Skip to content

TANDA SUSU MUMMIES ROSAK!

Khas bagi ibu yang ada  simpanan susu untuk bayi.

Assalamualaikum Mummies and good morning! 

Kongsian kalini khas bagi Mummies yang bekerja dan perah susu untuk keperluan bayi dirumah. 

Selamat membaca Mummies! kiss

TANDA SUSU ROSAK

1. RASA MASAM

Kalau Mummies pernah rasa bau susu Mummies, memang akan ada bau sedikit kan?

Ada juga bau susu yang tengik. Ini kerana enzim lipase yang pecahkan lemak dan sebabkan susu jadi tengik.

Susah kan nak tau susu tu elok ke tak dari bau je?

Oleh itu, lagi tepat kalau Mummies uji dengan deria lidah. Cukup beberapa titik untuk rasa susu yang baru diperah.

Kemudian bekukan, dan bila masa nak gunakan susu tersebut rasa lagi. Rasanya sama tak macam mula-mula Mummies rasa masatu?

Rasanya seakan-akan santan kelapa. Jadi Mummies dengan mudah dapat perasan perbezaan susu yang elok dengan tidak elok. Ini kerana susu yang sudah tidak elok akan rasa masam.

Mummies kene buang terus tau kalau rasa susu tu dah masam. Tak elok untuk bayi minum! yell

2. SUSU BERKETUL

Susu yang disejukkan memang akan berpisah dengan kepada lapisan air dan lemak. 

Mummies rileks je kalau nampak lemak susu tu berketul dipermukaan susu bila sejukkan. Normal tu.

Tapi Mummies kene alert kalau susu tu dah dipanaskan dengan cara yang betul, dan digoyangkan sedikit namun ketulan lemak itu masih ada, maka susu tersebut sudah tidak elok untuk bayi. Ini kerana, susu yang tidak rosak, ketulan lemaknya akan beransur bercampur dengan lapisan air tu dan kelihatannya menjadi susu yang normal balik. 

____________________________________________

PENYEBAB SUSU ROSAK

1. DISIMPAN MELEBIHI TEMPOH TERTENTU MENGIKUT TEMPAT SIMPANAN

– Susu baru dipam tahan selama 4 jam. 

– Susu yang disejukkan dalam peti sejuk (bahagian chiller) tahan selama 3 hingga 5 hari. 

– Susu yang dibekukan:

  • 6 bulan dalam deep freezer
  • 3 bulan dalam peti sejuk 2 pintu
  • 2 minggu dalam peti sejuk 1 pintu

– Susu beku yang dicairkan tahan selama 24 jam (simpan bahagian chiller)

– Susu sejuk yang dipanaskan tahan dalam 1 jam sahaja. (perlu habiskan dalam 1 jam, jika tak habis, tak boleh sejukkan balik.)

TIPS: Mummies panaskan susu dalam kuantiti yang sikit sahaja, supaya tak membazir kalau bayi tak dapat habiskan dalam 1 jam tu wink.

Pastikan susu ditutup dengan baik ketika disimpan.

Kalau Mummies rasa was-was macam nak tahu susu tu dah berapa lama ke apa kan, ha tulis siap-siap tarikh di botol atau plastik bekas simpan susu tu, dan tulis sekali berapa jam je boleh tahan bila dah disejukkan atau dipanaskan.

Takdalah pening nanti Mummies kan!

Okay kalau rasa-rasa susu dah terlebih tempoh kan, Mummies buang je susu tu. Takut mudaratkan bayi yang minum. frown

2. SUSU TIDAK DITUTUP DENGAN BAIK

Mummies nak simpan perahan susu tu dalam peti sejuk atau peti sejuk beku kan, kene pastikan botol-botol atau packet tu boleh ditutup dengan ketat. 

Ini kerana, susu yang terdedah dikhuatiri akan rosak. 

Seeloknya susu disimpan dalam botol BPA free atau plastik khas hanya untuk simpanan susu. 

Ha, macam mana Mummies dapat tak ilmu yang Surayamothercare dah kongsikan ni?

Semoga bermanfaat dan selamat beramal Mummies! innocent

Cc: cozylady.com

https://www.cozylady.com.my/2019/04/03/tanda-susu-ibu-rosak/ 

 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment