Skip to content

SUSU BADAN MUMMIES KERING? CUBA MAKAN MAKANAN SUNNAH INI!

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Kesihatan itu penting ya Mummies! Baik diri sendiri dan bayi.

Memenuhi keperluan nutrisi harian menerusi makanan sihat adalah satu tanggungjawab besar yang harus diberi keutamaan.

Apatah lagi pada zaman yang penuh cabaran dengan pelbagai pengaruh faktor luar.

Jadi Mummies mesti nak banyakkan susu supaya anak cukup menyusu dan sihat kan?

________________________

Amalan pemakanan berasaskan sunnah Nabi bukan sahaja disyorkan dalam kalangan orang Islam tetapi juga diamalkan serata dunia.

Makanan sunnah seperti buah kurma, anggur, delima, buah tin dan buah zaitun terkenal dengan kandungan nutrisi yang tinggi untuk kesihatan kita.

Ianya juga mampu menambahkan susu badan bagi Mummies yang hamil tau!

Dengan mengamalkan pemakanan sunnah yang merupakan sebahagian daripada budaya Islam ini, kesejahteraan umum pasti dapat dicapai di samping menikmati pelbagai manfaat lain:

_________________________

MAKANAN SUNNAH YANG BOLEH DIAMALKAN

1: Kurma

Siapa sahaja yang tidak mengenali buah yang satu ini. Kurma amat sinonim dengan bulan Ramadan sebagai satu juadah pembuka sebelum menikmati hidangan lain ketika berbuka puasa.

Mummies nak tahu tak?  Kurma adalah sejenis buah yang berfungsi sebagai galactagogue atau penggalak susu untuk ibu hamil.

Buah kurma bertindak meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu dan ia telah disokong melalui kajian yang menunjukkan terdapat peningkatan dari segi kuantiti susu yang dihasilkan.

Selain itu kurma juga bertindak sebagai pembekal tenaga segera untuk ibu hamil disebabkan oleh kandungan karbohidratnya yang tinggi, selain 15 jenis kandungan garam dan mineral.

2: Delima

Buah ini biasanya dimakan secara terus atau diminum sebagai jus dan dijadikan jem.

Haaa, kandungan polifenol yang tinggi dalam buah delima mempunyai kesan yang baik terhadap perlindungan sel saraf otak daripada sebarang kerosakan, degenerasi dan kerosakan fungsi otak.

Ia membantu dalam menambah fungsi ingatan kita melalui peningkatan komponen penting untuk pengaktifan otak.

3: Anggur

Jika segar digelar anggur, tetapi jika kering ia digelar kismis.

Alaaa kismis yang selalu menjadi ikhtiar untuk anak jadi cerdas tu..

Inilah buah yang mempunyai dua nama berdasarkan keadaannya.

Untuk pengetahuan Mummies kan, anggur mengandungi pelbagai sebatian polifenol termasuklah flavonoid, asid fenolik dan resveratrol.

Berdasarkan kajian, pengambilan sebatian ini melalui pemakanan anggur akan mengurangkan kadar kematian akibat masalah kardiovaskular.

Flavonoid yang terkandung di dalam anggur juga berpotensi membantu menurunkan tekanan darah.

4: Buah Zaitun

Buah zaitun mengandungi kandungan asid oleic yang berpotensi berkesan melawan sel kanser payudara, kolon dan prostat.

Pengambilan buah zaitun boleh mencegah pertumbuhan sel kanser lebih daripada 25% bagi kanser kolon, 15% bagi kanser payudara dan 10% kanser prostat.

Selain itu, peningkatan pengambilan buah zaitun juga dikaitkan dengan penurunan risiko untuk anda mengalami rheumatoid arthritis atau sakit sendi.

5: Buah Tin

Buah tin dianggap sebagai salah satu makanan superfood.

Kenapa superfood??

Ini kerana buah tin mengandungi kandungan kalori yang rendah dan tidak mengandungi sebarang kandungan lemak.

Buah tin juga merupakan sumber kalsium yang baik yang boleh mengelakkan Mummies daripada memiliki osteoporosis atau kerapuhan tulang.

Selain itu, buah tin juga merupakan sumber antioksidan yang sangat berkualiti yang boleh membantu Mummies mengurangkan kerosakan sel akibat radikal bebas.

______________________________

MANFAAT MAKANAN SUNNAH

Saranan Nabi Muhammad S.A.W berkenaan cadangan pemakanan makanan yang sihat seperti di atas telah terbukti secara saintifik.

Oleh itu, tiada sebab untuk Mummies tidak mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang hari sedangkan Nabi Muhammad juga turut menggalakkan amalan pemakanan yang sihat. Jangan berasa ragu dan makanlah secara bersederhana.

Ada banyak lagi makanan sunnah lain yang disarankan untuk diambil seperti habbatus sauda dan susu kambing. Kesemuanya juga terbukti memberikan manfaat kepada kesihatan diri manusia.

Ingat, walaupun ia adalah makanan sunnah, setiap pengambilan makanan perlulah diambil secara berpada-pada tanpa berlebih-lebihan.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi/manfaat-makanan-sunnah/

1 Comment


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *