Skip to content

MUMMIES HAMIL SELAMAT PAKAI PELITUP MUKA? ATAU TAK?

 Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Kongsian harini tentang pemakaian pelitup muka kepada Mummies hamil.

 Selamat membaca!

_______________________

SELAMAT TAU MUMMIES!

Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, menyimpulkan bahawa tidak ada perbezaan ‘penting’ antara wanita mengandung dan yang tidak hamil yang memakai topeng N95.

Namun pengkaji mendapati bahawa bagi kedua-dua kumpulan wanita ini terdapat sedikit peningkatan jumlah diastolik untuk tekanan darah mereka.

Diastolik adalah nombor yang berada di bawah apabila pemeriksaan tekanan darah anda dilakukan. Ini adalah tekanan di arteri ketika jantung berehat di antara degupan.

Walau bagaimanapun, peningkatan sementara diastolik tidak mempengaruhi fungsi jantung atau paru-paru wanita.

Secara keseluruhan, NIOSH menyimpulkan bagi wanita sihat yang sedang hamil, tidak ada alasan bahawa mereka tidak boleh memakai topeng muka semasa kehamilan.

___________________________

Tujuan Pemakaian Pelitup Muka

Ketika dunia masih lagi dilanda kebimbangan tentang penularan wabak pandemik COVID-19, pemakaian pelitup muka menjadi antara ‘aksesori’ wajib yang perlu ada bagi setiap individu.

Pada dasarnya, penggunaan topeng itu adalah untuk mencegah penyebaran kuman dan melindungi anda dan juga individu yang berhubungan.

Tidak dinafikan, face mask yang dipakai mungkin mendatangkan sedikit ketidakselesaan, tetapi ia berfungsi untuk membantu menjaga keselamatan anda.

Bahkan, bagi sesetengah individu mungkin berasa sukar untuk bernafas apabila memakai topeng, lebih-lebih lagi mereka yang mengalami masalah kesukaran bernafas atau menghidap asma.

Penjagaan Diri untuk Wanita Hamil

Umumnya, pemakaian pelitup muka yang diamalkan pada hari ini adalah untuk membantu anda kekal sihat serta sebagai langkah berjaga-jaga mencegah penyebaran COVID-19.

Pun begitu, selain topeng muka, terdapat juga beberapa perkara lain yang harus wanita hamil lakukan sebagai penjagaan diri agar kekal sihat.

Anda harus mempraktikkan amalan jarak fizikal, sekurang-kurangnya 6 kaki atau 2 meter daripada individu lain.

Tetapi amalan ini diberikan pengecualian apabila berada di rumah bersama keluarga.

Kerap Cuci Tangan Tau Mummies!

Bukan saja Mummies, malah semua orang dikehendaki membasuh tangan selepas dan sebelum melakukan sebarang aktiviti.

Yelah tangan atau tapak tangan adalah salah satu medium utama kuman bergerak dari satu permukaan ke satu permukaan.

Jadi penting Mummies basuh tangan!

Berdasarkan saranan daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), anda perlu mencuci tangan sekurang-kurangnya 20 saat.

Contohnya kalau Mummies pergi supermarket, mesti ada troli kan?

Haa basuh tangan tau Mummies!

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/penjagaan-kehamilan/wanita-hamil-pelitup-muka/

 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment