Pemakaian kasut wanita yang bertumit tinggi atau high heels semakin menjadi pilihan para wanita tidak mengira lapisan umur. Bukan hanya golongan remaja sahaja, tetapi ibu mengandung juga sanggup menghadapi risiko dengan memakai kasut tumit tinggi hanya kerana ingin tampil bergaya. Justeru, tidak hairanlah jika anda sering mengalami masalah kekejangan pada setiap masa kerana semua berat badan ditumpukan pada bahagian kaki. Masalah ini menjadi berganda bagi anda yang sedang mengandung kerana anda juga memikul berat bayi di dalam perut yang membuatkan beban untuk kaki semakin bertambah. Bukan itu sahaja, anda disarankan untuk menggunakan sandal dengan tapak yang selesa bagi menjaga kesihatan diri untuk sepanjang masa.
Antara risiko bahaya pemakaian kasut wanita yang bertumit tinggi ialah:
1. PERKEMBANGAN BAYI MENJADI TIDAK SEIMBANG
Proses kehamilan pastinya membuatkan anda berasa sukar untuk bergerak dengan keadaan bayi yang semakin membesar di dalam perut. Hal ini turut menyebabkan keadaan yang kurang seimbang dan ditambah pula dengan pemakaian kasut wanita yang tinggi dan tidak selesa. Anda juga perlu lebih berhati-hati ketika melangkah kerana khuatir akan menyebabkan anda tergelincir dan jatuh.
2. SAKIT BAHAGIAN PUNGGUNG
Sekiranya anda terbiasa memakai kasut tumit tinggi untuk keluar berjalan ataupun ootd, keadaan ini boleh membuatkan tulang pinggul anda perlu bekerja lebih keras bagi menampung berat anda dan bayi. Ia secara tidak langsung membuatkan punggung anda berasa sakit yang sekaligus menjejaskan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. Justeru, pemakaian kasut tinggi sememangnya membuatkan anda kelihatan lebih menawan, namun jika ia memberikan kesan yang tidak baik, haruslah anda menghentikan tabiat ini sehingga bayi anda lahir.
3. MENYEBABKAN STRESS
Ketika mengharungi setiap dugaan dalam proses kehamilan, adalah normal untuk anda mengalami sedikit tekanan kerana perubahan hormon yang membuatkan anda sukar untuk mengawal emosi. Ketidakselesaan pada bahagian badan yang tertentu membuatkan anda sukar untuk bergerak seperti sedia kala. Manakala, tabiat memakai kasut wanita yang tidak sesuai dengan keadaan anda membuatkan anda sukar untuk fokus ketika berjalan. Harus anda ingat bahawa jika anda tertekan, bayi dalam kandungan juga akan merasai masalah yang sama. Hal ini menunjukkan bahawa perkembangan bayi dalam kandungan akan terjejas oleh kerana tabiat anda yang terlalu yakin untuk mengenakan segala jenis kasut.
4. PENING DAN SAKIT KEPALA
Pihak perubatan dan pakar sangat melarang untuk ibu mengandung memakai kasut wanita bertumit tinggi. Antara salah satu kesannya ialah boleh membuatkan anda berasa pening kepala. Ia disebabkan oleh keadaan tubuh badan anda menjadi letih setelah seharian memakai kasut wanita yang tidak selesa. Masalah ini akan terus dihantar ke sistem saraf otak yang membuatkan ia menjadi teruk. Biarpun anda hanya mengenakan kasut ini sekali sekala sahaja, ia cukup membahayakan keselamatan diri anda dan bayi dalam kandungan.
5. SAKIT BAHAGIAN PERUT
Beban dan tekanan yang diberikan pada bahagian perut akan membuatkan anda berasa sakit kerana segala tumpuan diletakkan di perut sebagai kantung tempat berkembangnya janin. Perut yang semakin membesar pastinya memiliki berat yang lebih. Ketika anda mengenakan kasut tumit tinggi, bahagian ini akan berisiko tinggi untuk memberikan masalah terhadap kesihatan anda sebagai ibu hamil.
6. BENGAKAK PADA KAKI TERUTAMA TUMIT
Kaki menjadi tidak rata ketika anda menggunakan kasut tumit tinggi kerana perlu menanggung beban yang cukup kuat. Jadi, pastinya kaki anda mula menjadi bengkak akibat pemakaian kasut yang tidak sesuai bagi ibu mengandung.
7. MENYEBABKAN SAKIT URAT
Tidak dinafikan bahawa ibu mengandung sangat berisiko untuk mengalami sebarang kesakitan pada bahagian tubuh badan setelah janin semakin membesar. Antaranya adalah sakit urat pada bahagian bawah termasuklah saraf kaki. Ia yang lebih dikenali sebagai saraf sciatica adalah saraf besar yang bermula daripada bahagian pinggang membawa kepada pinggul dan keseluruhan kaki. Ia merupakan saraf yang paling panjang dan paling lebar dalam badan manusia. Kesakitan pada saraf sciatica atau sciatic nerve pain dapat dirasai bermula dari bahagian lumbar atau pinggang hingga ke bahagian belakang paha dan bawah lutut. Pemakaian kasut tinggi sangat bahaya kerana ibu hamil berisiko untuk jatuh dan kecederaan pada janin boleh membawa kepada masalah keguguran.
8. MERASAI KELETIHAN MELAMPAU
Penggunakan kasut yang tidak selesa boleh menyebabkan anda berasa letih kerana tekanan tertumpu pada bahagian bawah badan. Tidak hanya membuatkan anda sukar untuk melangkah, tetapi juga anda perlu berjalan secara perlahan dengan kandungan yang semakin membesar. Hal ini pastinya membuatkan diri anda sedikit tercungap-cungap kerana perlu meluangkan lebih masa untuk sampai ke destinasi yang anda tuju.
CC: TheAsianParent
No comment yet, add your voice below!