Skip to content

SUSU IBU MAMPU RAWAT SAKIT MATA BAYI? BIAR BETUL!

 Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Seperti yang kita tahu susu ibu mengandungi pelbagai khasiat dan bersifat antibakteria.

Jadi kan Mummies, tidak hairanlah ia mempunyai kuasa penawar yang menakjubkan bukan saja kepada bayi, tetapi juga ibunya, malah sesiapa sahaja.

Teringat dulu- dulu admin sakit mata, mak admin terus sapu dengan susu mak dekat mata ni haa.

Masatu kecil lagi tak ingatlah pulak mujarab ke tidak, hahah wink

____________________________

MANFAAT SUSU IBU SANGAT LUAS

Mulianya ibu ni kan? Manfaat susu ibu saja dah tersangat luas.

Kaedah rawatan di rumah umumnya dianggap sebagai cara semula jadi untuk menyembuhkan sesuatu keadaan kesihatan atau penyakit yang kecil.

Biasanya ia merupakan amalan tradisi, budaya, adat istiadat atau ubatan tradisional.

Mummies diluar sana tolong jangan lepaskan peluang menyusukan bayi jika berkesempatan.

Senang- senag aja bayi dapat manfaat kesihatan nanti bila menyusu susu ibunya.

Harus diingatkan bahawa amalan rawatan di rumah ini tidak semestinya mempunyai bukti saintifik untuk mengesahkan keberkesanannya.

Mummies kena berhati- hati kerana ada kemungkinan bahawa ianya mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Jadi seeloknya nak buat sesuatu perkara berkaitan kesihatan, dapatkan nasihat doktor!

____________________________

FAEDAH SUSU IBU UNTUK RAWATAN DALAM RUMAH

1: Jangkitan Mata dan Telinga

Ia adalah situasi biasa untuk bayi baru lahir mengalami masalah saluran air mata yang tersumbat dan ia biasanya sembuh sendiri.

Namun adakalanya ia boleh menyebabkan jangkitan dan cecair yang dikeluarkan daripada mata si manja akan mencacatkan kecomelan wajah mereka.

Antara caranya adalah dengan mengoles sedikit susu ibu ke mata yang dijankiti.

Dalam sesetengah budaya, susu badan digunakan untuk merawat jangkitan mata serta masalah mata merah, kongjungtivitis.

Malahan, manfaat susu ibu juga dikatakan boleh menyembuhkan jangkitan pada telinga.

Tapi kalau dah guna sebotol susu ibu tak baik- baik jugak, bawaklah pergi jumpa doktor ya Mummies!

#risaukadangkadang

2: Torehan, Luka Kecil, Kesan Terbakar

Susu badan dikatakan berkesan untuk menyembuhkan luka, kesan terbakar atau torehan kecil sebagai rawatan di rumah.

Bahkan menggunakan susu ibu dapat mencegah daripada berlakunya jangkitan.

3: Menguatkan sistem imun

Ini rasanya dah tak payah pertikaikan lagi kan Mummies?

Dan sebenarnya, antibodi sangat penting bagi bayi baru lahir dan kanak-kanak kecil. Mereka masih lemah dan mudah terdedah dengan serangan jangkitan virus atau bakteria.

Susu badan memainkan peranan penting dalam hal ini dengan memastikan bekalan antibodi yang optimum kepada bayi dan kanak-kanak kecil terutamanya bagi awal 6 bulan pertama.

Jika si manja kurang sihat, berikan mereka menyusu susu ibu.

Ia dikatakan dapat meningkatkan sistem ketahanan badan dan memendekkan serta mengurangkan selesema yang dialami.

4: Ketuat

Sebagai rawatan di rumah, susu juga boleh digunakan untuk merawat ketuat.

Dengan meletakkan susu ibu padanya, ia akan menyebabkan ketuat kering dan jatuh.

Berkesankah?

Cubalah dahulu!

5: Gatal dan Sengatan

Jangan tidak tahu, manfaat susu ibu juga berkesan untuk menghilangkan sengatan dan kegatalan kesan gigitan serangga, sengatan lebah, cacar air dan racun daripada ivy, sumac serta oak.

Ternyata sifat susu badan yang menenangkan dan kaya antibakteria dapat membantu memulihkan kawasan terjejas itu.

6: Puting Sakit atau Luka

Antara kebimbangan ibu menyusu adalah masalah puting yang sakit atau luka kesan daripada proses penyusuan.

Tetapi usah risau, anda mempunyai ubat ajaib yang boleh membantu melega dan menyembuhkan keadaan tersebut dengan menggunakan susu ibu.

Tak percaya? Namun, itulah manfaat susu ibu.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah menitiskan sedikit susu ke puting selepas selesai penyusuan dan biarkan ia mengering dengan sendiri.

7: Membersihkan Kulit

Dalam beberapa kes, susu badan juga dikatakan boleh digunakan untuk membersihkan kulit, menanggalkan solekan serta membersihkan jerawat.

Mummies kalau rasa nak tahu berkesan ke tidak, haaa cuba dulu!

Lepastu share dekat kawan- kawan yaa, bolehla simpan duit beli micellar water dekat Watson nanti heheh. kiss

8: Hidung Tersumbat

Penyedut hidung atau penggunaan jarum suntikan getah penting untuk membantu membersih dan melegakan masalah hidung tersumbat yang dialami bayi baru lahir.

Ada ibu yang menggunakan alat tersebut dengan larutan garam pelembap pada hidung bayi sebelum menyedut hingus keluar.

Hakikatnya susu ibu juga boleh digunakan memandangkan ia mempunyai fungsi melawan dan antikeradangan.

Di samping itu, tidak seperti air garam yang masin, bayi juga sudah tentu mengenali rasa susu badan. Maka mereka akan berasa kurang terganggu jika tertelan ketika proses berlangsung.

9: Pelembab Kulit

Seperti yang dinyatakan susu ibu dapat melegakan puting yang sakit. Ini bermakna ia juga berkesan untuk masalah dermatitis atopik ringan hingga sederhana seperti ekzema.

Ada yang mengatakan bahawa ia turut membantu melegakan bibir pecah dan merawat masalah ruam lampin.

Dalam kajian yang dilakukan pada 2013 mendapati, manfaat susu ibu berkesan seperti penggunaan hidrokortison pada bayi dengan masalah ruam lampin.

10: Penyembuhan Khatan

Ada sesetengah ibu bapa yang mendakwa susu badan boleh digunakan untuk mencegah dan merawat jangkitan pada bahagian berkhatan.

11: Sakit Tekak

Ada yang mengatakan masalah sakit tekak juga boleh dirawat menggunakan susu ibu. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan berkumur menggunakan susu badan tersebut.

_____________________________

MUMMIES KENA HATI- HATI JUGA TAU!

Susu ibu segar (tidak dipasteur boleh mengandungi jangkitan bakteria dan kulat berbahaya, seperti streptococcus, staphylococcus, dan candida (yeast).

Ia juga berisiko untuk menyebarkan jangkitan virus termasuk sitomegalovirus (CMV), virus herpes simplex dan human immunodeficiency virus (HIV).

Oleh sebab itu jika anda ingin meletakkan susu ibu segar ke dalam mata atau telinga, atau pada luka di kulit, terdapat risiko untuk berlakunya komplikasi, penyakit, dan jangkitan.

Untuk mendapatkan lebih kepastian, anda disaran mendapatkan rundingan dan pandangan doktor sebelum mencubanya, okay?

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penyusuan/manfaat-susu-ibu-lain/

 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment