5 MITOS BERPANTANG PALING POPULAR!

IBU WAJIB BACA

Assalamualikum Mummies smile

Mesti mummies yang dah nak melahirkan fikir tentang berpantang selepas melahirkan kan? Amalan berpantang ini adalah kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun sama ada dalam masyarakat Melayu, Cina mahupun India.

Cara berpantang yang tidak tepat dan dipraktikkan dengan sangat ketat boleh menjejaskan kesihatan ibu dan juga bayi.

Mari kita lihat 5 mitos popular dalam kalangan mummies semasa berpantang!

1. JANGAN MINUM BANYAK AIR

Mengikut mitos berpantang zaman dulu-dulu, ibu selepas bersalin yang menjalani proses berpantang adalah tidak dibenarkan untuk meminum air dalam kuantiti banyak. surprised

Dikatakan jika minum secara berlebihan, ia boleh mengakibatkan jumlah air di dalam badan menjadi terlalu banyak (water retention).

Fakta: Sudah tentu ia 1 kepercayaan karut yang harus DIELAKKAN. #mitos 

Ibu perpantang perlu minum air yang secukupnya asalkan tidak berlebih- lebihan.

2. TIDAK BOLEH MEMBACA BUKU

Kedengaran pelik tetapi mitos ini benar- benar wujud!

Ada cakap- cakap mengatakan bahawa proses bersalin akan menyebabkan hati menjadi lemah dan ia dikaitkan dengan mata. Oleh sebab itu, wanita selepas bersalin amat tidak digalakkan untuk memberi tekanan kepada mata seperti membaca atau menangis. Atau ia akan menyebabkan masalah rabun.

Fakta: TIADA KAITAN yang dapat menghubungkan antara membaca atau menangis dengan masalah mata. 

Sudah terang lagi bersuluh #mitos iya ibu-ibu. 

3. JANGAN MANDI ATAU BASAHKAN RAMBUT

Mandi atau membasahkan rambut dikatakan akan menyebabkan angin masuk ke dalam badan. Ia dibimbangi akan menyebabkan urat saraf mengembang dan sakit kepala.  

Ada juga kepercayaan yang mengatakan ibu selepas bersalin yang mandi terlalu lama boleh mengalami masalah bentan.

Fakta: Ia adalah satu amalan berpantang yang TIDAK SAHIH. #mitos

Bayangkan bau badan yang melekat selama 40 hari berpantang? yell

Amalan membersihkan diri dari kekotoran adalah baik untuk manusia. Ianya membantu menyingkirkan kotoran serta bakteria-bakteria buruk yang boleh memberikan dampak buruk terhadap kesihatan individu dan orang sekeliling.

Namun begitu, adalah dinasihatkan bagi ibu selepas bersalin untuk tidak mandi terlalu lama kerana dikhuatiri cepat sejuk. 

4. JANGAN GUNA KIPAS ATAU PENGHAWA DINGIN

Mitos ini lebih kurang sama dengan mandi. Mendedahkan diri dengan angin sejuk daripada kipas dan penghawa dingin dipercayai menyebabkan angin memasuki badan. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan pada ibu di kemudian hari.

Kita selalu nampak kan ada ibu-ibu berpantang yang memakai stoking setebal bantal dan baju sejuk sebesar selimut?

Ini kerana dikatakan mereka risau angin akan masuk dan menyebabkan ibu masuk angin dan menjejaskan kesihatan.

Fakta: Berdasarkan sains, kulit manusia mempunyai beberapa lapisan. Angin tidak boleh memasuki kulit dan terus masuk ke saluran darah. Maka ia sudah tentu perkara yang TIDAK TEPAT. #mitos

Faktanya, kita hanya perlu bersederhana ibu-ibu sekalian. Kalau rasa- rasa hari tu sejuk sangat janganlah makin diturunkannya kelajuan kipas tu, agak- agak hari panas, ha kuatkan kipas atau penghawa dingin. Nak bagi selesa ibu-ibu supaya tidak terlampau panas dan tidak terlampau sejuk sahaja. Ikut keselesaan katanya.

5. JANGAN MAKAN MAKANAN SEJUK

Ha ini paling sakit ibu- ibu sekalian, MITOS berpantang paling popular adalah TIDAK BOLEH MAKAN LAKSA. tongue-out

Ia adalah kepercayaan paling popular bagi masyarakat sebelah utara. -kesian orang utagha :’)

Ada yang mengatakan makanan sejuk yang terdiri daripada sayuran dan buah-buahan tidak boleh diambil oleh ibu dalam pantang. Pengambilan makanan sejuk dikatakan boleh mengakibatkan masalah angin dan bisa pada keseluruhan badan. Serius ke?

Fakta: Sebenarnya, perkara paling penting adalah untuk mengamalkan PEMAKANAN SEIMBANG bagi sepanjang tempoh berpantang itu. Memakan sayuran dan buah-buahan penting sebagai sumber vitamin, mineral, fitokimia dan serat. 

HAK INDIVIDU

Kebanyakan individu pada zaman moden ini kurang mengamalkan pantang larang kepercayaan nenek moyang terdahulu. Ia sama ada disebabkan ketiadaan masa atau kerana tidak mempercayai amalan berpantang itu sendiri.

Tidak kisah sama ada anda ingin berpantang atau tidak, perkara paling penting adalah untuk menjaga kesihatan diri. Elakkan daripada membiarkan diri berdepan tekanan sehingga boleh mengakibatkan mudarat. 

Jadi ibu-ibu perlu membuat penilaian sendiri tentang tips berpantang mengikut zaman dulu- dulu. Antara yang boleh diikuti adalah seperti penggunaan bengkung, bertuam, dan lain lain. Secara saintifiknya, telah terbukti bahawa ianya bagus untuk kesihatan ibu- ibu. Ia juga seperti memberi ganjaran kepada ibu- ibu selepas 9 bulan mengandungkan bayi. Faedahnya, kesihatan mental ibu-ibu akan membaik pasca kelahiran. 

Jadi, Mummies sekalian perlu bijak dalam berpantang ya ! laughingsmilecool 

Cc: Hello Doktor 

 

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *