Ramai yang seri ambil mudah tentang penyakit meroyan selepas bersalin. Bagi sesetengah mereka, penyakit meroyan dianggap sebagai sesuatu yang mudah untuk dielak. Meroyan banyak dikaitkan dengan tekanan perasaan atau stress yang terlampau semasa di dalam pantang. Walaubagaimanapun faktor-faktor berikut mungkin menjadi pemangkin kepada keadaan tekanan seorang ibu tersebut sehingga boleh menyebabkan meroyan. Antaranya :
- Kemurungan semasa kehamilan atau sejarah sakit mental terdahulu
- Suami yang kurang memberi sokongan semasa kehamilan dan juga semasa berpantang
- Pengabaian suami pada penjagaan isteri dan bayi semasa berpantang
- Tiada ahli keluarga yang tinggal berdekatan atau yang boleh membantu semasa berpantang
- Mempunyai masalah dalam kewangan, tempat kerja atau orang perseorangan
- Mempunyai masalah atau risiko semasa hamil dan juga semasa melahirkan
- Bayi yang dilahirkan pramatang atau mempunyai masalah kesihatan
- Bayi yang kolik dan kerap menangis
- Keletihan berdepan dengan ‘tugas baru’ seorang ibu
- Sukar dan menghadapi masalah dalam penyusuan susu ibu
- Kehilangan ahli keluarga terdekat seperti ibu, bapa atau suami disaat sedang hamil atau sebelum melahirkan yang boleh mendatangkan ingatan yang sedih
Antara tanda atau simptom yang sering dikenalpasti sebagai simptom meroyan adalah
- Perasaan putus asa
- Bersalah
- Letih
- Muram
- Sering menangis
- Gelisah
- Sunyi
- Rasa dipinggirkan dan tersisih
- Rasa diri tidak berguna dan sempurna
- Mula mengingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia dan berasa amat sedih
- Bercakap seorang diri
- Berhalusinasi
- Sering berfikir perkara tidak rasional
- Berasa tidak yakin atau was-was
- Keliru
- Tidak mempercayai sesiapa
- Mudah berasa marah tanpa sebab munasabah
- Murung dan tidak berminat melakukan apa-apa
- Mudah dan sering menangis
- Sering mengadu perkara tidak logik
Tempoh berpantang selepas bersalin merupakan detik yang amat penting bagi setiap wanita yang baru melahirkan zuriat. Perubahan bentuk tubuh, rutin harian dan tugas di pejabat boleh menyebabkan para ibu menjadi tidak keruan sehingga ada yang menderita akibat tekanan emosi seumur hidup. Wanita yang mengalami masalah postnatal depression atau meroyan ini sering kali akan menghadapi masalah sukar untuk tidur dan cepat penat. Mereka bukan sahaja berasa rendah diri dan mudah berasa marah malah ramai di antara wanita yang mengalami angin meroyan tidak menyedari ia adalah satu penyakit. Ntara yang boleh dilakukan untuk mengatasi meroyan adalah dengan
1. Banyakkan Berehat
- Di dalam pantang, rehat merupakan satu tempoh pemulihan yang sangat penting. Cuba cari waktu semasa bayi tidur untuk tidur seketika. Oleh kerana anak saya hanya berhenti menangis apabila sedang menyusu badan, saya mengambil peluang tidur sekejap semasa sedang susukan bayi.
- Sekiranya berpantang sendiri abaikan semua kerja-kerja rumah dahulu sehingga betul-betul sihat dan bertenaga untuk melakukannya.
2. Makan Makanan Yang Sihat Dan Berkhasiat
- Pentingnya makanan yang sihat adalah supaya badan kita cepat sihat dan tenaga cepat pulih seperti sediakala. Juga untuk pastikan luka cepat sembuh. Setelah 9 bulan mengandung dan menghadapi pelbagai perubahan hormon tempoh berpantang amat diperlukan untuk memastkan keseimbangan hormon yang stabil dan emosi yang tenang.
- Mungkin boleh membaca perkongsian Amalan Pemakanan Sihat Semasa Berpantang Untuk Elak Sakit Di Usia Muda
3. Berurut Dan Bertungku
- Amalan tradisional yang sangat bermanfaat untuk kesihatan badan. Berurut dan bertungku membantu melancarkan kembali aliran darah dan menghilangkan sakit-sakit badan. Juga melancarkan pengeluaran darah nifas. Ini penting bagi menjamin tubuh sihat dan tidak terganggu dengan ‘darah kotor’ yang tidak habis keluar.
- Bertungku juga membantu mengecutkan kembali rahim seperti sediakala. Ini boleh dilakukan oleh bidan-bidan yang berpengalaman dan mereka yang arif dalam bidang perbidanan.
4. Aktifkan Diri Dengan Kumpulan Sokongan
- Dengan pelbagai media sosial seperti FB, Instagram, blog dan Twitter ibu-ibu boleh mengaktifkan diri dalam kumpulan sokongan ibu-ibu berpantang dan menyusu. Di sini, ibu-ibu boleh berkongsi pengalaman, bertanya tentang perihal masalah yang dihadapi semasa berpantang dan tentang penjagaan bayi. Tapi pastikan cari kumpulan sokongan yang membina dengan adanya ahli mereka seperti pakar laktasi, pakar nutrisi dan mungkin doktor.
5. Banyakkan Berzikir Dan Mengingati Allah
- Bagi ibu yang beragama islam, banyakkan berzikir semasa dalam tempoh berpantang. Isikan kekurangan rohani semasa dalam tempoh nifas dengan zikrullah dan banyak mengingati Allah. Dalam tempoh berpantang dan semasa masih dalam nifas, syaitan sangat suka mengganggu. Jadi inilah senjata kekuatan rohani kita agar dijauhkan dari bisikan syaitan.
6. Bersikap Positif Selalu Walau pelbagai dugaan yang menimpa, sentiasa ingat bahawa Allah selalu ada untuk kita. Pasti ada sesuatu yang baik sedang menunggu kita. Jangan bebankan diri dengan memikirkan sesuatu yang negatif. Nikmatilah waktu berpantang dengan penuh gembira
No comment yet, add your voice below!