NON-INVASIVE PRENATAL TESTING (NIPT), PENTING ATAU TIDAK?
Kelainan Genetik (Genetic Abnormalities) boleh berlaku apabila terdapat masalah pada gen atau DNA janin yang sedang membesar. Ini boleh menyebabkan gangguan genetik seperti Down Syndrome, Patau Syndrome, Edward Syndrome dan lain-lain. Down Syndrome adalah gangguan genetik yang paling biasa di kalangan bayi yang baru lahir, dengan kadar 1/660 kelahiran hidup di Malaysia.
Non-Invasive Prenatal Testing (NiPT) adalah satu ujian yang meneliti beberapa kelainan genetik yang paling biasa boleh mempengaruhi kesihatan dan perkembangan bayi. Ini dilakukan melalui sampel darah ibu mengandung kerana mengandungi DNA daripada ibu dan bayi. Sel dari plasenta (DNA janin bebas-sel) yang biasanya sama dengan bayi, masuk ke aliran darah ibu semasa kehamilan dan DNA janin bebas-sel ini diekstrak dari darah yang dikumpulkan untuk analisis dengan lebih lanjut.
NiPT menawarkan banyak kelebihan berbanding pemeriksaan dan ujian konvensional tetapi tidak terhad kepada:
- NiPT mengesan keadaan yang tidak dapat diuji dalam ujian konvensional yang lain.
- Saringan NiPT untuk Down Syndrome dengan kadar ketepatan lebih tinggi dari 99%, berbanding dengan saringan konvensional yang hanya menyediakan hingga 95%.
- NiPT tidak menimbulkan risiko pada janin kerana darah diambil dari ibu tidak seperti prosedur seperti Amniocentesis dan Chorionic Villus Sampling (CVS), yang masing-masing mempunyai risiko keguguran hingga 1% dan 2%.
Ibu mengandung dalam kumpulan berisiko tinggi biasanya akan ditawarkan untuk melakukan NiPT oleh doktor mereka. Walau bagaimanapun, American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) mengesyorkan agar semua wanita hamil, tanpa mengira risiko harus ditawarkan semua ujian pranatal yang ada.
NiPT boleh dilakukan seawal 10 minggu kehamilan dan pada bila-bila masa sebelum bayi dilahirkan. Doktor akan menerima keputusan ujian dalam masa 10 – 14 hari.
Kredit gambar: Laman web quantumdxs
No comment yet, add your voice below!