Skip to content

PAKAIAN WANITA HAMIL YANG PERLU DIELAKKAN

Kehamilan adalah 1 fasa yang menyeronokkan. Namun dalam masa yang sama anda akan berdepan dengan perubahan dari aspek bentuk badan, khususnya apabila kandungan semakin membesar. Anda mungkin bukan seorang yang cerewet dalam cara pemakaian.

Tetapi anda masih perlu mengikuti perkembangan fesyen ibu mengandung bersesuaian dengan diri anda. Ini bagi mengelakkan daripada memakai sesuatu yang tidak bersesuaian dengan keadaan semasa anda. Sudah tentu ia boleh menyebabkan ketidakselesaan bagi anda dan juga kandungan.

Seiring dengan perubahan yang berlaku kepada tubuh, anda perlu cuba untuk menyesuaikan diri anda dengan fesyen ibu mengandung. Berikut senarai cara pemakaian yang patut dielakkan sepanjang kehamilan anda, antaranya:

  1. SELUAR KETAT

Elakkan daripada memakai seluar yang ketat kerana ia tidak akan membuatkan anda tampak kurus, memandangkan anda kini sedang berbadan dua. Lebih memburukkan keadaan seluar ketat juga boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa serta memberikan tekanan kepada bayi dalam kandungan.

  1. PAKAIAN SINGKAT

Memakai pakaian yang terlalu singkat juga adalah antara fesyen yang perlu dielakkan. Ini kerana ia tidak akan membuatkan anda kelihatan menawan. Sebaiknya, cuba untuk tampil sopan ketika hamil.

  1. TERBELAH DI DEPAN

Memakai blaus atau sebarang baju yang mempunyai belahan hadapan mungkin akan membuatkan anda tampak menarik ketika belum hamil. Namun cara pemakaian ini ketika mengandung pastinya bukan pilihan yang baik.

  1. PAKAIAN LONGGAR

Sesetengah wanita hamil lebih gemar memilih fesyen ibu mengandung yang longgar dan besar. Biasanya kerana mereka mahu menyembunyikan baby bump. Namun, kadangkala pemilihan baju yang terlalu besar sangat tidak bersesuaian, malahan ia mungkin menyebabkan anda kelihatan seperti khemah bergerak. Pakaian yang longgar juga mungkin boleh membuatkan anda berasa kurang keyakinan diri. Jadi apa kata anda memakai pakaian yang cantik dan dapat menaikkan semangat anda ketika sedang hamil.

 

  1. PAKAIAN DALAM TIDAK SESUAI

Pakaian dalam seperti seluar dalam atau bra haruslah mengikut saiz betul tidak kira sama ada anda sedang hamil atau tidak. Malahan pemilihan pakaian dalam yang betul ketika hamil boleh membantu anda untuk berasa lebih selesa. Pakaian dalam yang ketat boleh mewujudkan risiko kepada kandungan dan rasa tidak selesa. Manakala seluar dalam yang terlalu longgar pula pastinya membuatkan anda berasa tidak yakin untuk tampil menarik.

  1. BAJU DAN SELUAR PENDEK

Yes! Anda mungkin berasa selesa dengan cara pemakaian seperti ini. Tetapi ia bukanlah fesyen ibu mengandung yang sesuai untuk anda. Seluar yang pendek dan kecil serta baju-T bersama perut yang sedang membesar, hanya akan membuatkan anda tampak kelakar. Jadi elakkannya, okay?

  1. KASUT TUMIT TINGGI

Memakai kasut tumit tinggi mungkin dapat memberikan anda rasa keyakinan diri. Namun untuk tempoh 9 bulan ini, apa kata ketepikan dahulu kasut kegemaran anda ini? Kenapa?

Pemakaian kasut yang bertumit tinggi bukan sahaja menyebabkan anda berasa tidak selesa, malahan boleh mendatangkan bahaya. Anda terdedah dengan risiko untuk tersadung dan sekali gus boleh mencederakan anda dan kandungan.

CC: HelloDoktor

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment