Skip to content

TIPS MENCEGAH DAN MERAWAT BAYI DARIPADA KEMBUNG PERUT!

CARA CEGAH DAN RAWAT BAYI KEMBUNG PERUT!

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Harini Suraya Mothercare nak share tentang cara-cara mercegah dan merawat bayi daripada kembung perut!

Masalah perut bayi kembung dan kerap mengeluarkan kentut kadangkala merisaukan mommies kan?

Jom ketahui punca kembung perut bayi dan cara mengatasinya.

_________________________

PERUT BAYI KEMBUNG DAN SERING KENTUT

Secara purata, bayi akan mengeluarkan gas 13 hingga 21 kali sehari.

Punca bayi kembung perut biasanya disebabkan masalah angin dan biasanya ia tidak memerlukan rawatan perubatan khas.

Gas atau angin adalah perkara biasa untuk bayi dari usia 1 hingga 4 bulan. Keadaan ini kerana sistem pencernaannya bayi masih berkembang.

Terdapat banyak kemungkinan penyebab perut kembung pada bayi. Bayi akan menelan udara apabila mereka menangis, menghisap puting dan menyusu – terus dari payudara mommies atau botol susu.

Perut bayi juga boleh menjadi kembung akibat tertelan terlalu banyak udara berlebihan apabila bayi menyusu dalam kedudukan yang salah, menyusu terlalu banyak atau mengalami sembelit.

Bayi juga boleh mengalami alahan atau intoleransi terhadap ramuan dalam susu formula atau susu ibu yang membawa kepada gas.

_________________________

PEMAKANAN JUGA MENJADI PUNCA KEMBUNG PERUT PADA BAYI

Bagi mommies menyusu, sesetengah makanan yang mommies makan juga boleh menyebabkan kembung perut pada bayi.

Contoh makanan termasuk:

  • Makanan yang tinggi serat, terutamanya makanan yang mengandungi bran – lapisan luar bijirin yang keras
  • Buah-buahan seperti aprikot, pic, prun, pir dan plum
  • Buah sitrus
  • Sayuran hijau seperti brokoli, asparagus dan kubis
  • Sayuran berkanji seperti kentang
  • Makanan berkanji seperti pasta
  • Produk tenusu
  • Coklat, minuman soda dan kafein

 

 

_________________________

TIPS MEMBANTU MASALAH BAYI KEMBUNG

Para mommies boleh mencuba petua berikut untuk membantu melegakan keadaan perut bayi kembung dan sering kentut:

1. Menukar peralatan penyusuan membantu mengatasi punca bayi kembung perut.

Jika perut bayi berangin disebabkan susu botol, cuba pelbagai puting susu dan botol yang berbeza.

Puting lembut berkontur di sepanjang bibir dan mulut bayi boleh membantu menghalang aliran udara yang berlebihan semasa bayi menyusu.

Selain itu, pastikan pengaliran susu perlahan supaya bayi mempunyai masa yang cukup untuk menyusu tanpa menghisap susu secara berlebihan.

Masa penyusuan terbaik adalah dari 20 minit hingga 1 jam. Jika bayi minum semua susu dalam masa 5 minit, bermakna mereka menghisap dengan cepat dan menelan lebihan udara.

2. Kedudukan menyusu

Ketika menyusu badan atau menyusu susu formula, posisi penyusuan juga memainkan peranan penting atau boleh menjadi punca bayi kembung perut.

Adalah penting untuk memastikan bahawa kepala bayi lebih tinggi daripada perut mereka.

Kedudukan ini juga membantu susu bergerak ke bahagian bawah perut dan menolak udara ke atas, membantu bayi sendawa.

3. Sendawakan bayi membantu menghilangkan punca bayi kembung perut selepas menyusu

Salah satu cara terbaik untuk mengeluarkan gas terperangkap dalam perut bayi ialah dengan membedungnya semasa menyusu dan selepas penyusuan.

Selain itu, sebaiknya tunggu sehingga bayi berehat sebelum sendawakannya. Jika tidak, mereka mungkin akan meragam, menangis dan akhirnya menelan lebih banyak udara.

Gunakan posisi sendawa yang paling selesa untuk mereka. Urutan juga boleh membantu menghilangkan gas pada bayi mommies.

Kedudukan sendawa membantu mengatasi punca bayi kembung perut

Salah satu cara untuk melegakan perut bayi berangin ialah cuba sendawakannya.

Sendawa akan membantu bayi membuang sedikit udara yang ditelannya semasa menyusu.

Cuba salah satu daripada kedudukan ini:

1. Di bahu

Mommies duduk tegak dan pegang bayi ke dada.

Letakkan dagu bayi di bahu mommies dan ingat untuk menyokong punggung bayi dengan tangan.

Tepuk perlahan bahagian belakang bayi dengan tangan mommies yang sebelah lagi.

2. Berbaring di paha

Untuk mencuba kedudukan ini untuk memulihkan punca bayi kembung perut, baringkan bayi secara meniarap pada pangkuan paha.

Angkat sedikit bahagian dada bayi dan berikan sokongan dengan tangan mommies. Pastikan mommies memegang bayi dengan selamat.

Sebelah tangan yang lain, gosok atau tepuk secara perlahan belakang bayi sehingga mereka sendawa.

3. Duduk

Pegang bayi seolah-olah mommies mendudukkan mereka di atas pangkuan mommies. Bengkokkan tubuh bayi ke hadapan sedikit.

Gunakan tangan untuk menyokong kepala dan dada.

Sebelah yang lain pula, tepuk atau gosok perlahan belakang bayi.

4. Pilih makanan yang sesuai

Jika bayi telah mula makan makanan pejal, berbincang dengan doktor untuk mengetahui tentang makanan yang boleh menyebabkan gas tambahan.

Sekiranya mommies menyusukan bayi secara eksklusif, mommies juga perlu memberi perhatian kepada pemakanan, kerana apa yang dimakan juga menyumbang kepada punca bayi kembung perut.

Jika bayi minum susu formula, cuba tukar kepada jenama lain. Jika mommies tidak pasti, berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu tau!

Haa mommies dah tahu kan tips yang mommies boleh lakukan untuk mencegah dan merawat daripada bayi kembung perut? Semoga bermanfaat!

cc: hellodoktor

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/punca-bayi-kembung-perut/

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment