Terdapat beberapa tanda awal kehamilan yang perlu diketahui oleh wanita. Walaupun ia tidak dikesan oleh ujian kehamilan yang mungkin menunjukkan ibu tidak hamil, ia tidak semestinya benar. Wanita boleh memberitahu diri mereka bahawa terdapat tanda-tanda awal kehamilan yang lain. Jadi ujian kehamilan negatif tidak mengapa, tetapi jika anda fikir anda mempunyai tanda-tanda awal kehamilan, tidak mengapa untuk mengulangi ujian dalam beberapa hari. Kerana setiap wanita berbeza, pengalaman kehamilan juga berbeza. Seperti tanda-tanda awal kehamilan, tidak semua wanita adalah sama.
1. KEJANG PERUT & ADA SPOTTING DARAH BERWARNA COKLAT PEKAT
Perlekatan telur ke dinding rahim akan menyebabkan berlakunya kekejangan dan spotting darah selain kekejangan di bahagian bawah perut sama seperti sakit senggugut.
2. KEPUTIHAN BERLEBIHAN
Keputihan anda mungkin lebih banyak daripada biasa. Ia juga akan berwarna seperti susu kerana ada hubung kaitnya dengan penebalan dinding vagina yang biasanya terjadi selepas berlakunya persenyawaan. Pertumbuhan sel dalam vagina menyebabkan keluarnya keputihan yang berlebihan.
Ia tidak memerlukan rawatan, tetapi jika mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, rasa gatal atau panas ada baiknya anda dapatkan nasihat doktor.
3. PERUBAHAN PADA PAYUDARA
Perubahan pada payudara seperti terasa tegang dan penuh adalah tanda-tanda awal kehamilan. Ia sama seperti rasa ketika sebelum anda datang haid. Sekitar puting juga atau areola akan berwarna lebih gelap.
4. CEPAT PENAT
Anda akan rasa lebih cepat penat. Baru berdiri atau berjalan sedikit anda akan cepat mengah.
5. MUAL & MENGIDAM
Mual juga adalah salah satu tanda yang biasa dialami wanita pada awal kehamilan. Selain itu, anda juga mungkin akan mengidam sesuatu. Iaitu rasa mahu makan sesuatu yang amat sangat.
6. DERIA BAU LEBIH SENSITIF
Deria bau anda akan lebih sensitif ketika mengandung. Hidung anda juga mungkin akan rasa sakit bila kesejukan.
7. LAMBAT HAID
Lambat haid adalah tanda-tanda awal kehamilan yang biasa terjadi pada wanita. Tetapi ada juga yang masih didatangi haid walaupun sedang hamil.
8. SESAK NAFAS
Anda akan merasa mengah. Walaupun baru berjalan beberapa langkah, anda sudah rasa mengah.
9. SERING BUANG AIR KECIL
Pundi kencing anda akan cepat terasa penuh dan sering buang air kecil.
10. SEMBELIT
Anda mungkin menghadapi kesukaran untuk buang air besar dan alami sembelit.
11. EMOSI TIDAK STABIL
Anda mungkin tiba-tiba rasa sedih, cepat nak marah dan sebagainya sedangkan sebelum ini anda bukanlah begitu orangnya.
12. SAKIT KEPALA DAN LENGUH PUNGGUNG
Ini memang biasa dialami ibu hamil. Perubahan hormon akan menyebabkan anda sakit kepala. Selain itu, anda juga akan mengalami lenguh di bahagian punggung.
13. TIBA-TIBA PENGSAN, DUNIA TERASA BERPUSING
Ada yang kata seperti kena vertigo. Boleh jadi anda akan pengsan. Jadi bila rasa begini cepat-cepatlah cari tempat untuk duduk bagi mengelak anda terjatuh dari tempat tinggi dan sebagainya.
14. SUHU BADAN MENINGKAT
Anda sering rasa panas badan dan suhu badan juga sedikit tinggi. Ini keadaan sama seperti ketika anda datang haid terutama pada hari pertama.
15. KIT UJIAN KEHAMILAN POSITIF
Jika kita ujian kehamilan anda positif, peratus untuk anda hamil adalah tinggi.
16. KULIT GATAL
Kulit gatal-gatal antara yang pernah dialami ibu hamil ketika awal kehamilan. Ada yang kata sebelum kehamilan dia terkena gatal-gatal seperti sopak garam. Ia sangat gatal hingga kulit rasa panas saja.
Ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon akibat hamil.
17. PEDIH ULU HATI
Ada kemungkinan anda mungkin akan alami pedih ulu hati. Sentiasa rasa senak perut.
18. TEKANAN DARAH TINGGI
Tekanan darah anda tiba-tiba tinggi daripada biasa.
19. KENAIKAN BERAT BADAN
Boleh jadi juga akan berlaku kenaikan berat badan kerana selera anda pun bertambah.
20. RASA SEPERTI LOGAM DI MULUT ANDA ATAU RASA DARAH
Rasa logam adalah seperti rasa darah. Dengan kata lainnya mulut anda sentiasa rasa tidak selesa terutama pada seminggu awal kehamilan.
No comment yet, add your voice below!