Skip to content

SI MANJA SPEECH DELAY? KENALI TANDA-TANDA INI DAHULU!

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Tengah bermain-main dengan si kecil ke tu? wink

Apa? Si kecil susah nak menyebutkan apa apa perkataan? Kemungkinan besar speech delay tau!

Sebelum tu Mummies kenali dulu apa itu speech delay dan tanda-tandanya.

____________________________________ 

Speech delay merujuk kepada kelewatan dalam keupayaan seorang kanak-kanak itu untuk bercakap atau menghasilkan bunyi.

Kelewatan ini ditentukan berdasarkan garis masa yang sepatutnya mereka garis masa perkembangan normal untuk usia mereka.

Anda boleh mula cakna tentang tanda-tanda amaran untuk kelewatan bercakap bermula usia 12 bulan.

Apabila sudah berusia 12 bulan, ia menjadi satu kerisauan jika anak anda masih belum boleh melakukan perkara seperti berikut:

  1. Melambai ‘bye-bye’ atau menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk ke arah objek
  2. Menggunakan beberapa bunyi konsonan
  3. Menyuarakan keperluan mereka

 Apabila mencapai usia 15 hingga 18 bulan, seorang kanak-kanak itu berisiko untuk menghidap kelewatan bercakap jika mereka belum boleh menunjukkan perkara-perkara seperti berikut:

  1. Tidak mengucapkan ‘mama’ dan ‘dada’
  2. Tidak membalas apabila diberitahu perkara seperti ‘Tidak’, ‘Jangan’, ‘Helo’ dan juga ‘Bye’
  3. Tidak mempunyai satu hingga tiga kosa kata (menjelang usia 12 bulan) dan 15 perkataan menjelang usia 18 bulan
  4. Tidak berupaya untuk mengenal pasti bahagian badan
  5. Menunjukkan kesukaran dalam meniru bunyi dan tindakan

Pada usia 2 hingga 4 tahun pula, berikut adalah tanda-tanda tambahan untuk speech delay yang perlu anda perhatikan:

  1. Gagal menghasilkan ayat secara spontan
  2. Tidak mampu untuk mengikut arahan mudah
  3. Tidak mampu untuk menyambungkan dua perkataan
  4. Kurang bunyi/penggunaan konsonan pada permulaan atau di penghujung perkataan
  5. Sukar untuk difahami oleh ahli keluarga terdekat sendiri
  6. Tidak mampu untuk membuat ayat mudah yang mengandungi dua hingga tiga patah perkataan

Ha Mummies dah tahu kan tanda-tanda anak speech delay? 

Sebelum Mummies hantar ke play school untuk latih kebolehan bercakap anak, alangkah baiknya jika dirujuk dulu kepada doktor.

Ini kerana doktor dapat mengenal pasti punca speech delay anak Mummies, dan memudahkan Mummies untuk fikirkan kaedah yang tepat bagi mengekang masalah speech delay anak Mummies dengan lebih efektif!

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/gangguan-perkembangan-anak/adakah-si-manja-kelewatan-bercakap/ 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment