Skip to content

TINDIK TELINGA BAYI, SELAMAT KE?

Mummies wajib baca!

Assalamualaikum Mummies! Tau-tau je dah 2 minggu kita berpuasa kan? cry 

Cepatnya masa berlalu kan?

Dah nak dekat raya ni Mummies mesti dah prepare segala kelengkapan buat raya nanti. Mesti meriah!

Untuk bayi lagi lagi bayi perempuan, memang seronok Mummies nak melaramkan si comel tu.

Ada Mummies terfikir untuk tindik telinga buat kecantikan bayi tak masa raya nanti?

Ha, ni Surayamothercare nak share boleh atau tidak bayi tindik telinga bagi tujuan kecantikan ni? innocent 

______________________________________________

TINDIK TELINGA KETIKA MASIH BAYI

Menindik telinga ketika masih bayi akan menyebabkan mereka lebih mudah mendapat infeksi. Ini kerana mereka masih belum mempunyai sistem imuniti yang kuat. Menurut Wendy Sue Swanson yang merupakan pakar pediatrik di Seattle Children’s Hospital, Amerika Syarikat, usia yang paling sesuai untuk anak anda ditindik adalah 6 bulan ke atas.

Kalau Mummies nak prosedur ini dilakukan dengan selamat dan mengikut kemahuan anak sendiri, Mummies dinasihatkan untuk menunggu sehingga anak berumur sekurang-kurangnya 10 tahun. Ini kerana, pada ketika ini mereka sudah boleh berfikir dengan bijak dan mampu menjaga kesihatan telinga mereka sendiri seusai ditindik.

RISIKO MENINDIK TELINGA KETIKA BAYI

Sebelum Mummies nak lakukan sesuatu terhadap bayi, seeloknya kaji dan dapatkan nasihat yang pakar dahulu. Ini kerana bayi masih kecil dan tidak mampu melakukan sesetengah perkara seperti bercakap dan sebagainya.

Oleh itu, Mummies mungkin akan terlepas pandang tentang keselesaan bayi dan akhirnya menyebabkan kemudaratan terhadap kesihatan bayi. 

Prosedur menindik telinga ini dilakukan dengan mencucuk jarum sepanjang 12 hingga 18 cm ke dalam cuping telinga bagi menebuk lubang padanya. Selepas lubang ditebuk, sepasang subang akan dimasukkan ke dalamnya. Perlu diberi perhatian adalah kesan daripada ini akan menyebabkan koyakan pada bahagian cuping telinga. Koyakan ini akan menyebabkan:

  • Luka dan pendarahan
  • Pembengkakan
  • Kegatalan
  • Reaksi alahan terhadap jarum atau anting-anting yang menyentuh kulit
  • Mendapat infeksi kuman seperti nanah
  • Membentuk parut atau keloids

Jika risiko-risiko ini terlihat semakin teruk, segera bawa anak anda berjumpa doktor. Doktor mungkin akan memberi antibiotik. Jika terdapat sebarang reaksi, doktor akan menanggalkan anting-anting pada cuping telinga anak dan anda perlu tunggu sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum memasangkannya kembali.

PENJAGAAN SELEPAS MENINDIK TELINGA BAYI

  • Jauhkan produk seperti minyak wangi, minyak rambut, syampu dan lain-lain produk berbahaya daripada anting-anting.
  • Pastikan baju atau rambut anak anda tidak menganggu atau terlekat pada anting-anting yang dipakai.
  • Elakkan anak anda daripada berenang di sungai atau laut sekurang-kurangnya dua minggu selepas menindik telinga bagi mengelak dijangkiti bakteria.
  • Tanggalkan anting-anting anak anda jika mereka melakukan aktiviti sukan yang memerlukan helmet kerana ia akan memberi tekanan terhadap telinga mereka.

Selepas 6 bulan, anak Mummies sudah bebas untuk melakukan aktiviti kegemaran mereka semula. Namun begitu, jika Mummies boleh jugak mempertimbangkan untuk balut atau menutup bahagian cuping telinga mereka menggunakan plaster untuk melindunginya.

Ha, sekarang ni Mummies dah faham kan sedikit ilmu tentang tindik telinga bayi.

Mana yang buruk kita tinggalkan ya Mummies, demi anak juga.

Selamat berilmu dan beramal Mummies! wink

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/tindik-telinga-bayi-selamat-atau-tidak/ 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment