Bayi mengalami demam selsema adalah perkara biasa yang dilalui oleh kebanyakan ibu bapa. Walaupun sering dianggap penyakit yang normal, ibu bapa masih perlu berhati-hati kerana apabila bayi selsema, hidungnya akan mudah tersumbat dan tekaknya akan menghasilkan kahak, ini berisiko menyebabkan si kecil sukar bernafas atau tercungap-cungap.
1. SAPUAN DAUN SIREH
Daun sirih terkenal dengan pelbagai khasiat untuk mengubati penyakit. Baru-baru ini, kajian membuktikan daun sireh memiliki minyak yang mengandungi phenol dan dipanggil sebagai chavicol berupaya untuk bertindak sebagai antiseptik.
Cara merawat: Ramas daun sirih sehingga keluar lendir, lalu sapukan lendir pada batang hidung atau rendam dan lenyekkan daun sireh dalam minyak biji sawi lalu sapukan pada dada.
2. MINYAK BAWANG PUTIH
Petua bawang putih tidak dapat dipisahkan dengan budaya kita. Sapukan minyak bawang putih di tapak kaki, dada, belakang badan dan pelepah hidung bayi selsema. Pada waktu malam, sarungkan stokin pada bayi bawah 2 tahun yang selsema selepas sapuan minyak bawang putih.
Cara buat minyak bawang putih dengan mudah :
Bakar bawang putih tanpa minyak di atas api dapur sehingga melepuh.
Ketuk manja bawang putih sehingga terbelah sedikit.
Campurkan bawang putih tersebut dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara.
Lenyek dan gaulkan bawang putih bersama minyak tersebut.
Sapu di dada, belakang dan tapak kaki bayi selsema.
3. TIDUR MENINGGIKAN BAHAGIAN KEPALA
Bayi selsema mengalami sukar tidur. Tinggikan kepala bayi selsema semasa tidur untuk bantu bayi bawah 2 tahun yang selsema bernafas dengan lebih lancar dan selesa.
4. KERAPKAN PENYUSUAN/AIR YANG BANYAK
Susukan bayi selsema dengan lebih kerap kerana khasiat susu ibu terbukti dapat pulihkan selsema bayi bawah 2tahun dengan cepat. Bagi anak yang sudah besar, beri anak air masak secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.
5. AIR KUNYIT
Kunyit ialah antibiotik semulajadi yang membantu sistem imun melawan selsema. Gosokkan kunyit hidup di permukaan kasar untuk dapatkan airnya. Sapu air kunyit ke batang hidung bayi bawah 2 tahun.
Cara ini boleh melegakan hidung bayi yang tersumbat dan melegakan pernafasan. Anda boleh juga menumbuk kunyit hidup dan sapukan ke dada dan belakang bayi.
6. MANDIAN LEMON
Mandian lemon dipercayai dapat mengurangkan masalah selsema bayi anda. Caranya mudah sahaja, letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam bekas mandian bayi anda yang airnya suam-suam kuku, tak terlalu panas untuk pastikan wap lemon terbentuk. Bau dan wapnya membantu mengeringkan hingus bayi. Mandiakan bayi selama beberapa minit dan hidu wap selama 10 minit semasa dalam proses mandi.
CC: tasneemnaturel
mamz
No comment yet, add your voice below!