Skip to content

PETUA TENANGKAN BAYI SAWAN TANGIS, IBU AYAH BOLEH CUBA!

IBU AYAH BUNTU NAK TENANGKAN BAYI YANG SAWAN TANGIS? INI KAMI KONGSI CARANYA!

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Harini Suraya Mothercare nak share tentang petua macam mana nak tenangkan bayi yang sawan tangis!

Ini menjadi jalan buntu apabila bayi kerap menangis tanpa sebarang sebab yang jelas, kadang-kadang sehingga boleh nampak urat sawan tangis. Apakah punca dan bagaimana cara untuk mengatasi keadaan ini?

Teruskan membaca perkongsiaan kali ini untuk mengetahui lebih lanjut.

_________________________

MASALAH SAWAN TANGIS

 

Dari segi perubatan, keadaan ini dipanggil kolik. Definisi kolik adalah apabila:

1. Bayi mommies menangis lebih daripada tiga jam sehari.

2. Bayi menangis selama tiga hari dalam tempoh seminggu atau lebih.

3. Tangisan berterusan selama tiga minggu atau lebih.

Keadaan ini biasanya memuncak apabila bayi berumur 2 hingga 5 minggu dan beransur-ansur berkurang selepas bayi berumur 3 hingga 4 bulan.

Ciri-ciri:

Bagaimana untuk mengetahui sama ada tangisan itu adalah perkara biasa atau kerana kolik?

Secara umum, terdapat beberapa gejala tertentu yang anda, sebagai ibu bapa, boleh perhatikan pada bayi, seperti:

Apabila menangis, hanya suara yang keluar dan tiada air mata.

Urat timbul di tengah-tengah batang hidung

Apabila bayi menangis, matanya akan tertutup tetapi jika mommies perasan biji matanya bergerak.

Bayi akan menangis pada waktu tertentu dan dengan cara yang sama setiap hari, seperti pada lewat petang atau awal senja.

Bayi mungkin akan menangis, berhenti dan menangis, kemudian menangis lagi.

Mata bayi sentiasa memandang tepat ke atas atau seperti melihat sesuatu.

Bayi mudah terkejut apabila tidur.

Bayi akan menggerakkan kaki dan tangan lebih daripada biasa.

Perubahan dalam ekspresi muka, seperti menutup mata dan membuka mata dengan luas, mengerutkan kening, dan menahan nafas untuk jangka masa yang singkat.

_________________________

PUNCA UTAMA TIMBULNYA URAT SAWAN TANGIS

Beberapa kemungkinan penyebab berlakunya tangisan kolik termasuk:

1. Bersifat fizikal

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh faktor seperti lapar, dahaga, kesejukan, dan perasaan tidak selamat apabila dibiarkan begitu sahaja, walaupun sementara.

Sakit seperti kembung perut atau selesema juga boleh menjadi punca.

Selain itu, keadaan lain yang termasuk dalam kategori ini adalah sakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria serta kecederaan anggota badan seperti terhantuk, jatuh dan sebagainya.

2. Akibat gangguan makhluk halus punca sawan tangis

Dalam akidah masyarakat Islam, perkara yang dianggap menjadi punca adalah kerana disebabkan oleh gangguan makhluk halus.

Allah menciptakan manusia dari dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar bayi yang baru lahir hendaklah diazankan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri.

Inilah ajaran pertama yang mesti diberikan kepada ibu bapa beragama Islam yang bertujuan agaar bayi mereka mendengar kalimah Allah sebaik sahaja mereka melangkah ke dunia ini.

Jika ini dilakukan, diyakini anak itu tidak akan diganggu oleh ummu’s-sibyan, iaitu sejenis makhluk jin yang sering mengganggu bayi baru lahir.

Makhluk inilah yang menyebabkan pelbagai masalah termasuk sukar tidur pada waktu malam. Kesan boleh menyebabkan demam panas atau sawan pada bayi.

Bukti ini menunjukkan bahawa bayi atau kanak-kanak kecil boleh diganggu oleh gangguan yang tidak dapat dilihat oleh orang dewasa dengan mata kasar atau melalui pengalaman teknologi moden.

Kadangkala bayi yang terganggu ini ada kalanya akan memperlihatkan reaksi luar biasa dengan riak wajah yang ketakutan seperti melihat satu objek menakutkan di hadapannya.

Sukar untuk menjelaskan mengapa gangguan yang tidak kelihatan seperti itu boleh mengganggu bayi.

Ibu bapa bertambah risau dan gusar apabila keadaan itu menyebabkan anak mereka menangis tanpa henti sehingga tidak dapat mendengar tangisan itu lagi.

_________________________

KAEDAH MERAWAT SAWAN TANGIS PADA ANAK

 

1. Rawatan Islam

1- Pegang/dukung bayi sambil menghadap ke kiblat.

2- Pandang ke muka si kecil.

3- Baca surah berikut:

  • Al-Baqarah ayat 255
  • Al-Ikhlas
  • An-Nas
  • Surah Al-Falaq
  • Bismillah 5 kali
  • Azan

Selepas membaca, tiup pada ubun-ubun bayi dan usap seluruh badan bayi dari kepala hingga ke hujung kaki.

Berjalan atau gerakan perlahan
Pergerakan membantu bayi mommies tenang. Letakkan bayi dalam pengendong bayi. Gabungan suhu dan kadar degupan jantung mommies boleh membuatkan mereka tidur.

Mommies juga boleh mendukung dan menggoyangkan bayi mommies atau meletakkannya di dalam buaian atau kereta sorong bayi. Pergerakan perlahan boleh menghalang bayi daripada menangis.

Masih tidak berjaya? Bagaimana pula dengan meletakkan anak di dalam kerusi keselamatan bayi dan membawanya menaiki kereta.

2. Bunyi yang menenangkan

Kebanyakan bayi bertindak balas dengan baik kepada bunyi dengung lembut seperti:

  • Kipas
  • Vakum
  • White-noise daripada alat khas atau aplikasi

3. Tummy time

Baringkan bayi secara meniarap sama ada di atas perut atau pangkuan mommies. Kedudukan ini dikatakan boleh menenangkan bayi yang mengalami kolik. Mommies juga boleh menggosok belakang badan mereka untuk membantu mengeluarkan gas.

Manfaat tummy time lain untuk bayi ialah ia menggalakkan perkembangan otot leher dan bahu yang lebih kuat.

Tetapi pastikan mereka berada di bawah pengawasan mommies apabila meletakkan mereka dalam posisi meniarap ini.

4. Menenangkan deria bayi

Lampu dan bunyi yang bising boleh mengganggu bayi yang mengalami kolik. Tenangkan bayi mommies dengan:

  • Tidurkan bayi secara menelentang di dalam bilik yang gelap dan sunyi
  • Bayi selesa dibedung
  • Urutan bayi
  • Menuam sebotol air suam pada perut bayi
  • Berikan puting kosong
  • Beri mereka mandi air suam

_________________________

AKHIR KATA

Jika keadaan urat sawan tangis berterusan walaupun selepas mencuba petua yang dikongsikan di atas, berjumpalah doktor untuk mendapatkan kepastian.

Haa mommies dah tahu kan petua bagaimana nak tenangkan bayi yang sawan tangis? Semoga bermanfaat.

cc: hellodoktor

@facebooktwitterpinterestinstagram

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment