Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies! Mummies apa khabar… sihat?
Alhamdulillah kepada Mummies hamil yang berjaya harungi hari-hari sebagai ibu hamil. Tak mudah untuk Mummies lalui perit dan getirnya kadangkala menjadi ibu hamil kan?
Kepada Mummies yang hampir due bersalinnya tu, terus kuat, sabar, dan bersedia ya nak berjumpa dengan ahli keluarga baru!
Kongsian kalini adalah tentang tanda-tanda sakit hampir bersalin bagi Mummies.
Selamat membaca Mummies!
_______________________________
SIMPTOM-SIMPTOM YANG MUMMIES PERLU AMBIL PERHATIAN.
- Jika Mummies mengalami titisan pendarahan pada bila-bila masa sewaktu bulan ini, maklumkan doktor anda dengan segera. Ini mungkin disebabkan pengeluaran plug mukus, mukus tebal yang menutup laluan serviks menuju ke uterus. Ini juga turut dikenali sebagai bloody show. Ini merupakan petanda bahawa proses kelahiran akan bermula dalam masa beberapa hari atau minggu.
- Jika Mummies mengalami rasa sakit yang teruk dan berulang, hubungi doktor anda dengan segera. Walaupun jarang berlaku, ini mungkin merupakan tanda plasenta lekang (placental abruption). Tanda lain ialah demam, lendiran dari faraj dan jangkitan
- Kontraksi menjadi lebih seragam dan kuat. Ia juga mungkin akan berlaku pada jarak yang lebih pendek. Jika Mummies mendapati kontraksi masih berterusan sewaktu Mummies berhenti atau melakukan sebarang aktiviti atau mengubah posisi, ini mungkin kontraksi sebenar
- Air ketuban pecah. Ini berlaku apabila kantung amnion yang melindungi bayi anda mula pecah. Air mungkin keluar dengan cepat atau menitis sedikit demi sedikit pada kaki anda. Kontraksi mungkin berlaku sebelum atau selepas air ketuban pecah. Apabila ini berlaku, hubungi doktor anda secepat mungkin. Mummies bakal melahirkan tidak lama lagi.
TANDA-TANDA SAKIT SEMASA HAMIL YANG MUMMIES HARUS BERITAHU KEPADA DOKTOR
Mummies patut memaklumkan doktor akan sebarang tanda prakelahiran atau kebimbangan anda tentang proses kelahiran. Tekanan perasaan boleh menyukarkan proses kelahiran.
Bincangkan dengan doktor tentang kebimbangan anda. Doktor mungkin mencadangkan senaman untuk menangani stres yang dapat anda lakukan bersama pasangan.
Pada minggu ke-38, penjagaan pranatal akan diteruskan selepas anda melepasi tarikh jangkaan kelahiran.
Doktor akan memeriksa keadaan kesihatan anda dan keadaan serviks jika sudah mula menipis dan jika terdapat pembukaan untuk kelahiran.
Jika Mummies telah melepasi jangkaan waktu bersalin lebih daripada seminggu, doktor mungkin meneliti degupan jantung bayi dengan monitor fetal eletronik atau menggunakan ultrabunyi untuk melihat pergerakan janin dan mengukur jumlah cecair amniotik.
Mummies boleh meminta ubat yang menghasilkan kontraksi daripada doktor anda. Dosnya boleh diubah untuk menentukan kekerapan kontraksi.
Doktor akan berbincang tentang suntikan induksi bersalin jika bayi masih belum mahu keluar pada tarikh bersalin ataupun lebih awal, atau jika ada masalah.
Tanda lain yang perlu dipantau termasuklah sebarang lelehan tidak normal, pendarahan ataupun sakit abdomen. Jika Mummiesmengalami sebarang simptom-simptom ini, segera beritahu doktor.
5 TANDA BERSALIN YANG DIALAMI MUMMIES HAMIL
1: RASA RINGAN
Ini bukan bermakna Mummies rasa berat badan semakin ringan! Sebaliknya, proses di mana kepala bayi turun ke bawah dan berada tetap pada posisi pelvis anda dinamakan ringan.
Mummies mungkin akan mengalami tanda ini beberapa minggu atau beberapa jam sebelum bersalin. Juga, Mummies akan rasa lebih kerap kencing ketika ini kerana uterus berada atas pundi kencing.
2: REMBESAN MUKUS
Rembesan mukus berkumpul di serviks semasa hamil. Namun, apabila serviks mula terbuka dengan lebih luas, rembesan mukus yang jernih, berlendir dan sedikit berdarah akan keluar pada faraj anda.
Mummies mungkin akan bersalin selepas seminggu atau dua minggu rembesan mukus keluar.
3: KONTRAKSI
Semasa kontraksi berlaku, abdomen akan rasa keras. Semasa antara kontraksi pula, uterus akan rasa relaks dan abdomen jadi lembut.
Walau bagaimanapun, rasa kontraksi bagi setiap wanita tidak sama. Lazimnya, Mummies akan mula rasa kejang perut dan tidak selesa serta sakit belakang sewaktu hampir bersalin.
Kontraksi sebenar berbeza dengan yang palsu, di mana semasa kontraksi sebenar, anda akan rasa kontraksi tanpa henti walaupun semasa anda berubah posisi atau cuba untuk bertenang.
Mummies juga akan rasa kontraksi lebih kerap dan lebih sakit.
4: AIR KETUBAN PECAH
Ini tanda tanda bersalin yang paling kerap diperkatakan.
Untuk mengenali air ketuban, selalunya ia tidak berbau dan jernih. Proses kelahiran hanya terjadi jika air ketuban anda pecah disertai dengan kontraksi yang membuka serviks Mummies.
5: MUDAH BUANG AIR BESAR
Bukan sahaja otot pada uterus yang sedang bersedia untuk bersalin, otot-otot pada badan lain pun sama.
Pergerakan usus anda juga longgar, jadi mudah untuk anda membuang air besar. Ini petanda baik kerana waktu bersalin anda makin hampir!
Cc: hellodoktor.com
https://hellodoktor.com/kehamilan/penjagaan-ibu-hamil/penjagaan-lain/tanda-tanda-bersalin/
No comment yet, add your voice below!