Benarkah terdapat tanda-tanda yang mungkin menunjukkan anda sedang hamil jantina bayi lelaki atau perempuan?
Sememangnya ada petunjuk ciri ciri mengandung anak lelaki ataupun perempuan. Cuma ia adalah sekadar untuk ramalan semata-mata.
Berikut antara tanda mengandung anak perempuan yang boleh ibu perhatikan pada diri, mana tahu rezeki dapat baby girl.
1. ANDA MENGHIDAP HYPEREMESIS GRAVIDARUM
Berdepan dengan mabuk pagi adalah antara gejala ketika mengandung yang boleh dijangkakan. Tetapi ada sesetengah ibu hamil mungkin terpaksa berdepan dengan simptom mual dan muntah yang lebih teruk. Keadaan itu dikenali sebagai hyperemesis gravidarum, dengan kecenderungan menyebabkan penurunan berat badan, kekurangan zat makanan dan dehidrasi.
Sungguh tidak menyenangkan, bukan?
Tetapi itulah antara ciri-ciri mengandung anak perempuan yang mungkin akan anda alami.
2. MENGALAMI BANYAK TEKANAN
Tekanan yang dialami semasa berbadan dua sememangnya tidak bagus, khususnya bagi tumbesaran janin. Bahkan, ia meningkatkan risiko kelahiran pramatang!
Tetapi dikatakan semakin besar tekanan yang dihadapi, kemungkinan untuk anda mempunyai bayi perempuan adalah tinggi.
3. MENJADI LEBIH PELUPA
Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, antara ciri-ciri mengandung anak perempuan adalah bakal ibu menjadi lebih pelupa. Jangan terkejut kerana pada hakikatnya simptom pregnancy brain atau momnesia sememangnya wujud tanpa mengira jantina bayi yang dikandungkan. Ini kerana kebanyakan wanita hamil cenderung berdepan masalah kekurangan tidur atau tekanan yang sekali gus memberi kesan kepada memori.
4. KEDUDUKAN BAYI SONGSANG
Anda sedang hamil 32 minggu dan kedudukan bayi masih kepala di atas dan badan di bawah?
Ada kepercayaan menyatakan kedudukan bayi songsang ini mungkin ada kaitan dengan ciri-ciri mengandung anak perempuan!
Walau bagaimanapun, seperti yang dinyatakan pada awal tadi, segala apa yang dikongsikan ini adalah sekadar untuk suka-suka dan ramalan sahaja.
Meramal jantina bayi adalah berkaitan 50% untuk ia menjadi kenyataan. Satu-satunya cara untuk ramalan anda menjadi 100% tepat atau tidak adalah dengan kelahiran si kecil itu nanti.
Sebaliknya, jika anda mahukan kepastian tentang ciri ciri mengandung anak lelaki atau perempuan, sudah tentu melakukan pemeriksaan dan ujian adalah jawapan yang pasti!
No comment yet, add your voice below!