Skip to content

TIPS URUSKAN ANAK UNTUK PERTAMA KALI JADI IBU!

BAYI MENANGIS MINTA DIDUKUNG? INI TIPS BUAT BAYI YANG CLINGY!

Assalamualaikum dan selamat petang!

Harini Suraya Mothercare nak berkongsi tentang tips uruskan anak yang clingy untuk pertama kali yang jadi ibu.

“Kenapa la anak tak boleh berenggang langsung? Nak minta kena dukung je, nak tidur pun ibu mesti kena ada di sebelah. Kalau letak kejap mulalah anak menangis!”

Kami pasti ramai ibu bapa mempunyai pengalaman yang sama kan? Ia mungkin bukan salah ibu atau bapa, yang sering dikaitkan dengan anak yang terlalu dimanjakan.

Tetapi mungkin keperibadian atau sifat bayi itu sendiri yang menyebabkan mereka tidak boleh berenggang dengan ibu bapanya! Namun, ibu bapa tidak perlu risau. Anak memang akan menangis. Ini tidak dapat dielakkan.

Mereka tidak boleh bercakap, berjalan atau menyatakan apa yang mereka mahukan. Jadi, hanya dengan menangis anak itu dapat menarik perhatian ibu bapanya.

Anak yang mempunyai ciri-ciri ini dipanggil “high need.” Adakah anda pernah mendengarnya?

Adakah anak anda mudah menangis tanpa didukung? Adakah mereka ingin peluk ibu 24 jam sehari? Apabila menukar lampin, adakah mereka melihat muka orang lain pun menangis? Jika ya, maka mungkin anak anda meragam kerana mereka tergolong dalam kumpulan “high need baby”!

_________________________

TIPS UNTUK ANAK YANG TIDAK BOLEH BERENGGANG – sesuai untuk ibu pertama kali!

Apakah itu high need baby? Bayi dalam kategori ini sering menangis lebih kerap daripada biasa. Malah, ibu juga mungkin perasan bahawa anak tidak boleh berenggang langsung!

1. Belajar cara pujuk anak

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah belajar cara terbaik untuk memujuk anak. Cuba perhatikan apa yang anak anda suka dan cuba buat mereka lebih tenang dan selesa.

Ibu sepatutnya tahu cara memujuk anak. Kadang-kadang, untuk menenangkan tangisannya, ibu perlu membantu dan memujuk anak supaya berhenti menangis. Ibu juga perlu membawa anak berjalan-jalan di sekitar rumah. Biasanya kaedah ini berkesan.

Anak yang tak boleh berenggang merupakan satu cabaran yang besar terutamanya untuk ibu yang juga seorang wanita bekerjaya. Tambah pula dengan bebanan kerja, terasa semuanya terlalu banyak untuk ditanggung seorang diri. Jadi, ibu bapa perlu banyak bekerjasama dalam membesarkan anak.

Cuba bangun seawal mungkin untuk siapkan semua kelengkapan anak sebelum pergi kerja. Masa anak tidur sahajalah peluang untuk ibu berenggang sebentar. Apabila anak bangun nanti, mereka akan menangis melihat ibunya tiada di sisi.

2. Jangan rasa bersalah ketika manjakan anak

Jangan sesekali rasa bersalah jika anda perlu manjakan anak. Kalau anak suka didukung, dukung sahajalah asal anak berhenti menangis.

Ini memang letih, tapi pada waktu ini, anak inginkan perhatian daripada ibu bapanya. Nanti, apabila mereka lebih berusia, barulah ibu boleh ajar anak supaya mereka lebih faham. Kunci utamanya adalah sabar.

Anak hanya mahukan perhatian. Selepas sepanjang hari bersama pengasuh, sudah tentulah anak ingin bermanja bersama ibu dan ayah.

Selain itu, ibu juga perlu cari aktiviti untuk alihkan perhatian anak lebih-lebih lagi ketika ibu perlu tinggalkan mereka bersendirian buat seketika. Contohnya, ibu perlu tinggalkan mainan kegemaran anak supaya mereka lebih tenang.

3. Jangan malu untuk minta pertolongan orang lain

Cabaran lain dalam menjaga bayi clingy ini mungkin lebih besar kerana terpaksa berjauhan dengan suami. Namun, ibu kena bersyukur kerana sepanjang tempoh berpantang, sekiranya keluarga banyak membantu.

Jangan malu untuk minta pertolongan daripada ibu bapa. Dengan kehadiran orang yang lebih tua dan berpengalaman, ibu akan banyak belajar cara untuk handle anak yang clingy. Malah, keluarga juga kadang-kadang akan tolong jagakan ketika ibu penat dan mula burn-out.

4. Suami juga mainkan peranan penting

Tidak dinafikan, dalam mengatasi masalah anak tak boleh berenggang, suami memainkan peranan yang sangat penting.

Suami bukan sahaja merupakan tulang belakang keluarga, insan yang bergelar ayah ini juga adalah penyokong nombor 1 ibu.

Suami perlu memahami. Malah, suami jugalah yang perlu menolong memandikan bayi, menyuapkan makanan dan juga menidurkan anak jika ibu rasa penat.

Selalunya, ibu dan ayah perlu bergilir-gilir dalam menjaga anak. Disebabkan anak tak boleh berenggang dengan ibu bapa, suami perlu selalu bagi me time kepada ibu supaya boleh menghilangkan stres dan melepaskan penat.

Bagi yang sedang berjauhan dengan suami, hujung minggu, suami perlu balik dan mula menjalankan semua tanggungjawabnya.

Apabila suami balik pada hujung minggu, suami perlulah menolong buat semua benda – dari makan pakai anak ke kerja rumah – pendek kata semua suami akan uruskan. Ibu cuma perlu jaga dan mandikan anak sahaja.

Suami tidak perlu kekok membantu hal-hal keluarga. Secara tidak langsung, perhatian yang diberikan suami memudahkan ibu untuk menjaga anak walaupun anda sedang ber’PJJ’.

5. Jangan risau, semuanya akan berakhir

Mungkin ramai ahli keluarga yang terdekat akan berikan nasihat yang sama.

Selepas habis pantang, nampak anak lebih tenang dan tak menangis sekerap dulu lagi. Perangai merapnya (clingy) juga dah berkurang!

Jadi untuk ibu bapa di luar sana, sabar dan layankan sahaja dulu kerenah anak tak boleh berenggang. Ini merupakan masa terbaik untuk ibu luangkan masa bersama bayi tersayang. Nanti bila dah besar, rindu pula kan?

Haa anda dah tahu kan bagaimana nak uruskan anak untuk yang pertama kali jadi ibu? Semoga bermanfaat!

cc: hellodoktor

@facebooktwitterpinterestinstagram

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment