ANAK GELI DENGAN RUMPUT? IKUTI PERKONGSIAN KALI INI!
Assalamualaikum dan selamat pagi!
Harini Suraya Mothercare nak berkongsi tentang tanda anak alami deria sentuhan.
Adakah anak mempunyai masalah memegang pasir atau rumput di tangan mereka? Mungkin si kecil mengalami gangguan pemprosesan deria sentuhan, yang dipanggil kepekaan sentuhan.
Teruskan membaca untuk memahami keadaan ini dan aktiviti sensori yang boleh membantu mengatasinya.
________________________
GANGGUAN PEMPROSESAN DERIA
Gangguan pemprosesan deria ialah keadaan neurologi pada kanak-kanak yang boleh menjejaskan cara maklumat deria diproses.
Individu yang mengalami gangguan ini mungkin lebih sensitif atau kurang responsif terhadap input deria, bergantung pada cara mereka terjejas.
Antara input deria termasuklah:
- Sentuhan (Tactile)
- Bau (Olfactory)
- Penglihatan (Sight)
- Pendengaran (Auditory)
- Rasa (Gustatory)
- Kesedaran diri (Proprioception)
- Pergerakan (Vestibular)
- Isyarat dari organ dalaman seperti lapar, buang air besar dan emosi (Interoception)
Kanak-kanak yang mengalami masalah deria mungkin tidak menyukai perkara yang terlalu merangsang deria mereka, seperti persekitaran yang bising, lampu terang atau bau yang kuat.
Anak yang tidak bertindak balas terhadap input deria pula mungkin mencari rangsangan deria tambahan.
ISU BERKAITAN DERIA SENTUHAN
Bayangkan anda memakai baju yang dibuat daripada kain guni kasar, memakai kasut yang dua kali lebih kecil, dan mempunyai kipas bersaiz industri yang meniup udara terus ke muka anda.
Makan semangkuk bijirin terasa seperti kerikil di dalam mulut dan semasa memberus gigi anda terasa seperti menggosok bulu keluli pada gusi.
Ia boleh dirasai dengan sentuhan. Juga dipanggil disfungsi sentuhan (tactile dysfunction).
Ini adalah keadaan di mana sensitiviti deria sentuhan dan fungsinya meningkat, menyebabkan ketidakselesaan atau kesakitan.
Nama lain untuk keadaan ini ialah defensif sentuhan dan hipersensitiviti sentuhan, Semua bermaksud keadaan yang sama.
Kanak-kanak dengan kepekaan deria sentuhan ini merasakan sensasi tertentu dengan lebih kuat daripada yang lain.
Apa yang mungkin menjadi gangguan kecil kepada seseorang boleh menjadi sangat tidak menyenangkan bagi mereka.
Anak dengan keadaan ini mungkin sangat sensitif kepada haba panas dan sejuk, atau kepada sensasi air atau angin pada kulit mereka.
Kepekaan terhadap sentuhan ini cenderung berlaku pada anak autisme, tetapi ia boleh memberi kesan kepada mana-mana kanak-kanak.
TANDA ANAK ADA MASALAH DENGAN DERIA SENTUHAN
Kanak-kanak yang mempunyai kepekaan sentuhan mungkin menunjukkan gejala berikut:
- Mengeluh tentang pakaian atau kasut, walaupun ia kelihatan sesuai dan biasanya diperbuat daripada fabrik yang selesa.
- Membantah atau menyikat rambut, memberus gigi atau potong kuku.
- Sentiasa memakai kasut – tidak suka berjalan dengan berkaskki ayam.
- Tidak suka menjadi kotor.
- Tidak suka aktiviti seperti melukis jari atau bermain dengan alat seni yang “squishy” seperti bentuk slime atau tanah liat.
- Memilih makanan kerana tidak dapat menerima tekstur makanan tertentu.
- Angin bertiup ke muka mereka mengalihkan pandangan.
- Mengeluh tentang perubahan suhu: rasa terlalu panas atau terlalu sejuk apabila udara sebenarnya sederhana.
AKTIVITI SENSORI ATASI KEPEKAAN DERIA SENTUHAN
Anda boleh membantu anak mengembangkan deria sentuhan ini dengan melakukan aktiviti rangsang sensori mereka.
Tetapi suka untuk diingatkan bahawa setiap anak adalah berbeza. Sesetengah mungkin berkesan untuk anak kecil dan sebaliknya.
- Sentuh anak dengan menggunakan fiem touch.
- Semasa mandi, basuh rambut dan badan anak dengan mandian pancuran tangan (hand-held shower head) dan dekatkan dengan badan mereka.
- Jika jahitan mengganggu mereka, cuba pakaikan stokin inside-out.
- Pakaikan pakaian tanpa tag.
- Sediakan bekas sensori deria supaya anak boleh menyentuh tekstur yang berbeza. Jika anak anda menolak, berikan mereka peralatan yang tidak bersentuhan secara langsung, seperti sudu, berus cat, penyedut minuman atau pencungkil gigi.
- Minta anak bersihkan bekas sensori deria dengan span, tisu atau air.
- Basuh kotoran barangan mainan luar rumah yang kotor dengan kain atau span.
Perkara yang paling penting untuk difahami sebelum mencuba aktiviti sensori ini adalah bermula dengan perlahan-lahan. Elakkan melakukan semuanya sekaligus atau pada hari atau minggu yang sama.
Terlalu banyak aktiviti deria sentuhan pada masa yang sama boleh menyebabkan anak enggan mencuba perkara baharu. Bahkan anda juga tidak tahu aktiviti mana yang betul-betul berkesan.
cc: hellodoktor
No comment yet, add your voice below!