Skip to content

SUAMI YANG MACHO AKAN LAKUKAN PERKARA INI KETIKA MUMMIES MENYUSUI BAYI!

“Bini aku ni dah penat beranak ni nak menyusukan bayi lepastu pam susu pulak tak kira siang ke malam. Apa yang aku boleh tolong nak ringankan beban isteri aku yang tercinta ya, nak jadi suami mithali ni!”- Luahan ikhlas salah seorang Encik Suami yell

Assalamualaikum Mummies laughing

Kongsian kalini mesti Mummies suka nak kongsi dekat Encik Suami kan?

Siapa kata suami tak boleh tolong isteri yang menyusu badan? Walaupun payudara itu milik isteri, namun ada pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh suami untuk menyenangkan hati atau meringankan beban isteri.

Selamat membaca Mummies wink

_________________________________________

1. SERTAI KELAS KEIBUBAPAAN DAN PENYUSUAN

Di Malaysia kini semakin banyak kewujudan kelas-kelas keibubapaan yang disediakan terutama bagi pasangan  yang bakal memiliki anak pertama. Kelas keibu bapaan bukan sahaja mengajar perkara asas dan mendalam tentang bagaimana menjadi seorang ibu dan bapa, malah pasangan juga didedahkan tentang ilmu-ilmu berkaitan penyusuan bayi.

2. WUJUDKAN SUASANA POSITIF DAN MOTIVASI

Kestabilan emosi ibu sangat mempengaruhi kuantiti dan kualiti susu yang dihasilkan. Ibu yang menyusukan bayi memerlukan suasana persekitaran yang positif untuk kestabilan minda dan emosi diri mereka dan bayi. Positif di sini bermaksud memberikan kata-kata semangat yang dapat memotivasikan isteri terutamanya yang baharu sahaja menjadi ibu.

Senangi hati isteri dengan kerap mengucapkan kata-kata penghargaan seperti ucapan terima kasih di atas pengorbanan melahirkan keturunan dalam keluarga mereka. Perkataan yang diselangi dengan ucapan kasih sayang mampu menghangatkan perasaan isteri walaupun dalam kepenatan. Kata-kata sebegini membuatkan isteri rasa lebih dihargai.

Penyusuan bayi adalah satu proses memenatkan yang menyebabkan si ibu mengalami rasa tidak selesa berpanjangan. Wujudkan suasana aman tanpa pergaduhan antara suami dan isteri.

Disamping memotivasikan isteri dengan kata-kata semangat, suami juga perlu lebih banyak bersabar dalam melayani karenah isteri dan bayi sepanjang proses penyusuan. Elakkan daripada menyinggung perasaan isteri terutama berkaitan tentang penyusuan.

3. DAPATKAN ALATAN PENYUSUAN

Selain membuat persediaan dari segi mental, suami juga boleh membantu isteri untuk mendapatkan alatan penyusuan yang bakal diperlukan seperti pam susu serta keperluan dan aksesori yang diperlukan seperti pakaian khusus untuk menyusu.

Memang nampak macam banyak, tetapi percayalah kesemua keperluan ini amat praktikal dan berguna untuk mereka. Mesti isteri akan lebih bersemangat apabila rasa diri mereka dihargai!

4. MEMAHAMI KEADAAN FIZIKAL MUMMIES SELEPAS MELAHIRKAN

Suami pastinya tertanya-tanya bilakah waktu paling sesuai menjalinkan semula perhubungan seks dengan isteri selepas kelahiran bayi.

Selepas kelahiran ibu akan mengalami kesakitan pada bahagian pelvis dan pendarahan selama beberapa minggu. Dalam tempoh ini, adalah lebih baik bagi mengelakkan sebarang hubungan seks dengan isteri. Keadaan fizikal isteri pada ketika ini sangat mempengaruhi hormon dalaman mereka lebih-lebih lagi apabila perlu menyusukan bayi. Komplikasi selepas kelahiran mungkin sahaja berlaku yang boleh membahayakan isteri.

Biasanya tempoh menjalinkan semula perhubungan seks yang selesa bagi seorang isteri selepas melahirkan adalah pada minggu keenam.

5. MENOLONG DALAM KERJA RUMAH

Suami yang tolong buat kerja rumah memang suami A+!

Isteri yang menyusu tidak memiliki banyak masa untuk memastikan keadaan rumahtangga sentiasa terjaga. Seorang bayi yang baharu lahir biasanya akan menyusu antara 8 sehingga 12 kali sehari dan setiap sesi memakan masa antara 15 ke 20 minit.

Walaupun suami masih sibuk dengan tugas mencari rezeki, namun ada sela-sela masa yang boleh dipenuhi dengan menolong melengkapkan kerja-kerja rumah. Contohnya memasak hidangan makan malam untuk isteri, vakum lantai supaya tidak berdebu atau melipat dan membasuh pakaian. Semua ini adalah kerja asas dalam rumahtangga.

Suami yang memiliki kemampuan dari segi kewangan disarankan untuk mengupah orang gaji untuk menguruskan kerja-kerja rumah. Isteri boleh menumpukan sepenuh masa menyusu dan menjaga bayi mereka. Sementara kerja rumah diuruskan oleh orang gaji.

6. BIARKAN ISTERI MAKAN DENGAN BERSELERA

     

Disamping menyusukan bayi supaya kenyang, ibu juga perlu makan untuk bekalan tenaga dan susu dalam badan. Suami boleh membantu mendukung bayi di saat isteri ingin makan. Beri masa kepada isteri secukupnya untuk makan dengan selesa tanpa perlu tergesa-gesa.

7. BERI MUMMIES TIDUR DENGAN CUKUP DAN SELESA

Sepanjang tempoh penyusuan bayi memang agak sukar bagi seorang isteri mendapatkan tidur yang secukupnya. Suami seharusnya menyedari bahawa hal ini biasa dialami oleh ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Ini terjadi kerana ibu kerap menyusukan bayi di saat mereka terjaga di waktu malam. Ini menyebabkan tidur ibu seringkali terganggu yang memberikan efek kepada kecergasan mereka pada siang harinya.

Bantu isteri mendapatkan tidur secukupnya. Contohnya mengambil alih tugas menjaga dan menidurkan bayi dengan membiarkan isteri masuk tidur malam lebih awal. Cara ini sangat membantu seandainya bayi terjaga di waktu tengah malam untuk minum susu.

8. URUT BADAN MUMMIES

Yang ni kena selalu ingatkan suami tau Mummies! Buat reminder kat phone, biar tahu waktu nak mengurut Mummies.

Isteri tidak dapat lari dari kepenatan menguruskan bayi yang menyusu. Sepanjang menyusu, keadaan postur badan ibu boleh menjadi tidak selesa seperti membongkok dan kebas sebelah badan kerana terpaksa menyusukan sebelah badan untuk tempoh yang lama.

Suami boleh menawarkan khidmat urutan dari tangan mereka sendiri. Urutan tangan seorang suami tentunya mampu melegakan kesakitan otot dan urat yang dialami isteri semasa menyusu.

______________________________________

Encik Suami jangan buat-buat tak perasan eh dengan kongsian kalini. Penat Mummies copy paste link blog ni nak send kat Encik Suami.

Selamat berilmu dan beramal ya semua! 

Cc: siraplimau.com

https://siraplimau.com/tugas-suami-kepada-isteri-menyusu/

Cc: 100comments.com

https://100comments.com/malay/pentingnya-peranan-suami-dalam-penyusuan-bayi/

 

 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment