentan.

Fakta: Ini adalah amalan berpantang yang tidak sahih.

Sebenarnya, mandi atau membasahkan rambut adalah tabiat penjagaan kebersihan diri yang tidak boleh ditinggalkan. Malah, ia membantu mencegah sebarang jangkitan kulit atau luka.

Bagaimanapun, mommies dinasihatkan tidak mandi terlalu lama selepas bersalin kerana boleh cepat sejuk.

4. Jangan gunakan kipas atau penghawa dingin

Mitos ini lebih kurang sama dengan mandi. Pendedahan kepada angin sejuk daripada kipas dan penghawa dingin dipercayai menyebabkan angin masuk ke dalam badan. Ini akan mendatangkan masalah kesihatan kepada mommies nanti.

Mommies yang berpantang juga terpaksa memakai banyak lapis atau pakaian tebal kerana takut angin masuk ke dalam badan.

Fakta: Mengikut sains, kulit manusia mempunyai beberapa lapisan. Angin tidak boleh menembusi kulit atau terus masuk ke dalam saluran darah. Jadi itu pasti perkara yang tidak tepat.

Apa yang penting ialah kesederhanaan. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, mommies perlu tahu apa yang boleh memberi keselesaan kepada anak mereka.

Berpeluh dan panas akan menyebabkan ketidakselesaan. Malah ia cenderung menyebabkan strok haba.

Tidak salah untuk menggunakan penghawa dingin atau kipas, tetapi berpada-padalah. Jangan gunakan kipas berkelajuan tinggi atau tetapkan suhu penghawa dingin terlalu rendah.

5. Jangan makan makanan sejuk

Mitos pantang yang paling popular ialah tidak boleh makan laksa. Ini adalah kepercayaan paling popular masyarakat sebelah utara.

Sesetengah orang percaya bahawa mommies berpantang tidak boleh makan makanan sejuk termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan. Makan makanan sejuk dikatakan boleh menyebabkan masalah angin dan boleh menjejaskan seluruh badan. Adakah perkara serius?

Fakta: Sebenarnya, yang paling penting adalah untuk mengamalkan pemakanan seimbang sepanjang tempoh berpantang.

Makan sayur-sayuran dan buah-buahan adalah penting kerana ia merupakan sumber vitamin, mineral, fitokimia dan serat yang baik.

_________________________

HAK INDIVIDU

Kebanyakan individu pada era moden tidak mengamalkan pantang larang kepercayaan nenek moyang terdahulu. Ini kerana kesuntukan masa atau kurang kepercayaan dalam mengamalkan pantang itu sendiri.

Tak kisah nak berpantang atau tak, yang penting jaga kesihatan tau mommies! Elakkan daripada membiarkan diri kepada tekanan yang boleh mengakibatkan mudarat.

Haa mommies dah tahu kan mitos berpantang yang sering didengari? Semoga bermanfaat!

cc: hellodoktor

https://hellodoktor.com/kehamilan/rancang-kehamilan/lain-lain/mitos-berpantang-5-kepercayaan-karut/

TIPS MENCEGAH DAN MERAWAT BAYI DARIPADA KEMBUNG PERUT!

CARA CEGAH DAN RAWAT BAYI KEMBUNG PERUT!

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Harini Suraya Mothercare nak share tentang cara-cara mercegah dan merawat bayi daripada kembung perut!

Masalah perut bayi kembung dan kerap mengeluarkan kentut kadangkala merisaukan mommies kan?

Jom ketahui punca kembung perut bayi dan cara mengatasinya.

_________________________

PERUT BAYI KEMBUNG DAN SERING KENTUT

Secara purata, bayi akan mengeluarkan gas 13 hingga 21 kali sehari.

Punca bayi kembung perut biasanya disebabkan masalah angin dan biasanya ia tidak memerlukan rawatan perubatan khas.

Gas atau angin adalah perkara biasa untuk bayi dari usia 1 hingga 4 bulan. Keadaan ini kerana sistem pencernaannya bayi masih berkembang.

Terdapat banyak kemungkinan penyebab perut kembung pada bayi. Bayi akan menelan udara apabila mereka menangis, menghisap puting dan menyusu – terus dari payudara mommies atau botol susu.

Perut bayi juga boleh menjadi kembung akibat tertelan terlalu banyak udara berlebihan apabila bayi menyusu dalam kedudukan yang salah, menyusu terlalu banyak atau mengalami sembelit.

Bayi juga boleh mengalami alahan atau intoleransi terhadap ramuan dalam susu formula atau susu ibu yang membawa kepada gas.

_________________________

PEMAKANAN JUGA MENJADI PUNCA KEMBUNG PERUT PADA BAYI

Bagi mommies menyusu, sesetengah makanan yang mommies makan juga boleh menyebabkan kembung perut pada bayi.

Contoh makanan termasuk:

  • Makanan yang tinggi serat, terutamanya makanan yang mengandungi bran – lapisan luar bijirin yang keras
  • Buah-buahan seperti aprikot, pic, prun, pir dan plum
  • Buah sitrus
  • Sayuran hijau seperti brokoli, asparagus dan kubis
  • Sayuran berkanji seperti kentang
  • Makanan berkanji seperti pasta
  • Produk tenusu
  • Coklat, minuman soda dan kafein

 

 

_________________________

TIPS MEMBANTU MASALAH BAYI KEMBUNG

Para mommies boleh mencuba petua berikut untuk membantu melegakan keadaan perut bayi kembung dan sering kentut:

1. Menukar peralatan penyusuan membantu mengatasi punca bayi kembung perut.

Jika perut bayi berangin disebabkan susu botol, cuba pelbagai puting susu dan botol yang berbeza.

Puting lembut berkontur di sepanjang bibir dan mulut bayi boleh membantu menghalang aliran udara yang berlebihan semasa bayi menyusu.

Selain itu, pastikan pengaliran susu perlahan supaya bayi mempunyai masa yang cukup untuk menyusu tanpa menghisap susu secara berlebihan.

Masa penyusuan terbaik adalah dari 20 minit hingga 1 jam. Jika bayi minum semua susu dalam masa 5 minit, bermakna mereka menghisap dengan cepat dan menelan lebihan udara.

2. Kedudukan menyusu

Ketika menyusu badan atau menyusu susu formula, posisi penyusuan juga memainkan peranan penting atau boleh menjadi punca bayi kembung perut.

Adalah penting untuk memastikan bahawa kepala bayi lebih tinggi daripada perut mereka.

Kedudukan ini juga membantu susu bergerak ke bahagian bawah perut dan menolak udara ke atas, membantu bayi sendawa.

3. Sendawakan bayi membantu menghilangkan punca bayi kembung perut selepas menyusu

Salah satu cara terbaik untuk mengeluarkan gas terperangkap dalam perut bayi ialah dengan membedungnya semasa menyusu dan selepas penyusuan.

Selain itu, sebaiknya tunggu sehingga bayi berehat sebelum sendawakannya. Jika tidak, mereka mungkin akan meragam, menangis dan akhirnya menelan lebih banyak udara.

Gunakan posisi sendawa yang paling selesa untuk mereka. Urutan juga boleh membantu menghilangkan gas pada bayi mommies.

Kedudukan sendawa membantu mengatasi punca bayi kembung perut

Salah satu cara untuk melegakan perut bayi berangin ialah cuba sendawakannya.

Sendawa akan membantu bayi membuang sedikit udara yang ditelannya semasa menyusu.

Cuba salah satu daripada kedudukan ini:

1. Di bahu

Mommies duduk tegak dan pegang bayi ke dada.

Letakkan dagu bayi di bahu mommies dan ingat untuk menyokong punggung bayi dengan tangan.

Tepuk perlahan bahagian belakang bayi dengan tangan mommies yang sebelah lagi.

2. Berbaring di paha

Untuk mencuba kedudukan ini untuk memulihkan punca bayi kembung perut, baringkan bayi secara meniarap pada pangkuan paha.

Angkat sedikit bahagian dada bayi dan berikan sokongan dengan tangan mommies. Pastikan mommies memegang bayi dengan selamat.

Sebelah tangan yang lain, gosok atau tepuk secara perlahan belakang bayi sehingga mereka sendawa.

3. Duduk

Pegang bayi seolah-olah mommies mendudukkan mereka di atas pangkuan mommies. Bengkokkan tubuh bayi ke hadapan sedikit.

Gunakan tangan untuk menyokong kepala dan dada.

Sebelah yang lain pula, tepuk atau gosok perlahan belakang bayi.

4. Pilih makanan yang sesuai

Jika bayi telah mula makan makanan pejal, berbincang dengan doktor untuk mengetahui tentang makanan yang boleh menyebabkan gas tambahan.

Sekiranya mommies menyusukan bayi secara eksklusif, mommies juga perlu memberi perhatian kepada pemakanan, kerana apa yang dimakan juga menyumbang kepada punca bayi kembung perut.

Jika bayi minum susu formula, cuba tukar kepada jenama lain. Jika mommies tidak pasti, berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu tau!

Haa mommies dah tahu kan tips yang mommies boleh lakukan untuk mencegah dan merawat daripada bayi kembung perut? Semoga bermanfaat!

cc: hellodoktor

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/punca-bayi-kembung-perut/

MASALAH PENYUSUAN YANG MUNGKIN MOMMIES ALAMI SEMASA MENYUSU!

MASALAH YANG MUNGKIN DIALAMI KETIKA PENYUSUAN!

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Harini Suraya Mothercare nak share tentang masalah yang akan dialami oleh mommies semasa menyusukan bayi!

Penyusuan susu ibu penuh dengan cabaran dan liku. Apabila mommies membiasakan diri dengan penyusuan, masalah penyusuan juga akan timbul.

Adakah terdapat kemungkinan berlaku sesuatu masalah yang akan dialami? Ikuti perkongsian kali ini.

_________________________

MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU

Mommies telah melalui proses kehamilan dan bersalin yang paling sukar dan kini mommies terus menghadapi cabaran untuk menjadi ibu secara eksklusif dengan penyusuan pula.

Bagi sesetengah mommies, pengalaman penyusuan susu ibu mungkin dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Namun tidak dapat dinafikan terdapat wanita menyusu yang mengalami masalah penyusuan.

_________________________

MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU ADALAH MASALAH YANG PALING BIASA

Sebagai mommies, pastinya kita semua mahukan proses penyusuan ibu berjalan dengan lancar kan?

Tetapi lebih baik sediakan payung sebelum hujan.

Oleh itu, mari kita pelajari beberapa masalah penyusuan yang mungkin mommies hadapi ketika menyusukan bayi nanti.

1. Puting sakit atau luka

Keadaan ini cenderung berlaku apabila bayi tidak berada dalam kedudukan yang salah dan teknik lekapan yang kurang baik.

Meneruskan penyusuan boleh membuatkan mommies berasa sakit dan rasa lebih tidak selesa.

2. Kurang susu

Perkara yang paling menakutkan bagi seorang mommies ialah bekalan susu badannya tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan bayinya.

Adalah penting untuk mempercayai bahawa bayi mommies akan mendapat apa yang diperlukan untuk mengatasi masalah penyusuan susu ibu ini.

Mommies boleh cuba menawarkan bayi kedua-dua payudara kepada bayi mommies semasa menyusu. Ini boleh membantu meningkatkan pengeluaran susu.

3. Payudara bengkak

Payudara bengkak sering berlaku apabila ia penuh dengan susu. Keadaan ini menjadikan buah dada mommies keras, ketat, tegang dan sangat menyakitkan.

Ini sering berlaku pada tempoh-tempoh awal selepas kelahiran, apabila mommies dan bayi masih dalam proses membiasakan diri untuk menyusu.

Selain itu, bengkak ini juga boleh berlaku apabila bayi mula kurang menyusu terutamanya selepas pengenalan makanan pejal.

4. Teknik lekapan yang salah

Penyusuan susu ibu adalah sesuatu perkara yang baru, terutamanya untuk bayi. Ia mengambil masa untuk memahaminya.

Jika mommies berasa sakit semasa bayi menyusu atau bayi kelihatan kurang berpuas hati selepas menyusu, ini adalah tanda bayi mommies tidak menyusu dengan betul.

5. Terlalu banyak susu

Siapa kata ibu hanya perlu menghadapi masalah kekurangan susu?

Sesetengah wanita, terutamanya mommies pertama kali, mungkin mengeluarkan terlalu banyak susu.

Keadaan ini boleh menyebabkan masalah penyusuan apabila bayi tersedak dan batuk. Kemudian ia akan menjadi sukar bagi mereka untuk menyusu.

Ia juga boleh menyebabkan puting rasa sakit apabila bayi menggigit, sebagai tindakan refleks untuk menghentikan aliran susu.

Walaupun bayi mommies kerap menyusu, mereka mungkin masih meragam dan sentiasa lapar.

Ini kerana mereka tidak menerima susu ibu peringkat terakhir yang mempunyai kandungan kalori tinggi.

6. Jangkitan kulat

Puting yang luka berisiko mendapat jangkitan kulat sekali gus menjejaskan proses penyusuan.

Puncanya ialah kulat candida iaitu sejenis kulat.

7. Saluran susu tersumbat

Jika bengkak payudara berterusan, saluran susu mungkin tersumbat.

Bagaimana mommies tahu jika berlaku saluran susu tersumbat?

Mommies akan merasakan ketulan lembut kecil pada payudara.

Keadaan ini boleh diperbetulkan dengan penyusuan kerap.

8. Mastitis

Mastitis adalah jangkitan pada tisu payudara yang menyebabkan demam, sakit otot, dan kemerahan pada payudara.

Ini sering berlaku apabila mommies mengalami saluran susu tersumbat dan susu tercemar dengan bakteria dari mulut bayi.

Jangan abaikan, jangkitan kulat yang dipanggil kandidiasis mulut juga boleh berlaku pada mulut dan lidah bayi.

Dianggarkan lebih daripada 10% wanita mungkin mengalami mastitis, terutamanya dalam 6 minggu pertama selepas bersalin.

9. Lidah pendek

1 daripada 10 bayi akan mempunyai masalah lidah pendek atau tongue tie.

Ini adalah keadaan di mana jalur kulit yang melekatkan lidah ke dasar mulut (frenulum) lebih pendek daripada biasa.

Ini bermakna bayi mungkin akan mengalami kesukaran menyusu kerana pergerakan lidah yang terhad.

Walau bagaimanapun, sesetengah bayi tidak mempunyai masalah untuk menyusu walaupun berdepan dengan keadaan tongue tie ini. 

_________________________

JANGAN BERPUTUS ASA

Nampak tak percaya masalah penyusuan susu ibu kan?

Tetapi percayalah, ia boleh berlaku. Jika mommies mengalami ini, jangan berputus asa sehingga mommies tidak mahu lagi menyusu.

Jangan malu untuk mendapatkan bantuan daripada doktor kerana setiap masalah yang timbul ada jalan penyelesaiannya tau mommies!

Haa mommies dah tahu kan apa masalah yang mungkin mommies alami ketika menyusukan bayi? Semoga bermanfaat!

cc: hellodoktor

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penyusuan/masalah-penyusuan-susu-ibu/

TIPS YANG MOMMIES BOLEH CUBA UNTUK LEGAKAN SAKIT PERUT KETIKA NAK BERSALIN!

MOMMIES TAHU TAK CARA UNTUK LEGAKAN SAKIT PERUT SEMASA NAK BERSALIN?

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Harini Suraya Mothercare nak share tentang tips macam mana mommies boleh legakan sakit perut ketika nak bersalin!

Kontraksi pasti boleh menjadi tidak selesa. Tetapi adakah terdapat cara untuk membantu melegakan sakit bawah perut semasa mengandung sebelum melahirkan bayi? Teruskan membaca untuk mengetahui tips yang boleh mommies cuba.

________________________

10 TIPS ATASI SAKIT BAWAH PERUT SEMASA HAMIL

Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi kesakitan yang mommies rasakan semasa tempoh bersalin makin hampir:

1. Cari persekitaran yang menenangkan

Pilih lokasi bersalin yang memberikan mommies rasa selesa – dengan ruang untuk berjalan, mandi dan peralatan melegakan kesakitan seperti kerusi goyang, birth ball dan yang paling penting, katil di mana mommies boleh berehat.

2. Sokongan ahli keluarga

Sokongan berterusan daripada pasangan dan ahli keluarga menjelang kelahiran, terutamanya apabila berhadapan dengan sakit bawah perut pada usia kandungan 38 minggu, dipercayai dapat meningkatkan kesejahteraan emosi dan psikologi.

Ia secara tidak langsung membantu mengurangkan keperluan untuk pengambilan ubat tahan sakit dan pembedahan cesarean kecemasan, serta mengurangkan risiko proses bersalin yang berpanjangan.

Bakal ibu yang menerima sokongan juga akan mempunyai masa pemulihan yang lebih cepat selepas bersalin dan mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin.

3. Amalkan pernafasan berirama

Teknik pernafasan yang betul boleh membantu mengatasi kesakitan yang disebabkan oleh kontraksi. Mommies harus bernafas sepenuhnya dan pada kadar yang perlahan semasa kontraksi.

Selain itu, mommies boleh mencuba teknik pernafasan pantas – setiap 2 hingga 3 saat – selama 20 hingga 30 minit.

Luangkan masa sepanjang tempoh kehamilan mommies untuk mempelajari teknik pernafasan yang berbeza, visualisasi dan kaedah menenangkan lain yang boleh mommies gunakan semasa bersalin nanti.

4. Luahkan ketakutan

Adakah mommies bimbang tentang rasa sakit, ubat-ubatan atau hilang kawalan semasa bersalin?

Bercakap dengan ahli keluarga atau rakan yang telah ada pengalaman melahirkan anak. Mungkin mereka boleh berkongsi beberapa tips berguna untuk mommies.

Menyatakan kebimbangan boleh membawa kelegaan dan membantu mommies mengetahui penyelesaian praktikal yang mungkin menjadi pilihan.

5. Visualisasi boleh membawa kelegaan

Fokus pada perkara yang menggembirakan mommies, seperti wajah pasangan, foto inspirasi atau perkara yang mommies suka. Ini boleh melibatkan deria dan mengurangkan persepsi kesakitan yang dirasai.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa terapi integratif yang merangkumi visualisasi semasa bersalin boleh membantu mengurangkan keperluan untuk epidural, pembedahan cesarean kecemasan, dan tempoh bersalin.

6. Mandi air suam

American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) mendapati bahawa mandi air suam memberikan beberapa faedah, termasuk mengurangkan penggunaan epidural, menunjukkan bahawa air suam mengurangkan kesakitan.

Mandi air suam juga boleh membantu mommies berehat, terutamanya jika mommies duduk di atas sofa dan pancuran mandian diarahkan ke perut atau belakang badan. Ia juga dikatakan membantu mempercepatkan proses kelahiran.

7. Terus bergerak

Adalah dipercayai bahawa lebih banyak pergerakan akan membantu menjadikan proses bersalin lebih selamat. Dengan bergerak, mommies juga membantu badan untuk melegakan kesakitan.

8. Mampatan suam atau sejuk

Penggunaan pek suam atau sejuk mempunyai beberapa faedah untuk membantu melegakan kesakitan, malah merupakan amalan yang biasa.

Meletakkan mampatan suam pada perineum semasa bersalin dikatakan membantu mengurangkan kesakitan. Mommies juga boleh meletakkannya di bahagian bawah perut, pangkal paha, pinggul dan bahu.

Tiada pek suam? Jangan risau, mommies boleh gunakan stokin panjang yang bersih dan isi dengan beras, kemudian panaskan dalam ketuhar selama seminit. Pastikan tidak terlalu panas sebelum meletakkannya di atas perut.

Sekiranya mommies ingin mampatan sejuk, mommies boleh menggunakan sarung tangan getah yang diisi dengan ketulan ais. Ia juga berfungsi membantu melegakan kesakitan. Tetapi elakkan bahagian perut!

9. Urut perlahan-lahan

Minta pasangan mommies mengurut lembut dengan minyak atau losyen untuk membantu menenangkan diri dan melegakan kesakitan.

Mengurut lembut ke atas dan ke bawah bahagian belakang badan juga boleh melegakan kesakitan.

10. Cuppressure membantu mengatasi sakit bawah perut semasa hamil

Akupresur adalah salah satu kaedah bukan invasif untuk melegakan kesakitan. Ia dipercayai bermanfaat untuk melegakan kesakitan dan memendekkan proses bersalin dengan meningkatkan kekuatan kontraksi rahim.

Ini boleh dilakukan dengan meminta pasangan mommies melakukan akupresur dengan menekan atau mengurut titik tertentu pada badan.

Jika ragu-ragu, rujuklah doktor untuk mendapatkan kepastian.

Haa mommies dah tahu kan tips legakan sakit bawah perut ketika nak bersalin? Semoga bermanfaat!

cc: hellodoktor

https://hellodoktor.com/kehamilan/kelahiran-bayi/persediaan/sakit-bawah-perut-ketika-hamil/

PUNCA NAJIS BAYI BOLEH BERWARNA HIJAU – SEBAB SUSU IBU CAIR?!

MARI KENALI APA PUNCANYA!

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Harini Suraya Mothercare nak share tentang punca-punca najis bayi berwarna hijau yang disebabkan susu mommies cair!

Melihat najis bayi mommies berwarna hijau berlumut sudah tentu membuatkan mommies risau kan?

Mari ketahui mengapa najis bayi mommies berwarna itu, apakah puncanya dan cara menangani situasi tersebut dalam artikel yang dikongsikan ini.

________________________

MENGAPA NAJIS WARNA HIJAU?

Malah, najis hijau adalah sebahagian daripada najis biasa. Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), warna najis biasa adalah sebarang warna coklat, tan, kuning atau hijau.

Najis berwarna hijau adalah perkara biasa bagi bayi, terutamanya bayi baru lahir. Malah kanak-kanak yang lebih dewasa juga boleh mengalaminya.

Walaupun najis berwarna hijau membimbangkan, dalam kebanyakan kes ia disebabkan oleh kanak-kanak makan sesuatu, mengambil vitamin atau ubat, atau sakit perut yang membawa kepada cirit-birit.

________________________

FAHAMI SIMPTOMNYA

Najis hijau boleh berlaku dengan sendiri atau dengan gejala tertentu serta ketidakselesaan perut:

  • Najis yang terbentuk secara normal kadangkala boleh berwarna hijau – hijau adalah variasi warna najis biasa.
  • Kadang-kadang najis berwarna hitam, tetapi boleh menjadi hijau gelap.
  • Tinja hijau juga boleh disertai dengan najis yang cair seperti dalam kes cirit-birit.

________________________

PUNCA NAJIS BERWARNA HIJAU

Terdapat banyak punca najis berwarna hijau dan ia jarang disebabkan oleh masalah perubatan yang serius.

Najis bayi berwarna hijau lumut

  • Bayi, terutamanya bayi yang baru lahir, selalunya mempunyai najis berwarna hijau. Berikut adalah beberapa sebab yang mungkin:
  • Najis pertama bayi yang baru lahir – mekonium – berwarna hitam, tetapi mungkin kelihatan berwarna hijau.
  • Cecair hempedu berlebihan.
  • Najis bayi yang menyusu badan, kerana ia beralih daripada mekonium kepada susu matang.
  • Najis hijau boleh menunjukkan ketidakseimbangan antara foremilk dan hindmilk pada bayi yang disusui, menyebabkan bayi menerima lebih banyak foremilk (susu berair) daripada hindmilk (susu lebih pekat dan berlemak). Walaupun ini boleh menyebabkan ketidakselesaan perut, ia bukan tanda masalah dengan bekalan susu mommies atau pengeluaran susu badan.
  • Tinja hijau mungkin menunjukkan bahawa mommies tidak bertoleransi terhadap makanan dalam dietnya. Dalam kes ini, bayi mungkin kelihatan tidak selesa atau kembung perut.
  • Najis berwarna hijau, terutamanya apabila disertai dengan jaluran darah, boleh menjadi tanda alahan terhadap sesuatu dalam diet atau formula mommies yang menyusu.
  • Beberapa jenama susu formula tertentu.
  • Jangkitan virus atau bakteria boleh menyebabkan najis cair dan kehijauan.
  • Najis hijau bayi mungkin kerana dia telah diperkenalkan makanan pejal ke dalam dietnya, terutamanya sayur-sayuran hijau.

Pada kanak-kanak

  • Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan atau pusat asuhan kanak-kanak dan mula bersentuhan dengan kanak-kanak lain mungkin mempunyai virus yang menyebabkan cirit-birit – selalunya cair dan berwarna hijau.
  • Apabila kanak-kanak kecil mengembangkan lelangit mereka, mereka mungkin mengalami sensitif terhadap makanan yang menjadikan najis hijau, seperti bayam, sayur-sayuran hijau lain dan makanan yang mengandungi pewarna.
  • Kanak-kanak minum formula atau mengambil suplemen.
  • Ambil vitamin, terutamanya yang mengandungi zat besi.

Anak lebih dewasa

Sama seperti punca najis hijau pada bayi dan kanak-kanak kecil, anak yang lebih dewasa mungkin juga mempunyai najis hijau kerana:

  • Makan makanan hijau
  • Makan ubat atau vitamin
  • Cirit-birit atau sakit perut

________________________

WARNA NAJIS YANG BERBAHAYA

Menurut AAP, najis berwarna hijau tidak pernah membimbangkan. Walau bagaimanapun, najis berwarna hijau dan cair sering menjadi tanda cirit-birit yang memerlukan perhatian dan penjagaan pada kanak-kanak dari semua peringkat umur.

Warna najis tertentu boleh menunjukkan petanda masalah.

Jika najis anak mommies berwarna putih, merah — terutamanya merah terang — atau hitam, mommies harus segera berjumpa pakar pediatrik segera tau! Ia mungkin tidak berbahaya tetapi lebih baik untuk memeriksanya.

________________________

MERAWAT MASALAH NAJIS BAYI WARNA HIJAU

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, najis hijau tidak perlu dibimbangkan. Tetapi tidak ada salahnya untuk memeriksanya jika ada masalah.

Dalam sesetengah kes, doktor mungkin akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk memastikan anak itu selamat.

Jika anak kelihatan sangat sakit teruk dan najis berwarna hijau, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor dengan segera tau mommies!
Sesungguhnya, najis hijau yang disertai dengan cirit-birit boleh menjadi tanda penyakit virus atau bakteria.

Jika anak mommies mempunyai najis berwarna hijau dan cair selama beberapa hari, mereka mungkin mengalami dehidrasi akibat penyakit yan dialami.

Biasanya, kes dehidrasi boleh dipulihkan dengan memberi anak air. Tetapi jika anak mommies kelihatan lesu atau sukar bangun, mereka mungkin memerlukan rawatan perubatan untuk mengatasi dehidrasi.

________________________

MENGUBAH PEMAKANAN BAYI MEMBANTU MENGATASI MASALAH NAJIS HIJAU BAYI

Jika anak mommies mengalami najis hijau kerana makan sesuatu, vitamin atau ubat-ubatan, mommies tidak perlu mengeluarkan diet mereka hanya kerana mommies bimbang najisnya berwarna itu.

Walau bagaimanapun, jika makanan, vitamin atau ubat-ubatan menjejaskan anak mommies dengan cara lain, seperti menyebabkan perit berangin atau sakit, mommies boleh mempertimbangkan untuk menghapuskannya daripada diet anak anda.

  • Jika najis berwarna hijau disertai dengan ketidakselesaan fizikal pada anak mommies, sudah tiba masanya untuk campur tangan. Sebagai contoh:
  • Jika bayi yang disusui mempunyai najis berwarna hijau, berbuih, disertai dengan perut berangin atau terjeluak, bayi mungkin mengalami ketidakseimbangan antara foremilk atau hindmilk atau intoleransi makanan atau alahan. Rujuklah pakar untuk penyelesaian terbaik.
  • Jika susu formula menyebabkan najis bayi mommies menjadi hijau berlumut dan sakit perut, dapatkan nasihat doktor tentang beralih kepada formula lain.
  • Jika anak mommies mengalami sakit perut atau masalah yang menyebabkan najis berwarna hijau dan anak itu tidak sihat, bawa mereka untuk pemeriksaan untuk mencari rawatan bagi penyakit atau masalah perutnya. Anak juga perlu dihidrat semula jika mereka mengalami dehidrasi.

Dalam sebarang keadaan yang tidak selesa atau jika anak mommies kelihatan sakit, segeralah bawa mereka berjumpa doktor dengan segera. Sentiasalah mendengar naluri keibubapaan mengenai kesihatan anak.

Haa mommies dah tahu mengapa najis bayi boleh berwarna hijau disebabkan susu mommies cair kan? Semoga bermanfaat!

cc: hellodoktor

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/najis-bayi-warna-hijau/

AMBIL TAHU PUNCA SI MANJA KERAP SEDU DAN CARA HILANGKANNYA!

ADAKAH BAYI KERAP SEDU PETANDA NAK BESAR?

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Harini Suraya Mothercare nak share tentang punca bayi kerap sedu dan cara untuk hilangkannya.

Mencari cara untuk menghilangkan sedu bayi mommies? Tetapi adakah mommies tahu mengapa bayi sedu? Fahami perkongsian kali ini, ada penjelasannya.

 

_________________________

MENGAPA BAYI SEDU?

Masalah sedu pada bayi baru lahir selalunya berpunca daripada terlalu banyak memberi bayi susu, menghisap terlalu cepat atau menelan terlalu banyak udara – punca perut bayi kembung.

Apabila perut ada angin, ia akan menolak diafragma yang akan menyebabkan kekejangan dan terjadinya sedu!

Kadangkala bayi boleh mengalami sedu akibat perubahan mendadak dalam suhu perut. Eh, bagaimana pula tu?

Sebagai contoh, mommies memberi bayi susu sejuk, beberapa minit kemudian diberi bubur panas. Gabungan ini sebenarnya boleh menyebabkan sedu pada bayi tau mommies!

 

1. Gastroesophageal reflux puncanya

Selain punca yang disebabkan oleh penyusuan atau pemakanan, dalam sesetengah kes, sedu yang berterusan pada bayi boleh disebabkan oleh faktor lain.

Puncanya ialah penyakit gastroesophageal, juga dikenali sebagai GER (gastroesophageal reflux).

Apabila bayi mengalami refluks, beberapa makanan tercerna dan cecair berasid dari perut akan mengalir kembali ke esofagus, menyebabkan sensasi rasa terbakar dan ketidakselesaan.

Oleh sebab esofagus melalui diafragma, ia boleh menyebabkan kerengsaan dan menyebabkan bayi mommies lebih kerap sedu.

Selain sedu, bayi yang mengalami GER juga akan mengalami gejala lain seperti:

  • Bayi lebih kerap menangis dan lebih mudah meragam
  • Bayi melengkungkan badan secara berlebihan semasa atau selepas menyusu
  • Bayi lebih kerap terjeluak
  • Batuk

Jika mommies melihat beberapa simptom di atas dan mengesyaki bayi mommies tersedu akibat refluks ini, berjumpalah pakar pediatrik untuk pemeriksaan. Berita baiknya ialah keadaan ini boleh dirawat.

 

2. Tempoh masa sedu

Bayi yang baru lahir mungkin mengalami sedu beberapa kali sehari yang boleh berlanjutan selama 10 minit atau lebih.

Secara umum, selagi anak mommies aktif, gembira dan tidak kelihatan selesa, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Mommies boleh membiarkan sedu hilang dengan sendirinya. Jika keadaan itu berterusan dan bayi mommies berdepan kesukaran bawalah mereka berjumpa doktor dengan segera tau!

 

_________________________

BOLEHKAH MOMMIES BARINGKAN BAYI YANG TENGAH SEDU?

Walaupun mommies tahu kenapa bayi mengalami sedu, sudah tentu perasaan risau itu masih ada kan? Malah, persoalan yang mungkin timbul: adakah boleh untuk baringkan bayi yang sedang tersedu?

Dalam kebanyakan kes, yang terbaik adalah baringkan bayi tersedu dalam posisi tidur menelentang.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, jika bayi tersedu kerana GER, mereka mungkin mempunyai kecenderungan untuk terjeluak atau muntah. Dalam keadaan ini, adalah lebih baik untuk memastikan mereka tegak.

Jika mommies mempunyai sebarang kebimbangan, dapatkan nasihat doktor tau!

 

_________________________

CARA UNTUK HILANGKAN SEDU BAYI

Mommies sudah tahu punca sedu boleh terjadi kan? Sekarang mari kita lihat apakah cara yang boleh dilakukan untuk meredakannya.

Petua untuk hilangkan sedu bayi menyusu badan

Jika bayi mommies diberi susu ibu secara eksklusif, ingat petua ini untuk mencegah sedu:

  • Sendawakan bayi apabila bertukar dari satu payudara ke sebelah yang lain.
  • Jika penyebabnya adalah bayi mommies menelan terlalu banyak udara, mommies mungkin boleh memeriksa lekapan puting bayi. Pastikan bibir bayi mommies melekap di sekeliling areola, bukan hanya puting.

 

CARA HILANGKAN SEDU BAYI MENYUSU BOTOL

Berikut ialah kaedah untuk membantu menghilangkan sedu pada bayi yang diberi susu botol:

Mommies perlu berehat sebentar semasa menyusu untuk membiarkan bayi sendawa dan meneruskan penyusuan selepas berehat antara 5-10 minit.
Cuba betulkan semula kedudukan botol untuk mengelakkan bayi menelan udara yang berlebihan.

 

Mengapa bayi sedu: Petua lain

Sama ada menyusu badan atau botol, petua berikut boleh membantu menghentikan sedu bayi:

Dudukkan bayi tegak selama 20-30 minit selepas setiap penyusuan.

Jika punca sedu tidak dapat ditentukan, gosokkan belakang bayi atau melakukan henjutan (rocking) lembut boleh membantu.

 

_________________________

PERKARA YANG KITA PERLU ELAKKAN

Terdapat beberapa perkara yang harus dielakkan sepenuhnya apabila cuba meredakan sedu bayi mommies, seperti:

  • Jangan sekali-kali mengejutkan atau menakutkan bayi untuk menghilangkan sedu.
  • Jangan letak kain basah di dahi bayi, ini juga tidak akan membantu.
  • Menahan nafas adalah satu cara yang mommies tidak boleh cuba pada bayi – ia berbahaya!
  • Satu cara ialah dengan menarik lidah bayi dan menekan pada ubun-ubun atau fontanelle anterior (bahagian lembut kepala bayi, tetapi ini boleh mencederakan mereka).

 

Mengapa bayi sedu: Apa yang perlu dirisaukan?

Masalah sedu yang dialami oleh si manja adalah perkara biasa. Malah, ini boleh berlaku semasa bayi masih dalam kandungan lagi.

Walau bagaimanapun, jika sedu kerap berlaku dan menyebabkan bayi mommies tidak selesa dan mudah meragam, mommies harus membawa bayi berjumpa doktor. Malah, ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain.

Mommies juga disarankan berjumpa dengan doktor jika sedu mengakibatkan tidur bayi si manja terganggu atau jika ia berterusan terjadi selepas ulang tahun kelahiran bayi pertama.

Haa mommies dah tahu kan punca-punca bayi sedu dan cara untuk hilangkannya? Semoga bermanfaat!

 

cc: hellodoktor

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/kenapa-bayi-sedu/

SAKIT BADAN DAN LETIH KERANA BENTAN PANTANG LARANG? MOMMIES YANG BERPANTANG MESTI AMBIL TAHU!

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Harini Suraya Mothercare nak share tentang tanda-tanda bentan berlaku semasa dalam pantang!

Adakah tanda-tanda masuk angin selepas bersalin seperti cepat letih, kelesuan, sakit badan, pelupa dan kemurungan terjadi akibat melanggar pantang?

Tanda-tanda badan masuk angin semasa berpantang sering dikaitkan dengan keadaan yang dikenali sebagai bentan.

Ikuti artikel ini dan teruskan membaca untuk mengetahui penjelasan dari perspektif perubatan saintifik.

_________________________

TANDA MASUK ANGIN SELEPAS BERSALIN

Jika ibu selepas bersalin mempunyai tanda-tanda berikut:

  • Rasa panas
  • Penat
  • Rasa lemah otot
  • Sembelit
  • Terasa menggeletar
  • Hilang ingatan
  • Rasa bimbang dan resah
  • Tidak boleh dalam cuaca sejuk
  • Degupan jantung laju
  • Kekejangan otot
  • Hilang konsentrasi
  • Badan rasa lemah
  • Pertambahan berat badan

Kebiasaannya, tanda di atas dianggap sebagai tanda badan sedang masuk angin ketika berpantang kan? Oleh itu, mommies selepas bersalin digalakkan untuk berpantang dengan betul. Tetapi adakah ia benar?

Hakikatnya dari sudut perubatan gejala ini, simptomnya adalah disebabkan keradangan kelenjar tiroid atau postpartum thyroiditis (PPT) di bahagian leher.

PPT vs tanda masuk angin selepas bersalin
Postpartum thyroiditis (PPT) atau tiroiditis selepas bersalin adalah keadaan yang agak jarang berlaku. Dianggarkan 5% wanita mungkin mengalami gejala ini selepas bersalin.

Secara umum, tiroid adalah kelenjar endokrin berbentuk rama-rama yang terletak di bawah bahagian leher.

  • Fungsi tiroid:

1. Menghasilkan hormon membantu badan menggunakan tenaga

2. Kekal panas

3. Memastikan fungsi optimum organ seperti otak, jantung dan otot

Tiroiditis selepas bersalin boleh menyebabkan hipertiroidisme – tahap hormon tiroid yang tinggi dalam darah, dan kadangkala hipotiroidisme – tahap hormon tiroid yang rendah dalam darah.

Biasanya, hipertiroidisme akan berlaku dahulu, diikuti oleh hipotiroidisme.

_________________________

INDIVIDU BERISIKO

Wanita yang menghidap diabetes jenis 1 atau mereka yang mempunyai sejarah disfungsi tiroid berisiko lebih tinggi untuk mengalami tanda masuk angin selepas bersalin PPT.

Individu yang mempunyai ahli keluarga dengan disfungsi tiroid juga berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit ini.

Kehadiran antibodi mikrosomal – antibodi khusus tiroid – juga menjadikan wanita terdedah kepada disfungsi tiroid, termasuk tiroiditis selepas bersalin.

_________________________

PUNCA TERJADI TANDA-TANDA MASUK ANGIN SELEPAS BERSALIN

Tiroiditis selepas bersalin disebabkan oleh antibodi antitiroid yang menyerang kelenjar tiroid. Serangan ini menyebabkan tiroid meradang.

Walaupun begitu, masih tiada penjelasan yang jelas mengapa antibodi menyerang tiroid.

Walau bagaimanapun, adalah dianggap bahawa wanita dengan PPT mungkin mempunyai penyakit tiroid autoimun tanpa gejala.

_________________________

BADAN MENUNJUKKAN TANDA-TANDA MASUK ANGIN SEMASA BERPANTANG

Tidak syak lagi bahawa simptom tiroiditis adalah serupa dengan tanda bentan selepas berpantang.

Tahap awal tiroiditis selepas bersalin – hipertiroidisme. Kebanyakan wanita mungkin tidak perasan atau sedar sebarang gejala. Peringkat ini biasanya berlaku satu hingga enam bulan selepas bersalin.

Gejala luar biasa peringkat ini termasuk:

  • Hilang berat badan
  • Rasa gelisah
  • Rasa panas
  • Rasa cemas
  • Dagupan jantung laju
  • Rambut gugur yang berlebihan

Apabila memasuki peringkat kedua TTP – hipotiroidisme, kebanyakan wanita mula melihat beberapa gejala.

Peringkat ini biasanya berlaku empat hingga lapan bulan selepas bersalin. Ia mungkin bertahan selama setahun dan kemudian hilang dengan sendirinya.

Dalam sesetengah kes kecil, sesetengah orang mungkin mengalami hipotiroidisme sepanjang hayat.

Antara tanda-tanda masuk angin selepas bersalin hipotiroid:

  • Pertambahan berat badan
  • Letih
  • Kemurungan
  • Kulit kering
  • Sembelit
  • Sakit otot
  • Tidak suka cuaca sejuk

Jika mommies mengalami sebarang gejala, dapatkan rawatan perubatan dengan segera!

Haa mommies dah tahu kan apa punca boleh terjadinya bentan? Semoga bermanfaat!

cc: hellodoktor

https://hellodoktor.com/kehamilan/penjagaan-ibu-hamil/penjagaan-lepas-bersalin/tanda-tanda-masuk-angin-selepas-bersalin/

KETAHUI MANFAAT DAN CARA PEMAKAIAN BARUT, PENTING PADA BAYI!

ADAKAH PEMAKAIAN BARUT AMAT PENTING UNTUK BAYI MOMMIES?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Harini Suraya Mothercare nak share tentang manfaat dan cara pemakaian barut pada bayi!

Agak-agak kenapa ya mommies perlu barut perut pada bayi mommies ? Adakah terdapat sebarang faedah? Pada pendapat mommies kat luar sana, berapa lamakah mommies perlu pakaikan barut bayi ini?

Segala persoalan mommies tentang kepentingan barut untuk si manja akan terjawab melalui perkongsian kali ini.

 

_________________________

AMALAN BARUT PADA PERUT BAYI

Mommies mungkin menyangka bahawa barut untuk bayi hanyalah amalan tradisi masyarakat Melayu kan?

Haa sebenarnya mommies salah! Amalan ini juga diamalkan oleh masyarakat di Filipina, Amerika Syarikat dan Eropah. Di Filipina, barut ini dipanggil bigkis, manakala di negara Barat ia dipanggil baby binder atau belly banding.

Tujuan penggunaannya adalah sama iaitu untuk mengelakkan bayi mengalami ketidakselesaan perut seperti kembung perut, atau kolik dengan hanya membalut kain atau mengikat kain di pinggang dan perut bayi.

Pasti ada mommies yang bertanya: “Berapa lama bayi perlu memakai barut?”

Kebiasaannya, barut dipakaikan untuk bayi dari umur sehari – selepas lahir – hingga mencecah 4 bulan, bergantung kepada kesesuaian dan keadaan fizikal bayi.

Pada masa kini terdapat banyak jenis barut untuk mommies pilih. Ada yang jenis tradisional, jenis sarung atau jenis pelekat velcro tersedia.

Kebiasaannya, barut jenis ini diperbuat daripada kain kapas jenis flanel yang lembut dan tidak sensitif pada kulit bayi. Materialnya juga tidak terlalu tebal yang boleh menyebabkan bayi tidak selesa kerana kepanasan.

Jom ketahui lebih lanjut tentang kebaikan menggunakan barut pada perut bayi mommies!

 

_________________________

KEBAIKAN BARUT BAYI

Kegunaan utama barut adalah untuk memanaskan badan dan memampatkan perut bayi.

Walaupun nampaknya tidak begitu selesa, balutan barut itu memberikan ketenangan dan kehangatan kepada bayi.

Berikut adalah beberapa kelebihan lain menggunakan barut yang perlu mommies tahu:

 

1. Mengelakkan masalah kembung perut

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tujuan barut bayi adalah untuk mengelakkan ketidakselesaan perut. Malah, bayi sangat mudah mengalami perut barangin.

 

2. Elakkan memberi susu kepada bayi terlalu banyak

Pemakaian barut boleh mengelakkan bayi daripada menyusu berlebihan. “Oh, semakin banyak bayi menyusu, semakin cepat mereka membesar.” Secara teorinya, mungkin “semakin banyak mommies makan, semakin cepat membesar.”

Tetapi realitinya ialah jika bayi mommies menyusu terlalu banyak, ia boleh memberi tekanan pada perut mereka. Sebenarnya sistem penghadaman bayi masih belum mampu menampung lebihan nutrisi yang terlalu banyak.

 

3. Melindungi tali pusat bayi

Kebiasaannya, 1 hingga 2 minggu selepas dilahirkan, tali pusat bayi akan tertanggal. Keadaan ini boleh menyebabkan pusat mereka menjadi lebih sensitif apabila terkena pakaian atau sebarang sentuhan.

Jadi, dengan memakaikan barut bayi, bahagian itu akan dapat dilindungi dan dijaga daripada sebarang kecederaan atau perkara yang tidak diingini berlaku.

 

_________________________

CARA PEMAKAIAN BARUT DENGAN BETUL

Kerana kulit adalah organ terbesar yang meliputi seluruh badan, sesetengah bahagian tertentu kulit kanak-kanak sangat sensitif. Perut juga merupakan salah satu bahagian sensitif bayi.

Selain itu, terdapat juga tali pusat di bahagian perut, yang juga merupakan salah satu bahagian sensitif pada bayi kerana ia sangat mudah terkena jangkitan.

Kaedah barut yang betul boleh membantu melindungi bahagian perut dan tunggul tali pusat untuk memastikan bayi mommies selesa.

Nak tahu macam mana cara yang betul?

1. Perkara yang paling penting dan utama ialah mandikan bayi mommies dengan air suam.

2. Jika tali pusat bayi mommies masih belum tanggal, pastikan mommies mengeringkan bahagian tersebut terlebih dahulu dengan tuala lembut.

3. Setelah bayi dan bahagian tali pusat kering, sapukan minyak telon.

4.Kemudian pakaikan barut yang sesuai dengan bayi mommies.

5. Pastikan ikatan barut bayi tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

Jika mommies tidak pasti tentang ikatan barut yang sesuai untuk bayi mommies, menggunakan barut moden berpelekat mungkin merupakan pilihan terbaik.

 

_________________________

TIGA PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN

Memakaikan barut bayi boleh memberi manfaat tetapi ada perkara yang perlu mommies elakkan, seperti:

  • Sapu herba semasa memakaikan barut

Pasti mommies tahu bahawa kulit bayi sangat sensitif. Oleh itu, penggunaan herba yang dicampur dengan pelbagai rempah ratus boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit mereka.

Jika mommies tidak mahu perkara ini berlaku, elakkan. Sebaiknya sapu baby oil sahaja.

 

  • Tutup tali pusat

Tunggul tali pusat mengambil masa untuk tanggal dengan sendiri. Jadi, sehingga ia tertanggal, pastikan barut tidak ditutup pada tunggul tali pusat.

Jika tidak, ia boleh menyebabkan pengumpulan lembapan di dalam bahagian tersebut. Ia seterusnya melambatkan proses pelepasan tali pusat dan meningkatkan risiko jangkitan.

 

  • Ikatan terlalu kuat

Walaupun terdapat barut moden di pasaran yang hanya menggunakan pelekat, tidak ada salahnya jika mommies masih mahu menggunakan jenis tradisional.

Mommies cuma perlu pastikan ikatan barut bayi mommies diikat tidak terlalu ketat, jika tidak, ia boleh menjejaskan perkembangan organ mereka.

Jika mommies mempunyai sebarang soalan tentang pemakaian barut ini, dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.

Haa mommies dah tahu kan mengapa pemakaian barut pada bayi sangat penting? Semoga bermanfaat!

 

cc: hellodoktor

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/barut-baby-cara-pakai/