Skip to content

PANDUAN PAKAI LAMPIN PADA BAYI DAN JUGA TIPS PENJAGAAN KULIT BAYI!

MACAM MANA CARA NAK PAKAIKAN LAMPIN BAYI & APA PULA TIPS PENJAGAAN KULIT BAYI?

Assalamualaikum dan selamat petang!

Harini Suraya Mothercare nak berkongsi tentang panduan pemakaian lampin pada bayi dan tips penjagaan kulit bayi.

Setiap kali pakaikan lampin pada bayi, mommies pasti bimbang tentang ruam kan? Jangan risau. Mommies boleh cuba petua untuk penjagaan kulit dan napkin bayi.

Ikuti perkongsian kali ini untuk ketahui dengan lebih lanjut.

________________________

PENJAGAAN KULIT DAN LAMPIN BAYI

Tiada siapa boleh menafikan kegembiraan menjadi ibu bapa buat kali pertama.

Namun, pada masa yang sama, penjagaan bayi seperti pemakaian napkin boleh menyebabkan tekanan dan juga menyebabkan ruam.

Mommies mungkin tertanya-tanya adakah cara yang betul untuk menjaga kulit bayi?

Pengetahuan ini adalah kunci kepada segala-galanya.

TIPS PEMAKAIAN NAPKIN BABY

Kebanyakan bayi yang baru lahir akan menukar lampin antara 10 hingga 15 kali dalam sehari. Ada banyak kan?

Ia mungkin kelihatan sukar, tetapi sebenarnya ada petua untuk memudahkan proses menukar lampin bayi.

Panduan asas menukar lampin bayi baru lahir:

  • Sentiasa basuh tangan mommies sebelum dan selepas menukar lampin bayi.
  • Baringkan bayi di atas permukaan yang rata dan selamat, seperti lantai.
  • Apabila menukar lampin di atas meja, jangan sekali-kali mengalihkan pandangan dari bayi, walaupun untuk seketika.
  • Bayi tidak akan duduk diam, bukan? Oleh itu, jauhkan krim, ubat-ubatan, jarum, dsb. Sebaik-baiknya, berikan bayi mainan untuk mengalih perhatiannya semasa menukar lampin.
  • Lap bahagian lampin dengan kain basahan atau tisu basah tanpa pewangi. Pastikan kawasan itu kering atau biarkan ia kering sebelum menggunakan napkin baru.

Menukar napkin baby perempuan:

  • Sentiasa lap dari depan ke belakang untuk mengelakkan bakteria dari dubur memasuki saluran kencing.
  • Bersihkan perlahan-lahan lipatan luar labia. Tidak perlu membersihkan bahagian dalam faraj.

Menukar napkin bayi lelaki:

  • Semasa membersihkan zakar, jangan tarik kulup zakar bayi ke belakang. Basuh bahagian tersebut dengan baik dan bersih dari depan ke belakang.
  • Sebelum melekatkan atau menutup lampin, pastikan zakar bayi ke bawah untuk mengelakkan air kencing mengalir ke bahagian depan lampin.

 

 

MERAWAT RUAM LAMPIN

  • Tukar lampin bayi dengan kerap dan sejurus selepas bayi membuang air besar.
  • Basuh kawasan tersebut dengan sabun ringan dan air dengan lembut.
  • Kemudian sapukan krim ruam. Dinasihatkan supaya menggunakan krim yang mengandungi zink oksida kerana ia boleh menghalang kelembapan.
  • Jika menggunakan lampin kain untuk bayi, basuh dengan bahan pencuci yang tidak mengandungi pewangi atau pewarna.
  • Biarkan bayi bebas beberapa kali sehari tanpa menggunakan napkin. Ini membantu beri pengudaraan kulit.

Jika ruam lampin berterusan selama lebih daripada 3 hari atau bertambah teruk, dapatkan rawatan perubatan segera.

Mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat dan memerlukan ubat preskripsi.

PENJAGAAN KULIT BAYI

Keadaan ini tentunya merisaukan ibu bapa, kerana kulit bayi yang baru lahir sangat lembut dan sensitif, bukan?

Walau bagaimanapun, terdapat tips penjagaan yang boleh dilakukan, termasuk:

1. Mandi berlebihan

Menurut American Academy of Pediatrics, mandi tiga kali seminggu adalah mencukupi untuk kebanyakan bayi.

Penggunaan berlebihan boleh mengeringkan kulit mereka.

Semasa mandi, mommies boleh mengikuti petua asas ini:

  • Pastikan suhu air suam untuk mengelakkan bayi kesejukan.
  • Gunakan hanya air pada bahagian muka, tanpa sabun.
  • Jika ingin membasuh badan bayi, gunakan sedikit sabun tanpa pewangi atau pewarna.
  • Mommies boleh menggunakan berus lembut dan sedikit sabun untuk membersihkan kulit kepala bayi.

2. Berhati-hati dengan tali pusat

Semasa pakaikan lampin bayi, mommies juga perlu berhati-hati dengan tali pusat mereka.

Ikut cadangan doktor mengenai aspek penjagaan tali pusat.

Secara amnya, mommies tidak perlu risau melainkan mempunyai simptom berikut:

  • Kemunculan nanah dari tali pusat.
  • Pendarahan pada kulit berhampiran tali pusat atau di hujungnya.
  • Bengkak atau kemerahan pada bahagian perut berhampiran tali pusat.

3. Penggunaan jumlah produk 

Mommies tidak perlu melakukan sesuatu yang istimewa apabila memilih produk penjagaan kulit.

Yang penting, elakkan membeli sebarang produk yang mengandungi:

  • Pewarna
  • Pewangi

4. Ruam

Selain ruam akibat penggunaan lampin bayi, kulit bayi yang baru lahir sememangnya terdedah kepada pelbagai jenis ruam, seperti:

  • Jerawat bayi – Berwarna merah seperti jerawat yang muncul pada wajah si kecil
  • Contact dermatitis – Ruam yang berlaku setelah bersentuhan dengan losyen, sabun, detergen atau bahan lain
  • Ruam panas – Ruam yang muncul apabila bayi berada dalam keadaan terlalu panas
  • Cradle cap – Tompok berkerak pada bahagian kulit kepala

Jika mommies tidak pasti tentang ruam yang dialami bayi, bawalah bayi untuk pemeriksaan doktor.

Haa mommies dah tahu kan panduan pemakaian lampin bayi dan tips penjagaan kulit bayi? Semoga bermanfaat!

cc: hellodoktor

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment