Mummies wajib baca!
Assalamualaikum Mummies!
Kepada Mummies yang sedang sabar menunggu kelahiran si comel, semoga dipermudahkan urusan segalanya. Mesti macam-macam Mummies dah fikir untuk keperluan si comel nantikan?
Lepastu bila berjumpa dengan orang ramai yang melihat keadaan perut si ibu, pasti ada yang bertanya “baby lelaki ke perempuan?”. Itulah soalan yang paling popular di kala hamil.
Sebenarnya ada beberapa tanda yang boleh menunjukkan si ibu itu hamil bayi lelaki atau perempuan. Ada menurut pandangan Islam, ada menurut orang lama-lama, ada juga menurut kajian saintifik.
Teringin anak lelaki tetapi tak pasti apakah tanda mengandung anak lelaki? Jom baca 16 tanda yang boleh dijadikan panduan dan rujukan.
______________________________________
- Kulit wajah ibu yang biasanya cerah berseri akan bertukar menjadi kusam dan sedikit gelap jika hamil anak lelaki. Jangan tak percaya, jika sebelum ini kulit licin, tanda mengandung anak lelaki juga ditunjukkan dengan kehadiran jerawat-jerawat kecil.
- Kulit juga menjadi kering.
- Morning sickness atau muntah dan loya tidak seteruk seperti hamil anak perempuan. Malah ada juga yang tiada masalah ini langsung!
- Perut ibu akan kelihatan besar pada bahagian bawah dan tajam ke hadapan.
- Degupan jantung si ibu kurang dari 140/minit.
- Selera ibu lebih kepada makanan-makanan masin seperti keju dan daging dan masam seperti jeruk dan asam.
- Jika rambut anda sebelum ini kelihatan kusam, tanda mengandung anak lelaki pula menunjukkan rambut si ibu akan menjadi lebat dan berkilat.
- Hidung si ibu akan menjadi lebih kembang dari biasa.
- Payudara pada bahagian kanan menjadi lebih besar dari bahagian kiri.
- Si ibu kerap mengalami sakit kepala sepanjang kehamilan.
- Pergerakan bayi di dalam perut lebih kerap ke bahagian kanan.
- Garisan hitam pada perut ibu akan berpanjangan dari bawah perut ke atas dan tiada putus-putus.
- Berat badan ibu mengandungkan anak lelaki juga bertambah lebih banyak berbanding ibu yang mengandungkan anak perempuan.
- Kata orang-orang tua, tanda si ibu mengandungkan anak lelaki juga dilihat dengan penampilan si ibu yang malas hendak bersiap atau berhias setiap kali keluar daru rumah. Simple lebih mudah katanya.
- Ketika tidur, si ibu gemar mengiring ke sebelah kiri.
- Sikap ibu ketika hamil anak lelaki juga boleh dilihat dengan asyik rasa nak menang, tegas dan keras kepala. Si bapa banyakkan bersabar ya.
Cc: mommanutrition.com
https://www.momma-nutrition.com/tanda-mengandung-anak-lelaki-yang-mudah-dikenalpasti/
No comment yet, add your voice below!