APA MITOS YANG SELALU MOMMIES DENGAR KETIKA BERPANTANG?
Assalamualaikum dan selamat petang semua!
Harini Suraya Mothercare nak share tentang mitos berpantang yang mungkin mengarut untuk mommies.
Kalau sebut pasal berpantang pasti terbayang tentang pantang larang nenek moyang yang sudah menjadi kepercayaan kan? Haa jika mommies tidak ikut, mommies pasti akan bimbang tentang kesannya pada badan, betul tak? Tetapi bolehkah mommies percaya atau adakah ia hanya mitos berpantang yang tidak masuk akal?
Ikuti perkongsian kali ini!
_________________________
KEPERCAYAAN WANITA DALAM PANTANG
Semasa bersalin, seorang wanita akan kehilangan banyak darah. Atas sebab ini, setiap wanita selepas bersalin harus berehat dan mematuhi beberapa amalan tertentu. Istilah biasa yang popular dan sering digunakan ialah berpantang.
Kebiasaannya, tempoh berpantang bagi wanita Melayu ialah 40 hingga 55 hari, bagi wanita Cina dan India pula 30 hari. Sepanjang tempoh itu, setiap wanita yang baru bersalin wajib mematuhi amalan wanita berpantang.
Amalan kepercayaan dalam tempoh berpantang ini merangkumi semua aspek kehidupan seharian, seperti pemakanan dan minuman, pemakaian dan juga kebersihan diri. Tetapi persoalannya sekarang ialah: adakah semua kepercayaan ini hanya mitos berpantang atau adakah ia satu amalan yang harus diikuti?
_________________________
ADAKAH FAKTA ATAU SEKADAR MITOS BERPANTANG?
Pantang ini adalah kepercayaan yang diturunkan turun-temurun dalam masyarakat Melayu, Cina atau India. Terdapat juga amalan berpantang yang mengelirukan terutama di kalangan ibu muda.
Malah, beberapa pantang larang yang diamalkan ini boleh memudaratkan. Sehubungan itu, kepercayaan dan amalan berpantang yang terlalu ketat sehingga boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan ibu.
Dari perspektif perubatan moden, beberapa amalan berpantang dianggap kepercayaan yang tidak tepat. Malah, tiada kajian saintifik yang membuktikan keberkesanan amalan ini.
_________________________
MITOS BERPANTANG YANG POPULAR
Sebenarnya dalam amalan berpantang ini terdapat pelbagai jenis pantang larang. Jika mahu menyenaraikan kesemuanya, nampaknya terlalu banyak. Memang seperti yang dikatakan sebelum ini, pantang ini diamalkan oleh semua kaum yang ada di Malaysia.
Cuma bezanya di sini adalah sama ada ia benar atau hanya kepercayaan semata-mata.
1. Jangan minum banyak air
Mommies selepas bersalin hendaklah menahan diri daripada minum banyak air.
Dikatakan jika minum terlalu banyak, jumlah air di dalam badan boleh menjadi berlebihan (water retention).
Fakta: Sudah tentu, ini adalah kepercayaan karut yang perlu dielakkan.
Mommies yang baru bersalin boleh minum air secukupnya tetapi jangan terlalu banyak.
2. Tidak boleh membaca buku
Sesetengah orang percaya bahawa bersalin menyebabkan hati menjadi lemah dan ini dikaitkan dengan mata. Atas sebab ini, wanita selepas bersalin dinasihatkan supaya tidak memberi tekanan pada mata mereka, seperti membaca atau menangis. Atau ia akan menyebabkan masalah rabun.
Fakta: Tiada kaitan yang mengaitkan membaca atau menangis dengan masalah mata.
3. Jangan mandi atau basahkan rambut
Dikatakan mandi atau membasahkan rambut akan menyebabkan angin masuk ke dalam badan. Terdapat kebimbangan bahawa ini boleh menyebabkan urat saraf mengembang dan sakit kepala.
Ada kepercayaan yang mengatakan mommies yang mandi terlalu lama selepas bersalin mungkin mengalami masalah bentan.
Fakta: Ini adalah amalan berpantang yang tidak sahih.
Sebenarnya, mandi atau membasahkan rambut adalah tabiat penjagaan kebersihan diri yang tidak boleh ditinggalkan. Malah, ia membantu mencegah sebarang jangkitan kulit atau luka.
Bagaimanapun, mommies dinasihatkan tidak mandi terlalu lama selepas bersalin kerana boleh cepat sejuk.
4. Jangan gunakan kipas atau penghawa dingin
Mitos ini lebih kurang sama dengan mandi. Pendedahan kepada angin sejuk daripada kipas dan penghawa dingin dipercayai menyebabkan angin masuk ke dalam badan. Ini akan mendatangkan masalah kesihatan kepada mommies nanti.
Mommies yang berpantang juga terpaksa memakai banyak lapis atau pakaian tebal kerana takut angin masuk ke dalam badan.
Fakta: Mengikut sains, kulit manusia mempunyai beberapa lapisan. Angin tidak boleh menembusi kulit atau terus masuk ke dalam saluran darah. Jadi itu pasti perkara yang tidak tepat.
Apa yang penting ialah kesederhanaan. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, mommies perlu tahu apa yang boleh memberi keselesaan kepada anak mereka.
Berpeluh dan panas akan menyebabkan ketidakselesaan. Malah ia cenderung menyebabkan strok haba.
Tidak salah untuk menggunakan penghawa dingin atau kipas, tetapi berpada-padalah. Jangan gunakan kipas berkelajuan tinggi atau tetapkan suhu penghawa dingin terlalu rendah.
5. Jangan makan makanan sejuk
Mitos pantang yang paling popular ialah tidak boleh makan laksa. Ini adalah kepercayaan paling popular masyarakat sebelah utara.
Sesetengah orang percaya bahawa mommies berpantang tidak boleh makan makanan sejuk termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan. Makan makanan sejuk dikatakan boleh menyebabkan masalah angin dan boleh menjejaskan seluruh badan. Adakah perkara serius?
Fakta: Sebenarnya, yang paling penting adalah untuk mengamalkan pemakanan seimbang sepanjang tempoh berpantang.
Makan sayur-sayuran dan buah-buahan adalah penting kerana ia merupakan sumber vitamin, mineral, fitokimia dan serat yang baik.
_________________________
HAK INDIVIDU
Kebanyakan individu pada era moden tidak mengamalkan pantang larang kepercayaan nenek moyang terdahulu. Ini kerana kesuntukan masa atau kurang kepercayaan dalam mengamalkan pantang itu sendiri.
Tak kisah nak berpantang atau tak, yang penting jaga kesihatan tau mommies! Elakkan daripada membiarkan diri kepada tekanan yang boleh mengakibatkan mudarat.
Haa mommies dah tahu kan mitos berpantang yang sering didengari? Semoga bermanfaat!
cc: hellodoktor
https://hellodoktor.com/kehamilan/rancang-kehamilan/lain-lain/mitos-berpantang-5-kepercayaan-karut/
No comment yet, add your voice below!