Assalamualaikum Mummies, cuaca harini macam sejuk je kan?
Siapa yang bekerja dalam kawasan berhawa dingin maka bekulah agaknya ya. Hehe
Mummies dah selalu fikir susu terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan sampai lupa susu terbaik yang boleh diambil oleh Mummies sendiri ketika hamil.
Apa kata baca kongsian kalini tentang susu kultur.
Banyak manfaatnya tau!
Selamat membaca Mummies!!
________________________
MUMMIES TAHU TAK SUSU KULTUR TU APA?
Susu kultur ni sebenarnya kan, dikenali juga sebagai susu fermentasi.
Produk tenusu yang diperam dengan sejenis bakteria dikenali sebagai Lactobacilli atau Bifidobacteria.
Fermentasi bermaksud sebahagian daripada susu tersebut dicerna oleh bakteria.
(Contoh susu kultur di pasaran)
Haaa bahasa omputeh dia ‘frementation’ gituww.
Ia secara tidak langsung menjadikan produk susu ini lebih mudah diproses oleh sistem pencernaan badan.
Terutamanya bagi individu yang mempunyai alahan susu atau intoleransi laktosa.
Dengan rasanya yang lazat dan bermanfaat baik untuk tubuh, susu kultur diatas adalah antara susu kultur yang terlaris dipasaran tau Mummies!
Boleh beli untuk sekeluarga sekali, bagi sihat!
_________________________
Kebaikan Susu Kultur Untuk Kesihatan Badan
Jadi banyak kebaikannya untuk tubuh badan tau termasuk untuk Mummies yang hamil.
1: Kurangkan risiko ekzema (dermatitis atopik), antara kebaikan susu kultur untuk ibu mengandung
Mummies yang hamil tu, tunggu apa lagi?
Amalkan minum susu kultur mulai dari sekarang.
Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).
Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.
Jadi Mummies boleh pertimbangkan minum susu kultur, kerana daripada hasil kajian mendapati bahawa meminum susu fermentasi yang mengandungi pelbagai jenis bakteria semasa kehamilan dan setelah melahirkan mengurangkan kemungkinan anak kecil mengalami ekzema.
2: Tekanan Darah Tinggi
Hasil daripada beberapa kajian mencadangkan bahawa susu kultur dapat menurunkan tekanan darah sistolik (nombor pertama) tetapi tidak diastolik (nombor kedua) pada individu yang mengalami tekanan darah tinggi.
3: Simptom Kerengsaan Usus (ISB)
Masalah kerengsaan perut yang dialami untuk tempoh jangka panjang boleh meningkatkan risiko untuk mengalami sindrom kerengsaan usus (IBS).
Beberapa kajian menyarankan pengambilan susu fermentasi 2x sehari selama tempoh 4 minggu dapat mengurangkan gejala IBS, termasuk rasa kesakitan dan gas.
Yang ini Mummies hamil pun berkemungkinan boleh dapat tau kerengsaan usus ni.
Mummies take note ya!
4: Saluran Pencernaan
Jangkitan saluran pencernaan yang berpunca daripada bakteria Helicobacter pylori atau H. pylori boleh menyebabkan ulser.
Namun melalui kajian yang dilakukan mendapati, pengambilan produk tenusu kultur yang mengandungi pelbagai jenis bakteria setiap hari selama 12 hingga 16 minggu bagus untuk kesihatan badan.
Ini kerana ia dapat memperbaiki gejala perut yang disebabkan jangkitan H.pylori.
Manakala daripada hasil penyelidikan lain pula, menunjukkan bahawa mengambil produk susu fermentasi tertentu semasa menggunakan antibiotik untuk jangkitan H. pylori akan mempercepatkan proses penyembuhan.
5: Selesema
Antara kebaikan susu fermentasi untuk kesihatan badan adalah ia dapat membantu mencegah masalah selesema bagi kanak-kanak prasekolah.
Sesetengah produk tenusu kultur lain juga dapat membantu mengatasi selesema pada individu dewasa.
6: Demam Hay
Berdasarkan beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa susu fermentasi yang mengandungi Lactobacillus acidophilus mungkin dapat mengurangkan masalah hidung berair pada individu dewasa yang mengalami demam Hay – alahan bermusim.
Contohnya musim bunga.
Kalau Mummies nak tahu, demam hay, atau rinitis alergi, adalah penyakit kronik yang paling biasa, yang menjejaskan sehingga 30 peratus daripada populasi.
Ini adalah sebab yang paling biasa untuk masalah sinus dan hidung kronik.
Kanak-kanak dan orang dewasa muda adalah kumpulan umur yang paling biasa yang terjejas oleh penyakit ini, walaupun kebanyakan orang tua dan orang tua juga mengalami gejala.
Rhinitis alergi ditakrifkan sebagai keradangan dan kerengsaan saluran hidung kerana alergen bermusim dan sepanjang tahun.
Dalam sesetengah kajian mengatakan, produk tenusu kultur ini dikatakan dapat mengurangkan risiko untuk mengalami demam Hay kanak-kanak dan remaja.
_________________________
TAMBAHAN: Mampu Mencantikkan Kulit
Mummies mesti pernah dengar kan, nak kulit yang cantik mesti dapatkan usus yang bersih.
Jadi kecantikan tu terpancar dari dalam gituwww.
Selain manfaat kesihatan badan yang disenaraikan di atas, minuman kultur juga dipercayai menawarkan kebaikan untuk kulit.
Semakin banyak bukti menunjukkan bahawa pengambilan produk susu yang dikultur dengan bakteria probiotik bukan sahaja dapat membantu anda mendapatkan usus sihat, tetapi juga keadaan kulit yang baik.
Namun Mummies perlu dapatkan nasihat doktor dulu ya!
Cc: hellodoktor.com
https://hellodoktor.com/penyakit-perut-gastrousus/penghadaman-lain/susu-kultur-usus/
No comment yet, add your voice below!