Skip to content

TEKNIK PENGURUSAN BAYI BARU LAHIR

Ramai sedia maklum bahawa penjagaan bayi merupakan tugas yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Ini kerana penjagaan bayi memerlukan usaha yang amat teliti dan banyak hal yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa. Proses ini bukanlah sesuatu yang boleh dijalankan dengan mudah terutamanya bagi pasangan yang baru sahaja menjadi ibu bapa.

Bayi yang baru lahir harus dimandikan dengan air suam dan bukannya air sejuk. Ini bagi mengelakkan mereka terkejut jika dimandikan dengan air sejuk. Memandikan bayi dengan air sejuk juga dapat mengakibatkan mereka mendapat hipertomia. Selepas bayi dimandikan, mereka harus segera disiapkan. Oleh sebab itu persiapan bayi seperti pakaian bayi, barut bayi, stokin dan minyak bayi harus disiapkan sebelum memandikan bayi. Selain daripada mengelakkan bayi kesejukan, ini juga dapat memudahkan kerja ibu bapa supaya mereka tidak tergesa  gesa.

Bagi menjamin keselesaan bayi, ibu bapa boleh menyapu minyak angin ke anggota badan bayi seperti di bahagian belakang, tapak kaki, perut, belakang betis bayi. Penyapuan minyak bayi dapat mengelak bayi daripada mengalami kembung perut. Namun ibu bapa harus bijak memilih minyak bayi yang sesuai dengan bayi mereka.

Selain itu pemilihan material juga amat penting. Pakaian bayi perlulah diperbuat daripada material yang tidak panas, lembut dan selesa untuk bayi. Pemakaian barut bayi yang betul juga harus diketahui oleh ibu bapa. Ini kerana jika barut bayi dipakai dengan cara yang salah atau ketat, bayi akan berasa tidak selesa dan sukar bergerak.

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment